Saturday 1 February 2020

ARUS SHAPAREL SALLEH


ARUS



Saya ditugaskan utk memberi pengenalan tentang pelukis yg kita raikan pd hari ini, sdr Shaparel. Mungkin salah satu cara untuk mengenali beliau adalah dgn membuat sedikit refleksi tentang tema yg beliau pilih, iaitu 'Arus' . Diharap refleksi ini dpt membantu kita semua menyantuni karya2 sdr Shaparel.



Arus, pada pandangan saya, mencadangkan pergerakan atau aliran tenaga. 



Arus sebagai satu istilah utk aliran tenaga, boleh didepani dari sisi sains dan teknologi mahupun dari sisi seni dan budaya. Arus aliran tenaga boleh ditafsir oleh seorang ahli sains & matematik dan boleh juga ditafsir oleh seorang ahli bahasa & budaya, atau seorang saintis dgn seorang pelukis, seperti sdr Shaparel.



Tafsiran yg saling-melengkapi ini, dpt menyatukan dua arus yg berbeza namun saling melengkapi dlm diri manusia. Contoh2nya termasuklah penyatuan antara arus aliran tenaga maskulin dgn feminin, 



antara arus aliran akal dgn kalbu, 



logik dgn intuisi, sains dgn seni, otak kiri dgn otak kanan, minda dgn rasa, 




zahir dgn batin, yg kasar dgn yg halus, fikir dgn zikir, 


pintar dgn belas, bijak dgn budi, langit dgn bumi, dunia dgn akhirat. 



Penyatuan pasangan2 arus berbeza namun saling-melengkapi ini dpt membentuk satu ekologi yg melaraskan dimensi spiritual dgn dimensi mental, emosional dan fizikal.



Sebagai satu fenomena fizikal, arus melibatkan pergerakan atau aliran unsur2 dari sekecil-kecil partikel sub-atomik kuantum hinggalah ke skala planet, bintang dan galaksi. 

Fenomena arus, julatnya amat luas & melata. Ia tertakluk kpd 4 daya utama yg mendasari hukum alam - daya graviti & daya elektromagnet, daya kuat & daya lemah. Kesemuanya taat berputar, bergetar dlm julat frekuensi yg telah diaturkan utk masing2.



Putaran bumi di atas paksinya, putaran bumi mengelilingi matahari, dan juga putaran bulan mengelilingi bumi, kesemuanya menghasilkan arus yg terkait dgn medan tenaga. Bumi yg kita diami ini terisi dgn arus aliran tenaga persis bateri yg besar. Ia patuh pada hukum alam, dan tertakluk kpd daya graviti & daya elektro-magnet. 



Daya2 ini mempengaruhi arus aliran udara, arus aliran laut, dan arus aliran sungai. Kesemua arus ini saling-terkait dlm satu kesatuan sistem hidrologi bumi atau kitaran air yg kompleks.



Arus aliran yg fitrah ini memaklumkan kpd kita tentang aturan atau hukum alam. Hukum alam ini telah dizahirkan dlm bentuk kadar-banding & lengkungan fibonacci, juga prinsip2 simetri, antaranya oleh para seniman seni visual tradisi di wilayah Nusantara.




Arus2 ini jugalah yg melukis dan mengukir rupabentuk mukabumi. Arus2 alamiah yg saling terkait ini persis berus yg bergerak di atas permukaan kanvas. Dlm keadaan yg fitrah, ia menghasilkan mahakarya alam yg hebat & rencam. Rupa bumi yg kita diami ini dilukiskan oleh arus. Seperti mana arus tenaga yg mengalir dlm darah seorang pelukis bernama Shaparel, begitulah juga arus tenaga yg mengalir menerusi aliran udara dan air di atas muka bumi ini. Seperti mana yg terzahir atas permukaan kanvas karya2 sdr Shaparel, begitulah juga mahakarya alam yg terzahir di atas permukaan bumi utk kita peri hati sbg tanda2. Arus itu kerjanya melukis, mengukir dan menzahirkan bentuk.



Arus aliran tenaga alam semulajadi ini terjalin rapat dgn arus tenaga dlm diri insan atau manusia.  Kedua2nya saling bertaut dlm keterjalinan yg saling melengkapi. Keterjalinan ini membina ekologi spiritual yg lestari.



