Friday 31 January 2020

INAP ILMU @RUMAHTOKCU


INAP ILMU @RUMAHTOKCU

Alami 'KUANTUM NUSANTARA' menerusi 'Inap Ilmu @rumahtokcu'. Alami ini takda pendua atau salinan di mana2. Ia juga tidak berpenaja

Aturcaranya begini : Jam 12 thari langkah masuk ke rumah ibu dgn niat menjernih diri, makan thari, solat zuhur, santuni fitrah air mengalir & jernihkan hati di Sungai Sedim, minum petang, solat asar, riadah petang berkebun bunyi melaras ritma nafas, solat maghrib, makan malam, solat isya', kuliah peta kuantum kosmodiri dgn topik ikut niat & angin pencari ilmu. Ketika hening malam yg sejuk, santuni makna diam dan aman dalam kediaman. Bertasbih dgn bintang2 di langit.

Esoknya, selepas solat subuh & sarapan, dengarkan simfoni alam pagi, jalan atas embun rumput, boleh mandi oksigen salam dgn alam di Tree Top Walk,  sambung jernihkan hati kenal tanah & air di Sungai Sedim. Selepas berkemas, jam 12 thari pulang dgn bekalan rasa yg osem & hati yg insyaAllah, celik & terang.

Harga sewa rumah ibu semalam = RM150
(Rumah ibu selesa didiami 4 org. Boleh tambah hingga 10 orang jika ada yg sanggup tidor di anjung & bawah rumah guna tilam, bantal, selimut sendiri. Tolong jaga adab muhrim)

Harga katering (jika mahu. Boleh juga masak & sediakan bekalan makan/minum sendiri) = RM60 seorang
Harga jalan atas pucuk2 pokok di Tree Top Walk = RM10 seorang
Harga ilmu = tak terbayar.

Sila hubungi Hasnul J Saidon di 017-5047743 utk atur hari yg molek. Kita atur, Allah yg tentukan. Takyah paksa2. Ngalir je.

Sekian utk makluman.



#KuantumNusantara #ekologispiritual #petakosmodiri #TasbihSungaiSedim #keDIAMaMAN #senafassenadi #multiversity #didikjiwahalus #gemaBELAS #traditionalhomestay #traditionalliving #traditionalmalayhouse #creativelearning #experientiallearning #creativeworkshop #teambuilding #artististsscientistsinresidence #familyholiday #sedimriver #artscience #wellness #mindfulness #meditation #highervibration #quantumhealing #naturalhealing #soundhealing #resonance #lovecompassion

1 comment:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...