Friday 10 January 2020

REBIU NAIF DAN DAIF


Tajuk : H3RO
Karya : HASNUL JAMAL SAIDON
Arahan : HASNUL JAMAL SAIDON
Genre : PERFORMANCE ART
Penerbit :
Lokasi : PELBAGAI
Tahun : 2014-2019

YANG NAMPAK MUDAH TAPI SEBENARNYA TIDAK MUDAH
YANG NAMPAK RINGAN TAPI SEBENARNYA TIDAK RINGAN

Sebenarnya ketika H3RO mula dipersembahkan beberapa tahun lepas, saya mula tertanya-tanya, apa bendalah yang dibuat insan ini. Pada waktu itu, beliau selalu bercakap tentang kuantum. Kuantum itu, kuantum ini. Yang saya tahu hanyalah Quantum of Solace, filem James Bond yang saya tak berapa gemar walaupun ada Olga Kurylenko sebagai bintangnya.

Tapi saya tetap baca juga catatan di blog beliau tentang kuantum walaupun saya tidak faham sepenuhnya. Saya kagum, kagum dengan pemahaman beliau dan cara beliau mengaplikasikan kuantum itu ke dalam persembahan dan kehidupan.

Beliau insan yang saya maksudkan ialah Kebun Jiwa Halus atau nama sebenar beliau Hasnul Jamal Saidon. Merupakan Profesor Madya di Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia, seorang artis multidisiplin yang berkarya melalui pelbagai medium; lukisan, catan, instalasi, elektronik art, muzik, teater, dan banyak lagi.

H3RO saya kategorikan sebagai performance art. . Apa beza performance art dengan performing art? Itu satu soalan teori yang saya sendiri susah nak jawab di sini. Saya tiada satu jawapan yang jitu. Mungkin ada pakar teori yang boleh bantu. Tapi jika anda berada di depan saya, mungkin saya boleh lukiskan rajah untuk lebih mudah pemahaman (mengikut pemahaman saya yang dangkal).

Tapi jika kita merujuk kepada Mark Westbrook, menurut beliau, "Performing Artists usually belong to the acting, dancing and music world, the world of the conservatoires and traditional performance spaces. Performance Art has its roots in the world of the art school, an extension of the fine arts, and often takes place in galleries, found spaces, and in site specific locations. A performing arts product could be a theatre production, a musical recital, a ballet. A performance art product could be chatting with the artist (as herself) in a part of an art gallery made to look like her front room."

H3RO mempunyai sejarah yang panjang. Ia bermula seawal 2014 dan hidup dalam beberapa siri. Saya yakin ia akan hidup lagi beberapa dekad lamanya. Tahun ini masuk tahun ke-5 H3RO menjelajah ke pelusuk Malaysia.

Ia hidup dalam bentuk persembahan lagu, tayangan filem pendek, lukisan, bengkel, ceramah interaktif dan dokumentasinya dimuatnaik ke internet. HJS menggunakan premis pengalaman belas seorang bapa kepada anak  lalu dikongsikan kepada peserta H3RO agar memahami apa itu maksud belas.

'Belas tu bukan kasih sayang atau cinta semata-mata, ia lebih dari tu. Cinta dan sayang ni lain. Kau boleh sayang dan cinta pada orang yang kau nak sayang dan cinta. Tapi bolehkah kau belas kepada musuh kau? Sebab cinta dan sayang itu dah terkandung dalam belas dan belas ni luas rangkumannya. Orang yang kau tak suka pun kau boleh belas' kata beliau kepada saya.

Kalau nak guna bahasa mudahnya, belas ini hampir bererti memberikan kemaafan. Hampir saja ya, bukan sama. Contohnya kita belas kepada binatang yang merosakkan tanaman kita, ia tidak sama dengan memaafkan binatang berkenaan. Ahhh sukar yang bercakap tentang perkara ini kerana maksudnya sangat mendalam walaupun sebenarnya ianya sangat mudah.

Jadi melalui H3RO, HJS menggarap rasa belas ini ke dalam hati para peserta yang menyertainya, bermula dengan kisah hidup beliau dengan Allahyarham Saidon Pandak Noh, ayahanda beliau. H3RO ini menjadi satu bentuk terapi buat beliau, dan beliau berusaha agar ia juga menjadi satu bentuk terapi kepada manusia lain. Menurut beliau, tidak mudah mencapai makam belas ini. Adakalanya ia memang wujud dalam diri dan adakalanya perlu dicari.

Beliau memberi contoh bagaimana Abdul-Munim Sombat Jitmoud 'membelasi' Trey Alexander Relford yang membunuh anaknya Salahuddin Jitmoud ketika menghantar pizza. Mudahkah? Hanya anda boleh jawab persoalan itu jika anda berada di posisi si bapa.

Banyak yang nak ditulis ni. Nanti jadi esei pula. Jadi saya berhenti di sini dengan memetik kata-kata Kebun Jiwa Halus a.k.a. Hasnul Jamal Saidon,

"I then realised that the secret of experiencing life is about connecting and correcting the connection that has been disconnected. Disconnection is the opposite of compassion, which would be apathy."

*Pameran H3RO sedang berlangsung di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM sempena Pameran Oasis 2019 sehingga 28 Januari 2020.

#ketagihteater
#H3RO
#performanceart

Rujukan :

https://actingcoachscotland.co.uk/blog/between-performing-arts-and-performance-art/

https://edition.cnn.com/2017/11/08/us/family-forgives-convict-pizza-delivery-driver-death-trnd/index.html

YUSUF BAKAR

1 comment:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...