Tuesday, 5 October 2021

FRONTIER KAMPUNG & PLACE-MAKING

Lapak sat kat Rumah Seni Selangor. Kongsi cerita @h3roziarah @gemabelas2017. Ada rezki, kita ke @rumahtokcu & gerakkan sesuatu spt @k.i.t.a.2019. Frontier kampung penting. Ia perlukan kita. Kalau semua sibuk berlumba dlm arus kota, globalisasi, hipsterisasi, urbanisasi, gentrifikasi & place-making making dlm pusat2 bandar, siapa nak bina naratif kampung yg lokal. Lagipun, byk wacana2 seni yg hebat2 serta tinggi fikir yg berlegar2 dlm pusat2 elit kota tu, bila keluar dari radius kota atau bandar ke luar2 bandar atau kampung2, takda siapa pun yg faham & layan. Kenalah mengimani yg lokal, barulah ada modal budaya utk jadi global. Yg lokal itu kaya dgn khazanah kearifan sains & seni. Ia byk tersembunyi dlm frontier kampung yg sering dibekukan oleh naratif2 klise yg menghina spt jumud, bodoh, tak sofistikated, tak kritikal, tak cakap omputeh, lurus bendul dll. Sebab tak glamer, ramai yg tak menghiraukan frontier ini.





No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...