Keterjalinan alam semulajadi dgn manusia ini mestilah dipelihara, dijaga, dimuliakan, dihormati, diamali dan dibudayakan. Pemutusan keterjalinan ini hanya akan membawa kemusnahan. Ini termasuklah dlm bentuk bencana alam dan wabak penyakit.



Dalam jasad manusia itu sendiri terdapat 2 jenis arus aliran tenaga yg saling bertaut atau terjalin - yakni arus fikiran dan arus perasaan. Kedua2 arus ini bergerak dlm rahsia, tidak dpt dicerap oleh mata kasar.



Arus fikiran menggetarkan sel2 neuron otak. Arus perasaan pula menggetarkan sel2 dalam darah yg dipam oleh jantung.
Kedua2 arus tidak ketara ini menggerakkan arus dlm dua sistem rangkaian dalaman atau innernet manusia - yakni sistem saraf & sistem darah. 





Arus fikiran berpusat di otak dan bergerak menerusi sistem saraf. Arus perasaan berpusat di jantung dan bergerak menerusi sistem darah. 

Arus aliran fikiran dan perasaan mempengaruhi sistem rangkaian saraf dan darah. Kedua-dua sistem ini, mempengaruhi gerak badan. Gerak badan itu pula mencipta arus aliran tingkah-laku serta perbuatan yg lebih ketara. Kitalah yg memilih arus aliran fikiran dan perasaan masing2. Kualiti arus yg kita pilih itu akan menentukan medan tenaga halus kita secara individu, mahupun kolektif. Medan ini mempengaruhi fungsi otak dan jantung serta sistem saraf & darah kita. Fungsi dan sistem ini pula akan menentukan kualiti kesihatan tubuh badan. 


Jika kita memilih arus aliran fikiran dan perasaan yg salah, kita hanya akan merosakkan bukan saja tubuh kita, tetapi juga org lain, malah seluruh ekosistem alam itu sendiri.

Jika dibanding kedua2 jaringan sistem aliran darah & saraf manusia dgn alam, jelas terdapat keterjalinan, keselarasan & keselarian rupa yg amat mengkagumkan.



Dgn begitu byk tanda2 amaran yg timbul di beberapa lokasi dunia, spt pencemaran sungai dan udara di Pasir Gudang Johor, kebakaran hutan di Australia, dan terkini wabak coronavirus yg berpunca di negara China, mungkin masanya sudah tiba utk kita memerhati arus aliran fikiran dan perasaan kita. Mungkin sudah tiba masanya utk kita memeri hati atau menghalusi kalbu, sebagai imbangan untuk penekanan terhadap dimensi akal semata2 dlm mendepani arus pendidikan & perkembangan keilmuan serta kemanusiaan sejagat. 

Hati atau kalbu yg bersih & terang, akan mencelik & mencerahkan akal. Hati atau kalbu yg kotor dan buta, akan menggelapkannya. Kegelapan arus fikiran & perasaan manusia ini membawa kpd kegelapan alam sekitar. 


Kita amat memerlukan arus yg menerang kalbu dan mencerah akal. Alangkah indahnya jika yg cendikiawan itu, juga seorang yg budiman.


Moga arus fikiran dan perasaan kita semua, bergerak atas landasan yg fitrah, lestari & sihat. Moga arus fikiran dan perasaan kita yg fitrah itu dpt membantu kita dlm menjaga adab hubungan sesama manusia serta hubungan dgn alam; dpt melaksanakan amanah sebagai khalifah yg mensejahterakan bumi & seluruh alam, dan dpt terus mengesakan Yg Maha Pencipta. 

Moga arus2 aliran fikiran dan perasaan yg fitrah ini, dpt melindungi semua manusia dari arus kemusnahan, bencana & malapetaka, termasuklah arus yg membawa wabak penyakit.

Oleh itu, sambil kita memeri hati karya2 sdr Shaparel, berilah peri hatian, dan peri hatilah juga dgn peri hatin serta sejujur-jujurnya, arus fikiran & perasaan dlm diri masing-masing.


Sekian, salam kasih & belas buat sidang hadirin semua.

Assalamu'alaikum wb. 













1 comment:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...