Saturday 25 January 2020

AININA DI WONDERLAND LANGKAWI


@aininahasnul in Wonderland.

Alangkah indahnya jika saudagar2 muzium 3D yg besar dan gagah ini menyantuni sejarah, legenda, mitos & kisah2 Mat Chinchang, Mat Raya, Dayang Bunting, Pandak Mayah, Cik Alang, Mahsuri, Wan Yahya, Deraman, Merong Mahawangsa dan byk lagi. Itu semua lebih berakar di bumi Langkawi yg hebat. 99 pulau, fosil berusia 500 juta tahun, sejarah gunung Chinchang yg setinggi 713 meter itu, semua membawa kita hingga ke zaman Cambrian. Banjarannya adalah yg paling awal terbentuk di pentas Sunda. Latar geologinya yg terisi granit, batu kapur, syal, dan batu lanar itu sudah tentunya boleh dijadikan mural yg gah dipandang. Pantai Pasir Hitam berhampiran Air Hangat dan Kuala Teriang yg penuh dgn turmalin, ilmenit & zirkon itu boleh dijadikan lantai lukisan yg dasyat.


Langkawi pd zaman bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803), Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), serangan Siam hingga terbakar seluruh Langkawi, semua ini pastinya mencabar imaginasi utk dilukiskan. Janganlah dilupus pula sejarahnya.

Latar pelbagai mitosnya pun sudah melangkaui hukum alam kasar, dgn imaginasi & fantasi yg boleh membuat Alice yg pernah ke Wonderland itu pun kagum. Itu belum lagi cerita2 mistik yg melingkari populasi langsuir di pulau ini.

3 juta pelancong yg dtg ke Langkawi setiap tahun itu pun pasti akan kagum. 3 juta pelancong itu boleh ditanam dgn naratif2 Langkawi yg tak kurang hebatnya. Para pelukis kelahiran Langkawi juga ada, tak perlu diimpot dari negara K-Pop.

Jika Mahsuri dtg dlm mimpi utk bertanya, saya kata, "org zaman sekarang dah tak lut sumpah."

1 comment:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...