Tuesday 18 February 2020

IBUmi




ibuMI

Dia adalah satu-satunya zon habitat hayat (habitable zone) dlm semesta yg tersgt luas. Tiada zon sebegini di ceruk2 semesta yg dpt diintai teknologi angkasa tercanggih setakat ini.

ibuMI taat berputar, bergerak & sistemnya dinamik. Hayat atmosfrea & hidrosferanya dipacu kitaran/pusingan/pusaran AIR (h2o) yg tunduk bertawaf ikut fitrah. Dlm Quran disebut di 24:45, air antara unsur asal kejadian.

Struktur atom air berbentuk tetrahedron yg simetri & cantik. Bersama dgn tekanan udara, angin dan suhu, air mengukir dan melukis rupa bumi. 70% bumi diliputi air. Yg diukir dan dilukis adalah dasar laut dan muka benua. Untuk benua, mereka mengukir & melukis gunung, bukit, lurah, sungai, padang rumput, padang pasir, glasier. Alunan, ritma, rentak, corak & jalinannya adalah tasbih alam. Semuanya hanya mampu ditiru dgn tunduk oleh sang pelukis.

Pada seketul batu kaku, baik jenis igneous, sedimentary atau metamorphic, tersurat & tersirat sejarah bumi yg 5 lapis itu. Ada yg berusia 3.8 bilion. Antara puncak Everest yg setinggi 8.8477km & lurah dasar laut sedalam 11km itu, ada selapis sfera hayat (biosphere). Jaraknya cuma dari 200m bawah laut ke 6000m atas laut. Itulah habitat kita. Kita diamanahkan dgn habitat ini, dgn ihsan atau 'belas' Tuhan. Pertautan kita dgn amanah ini bukanlah fizikal semata2. Pertautan kita kuantum & spiritual. Wacana ekologi sezaman pun sudah memperakui kepentingan 'ekologi spiritual' dlm menjaga amanah ini. Rekabentuk tradisi tampak dari pelbagai daerah di dunia, termasuk dari susur tradisi melayu-islam-nusantara, terisi dgn pesan2 utk menjaga amanah ini.

Kita ialah penjaga habitat ini. Kot2la, lupa.

Sekian, perkongsian nota dgn lakaran2 pelukis yg tak seberapa.

2 comments:

  1. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete
  2. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...