Friday 10 March 2017

REFLEKSI SEORANG KENALAN BARU

BELASKAH KITA?

"Di dalam hidup ini ada satu fenomena yang menyambungkan sesama kita insan, hidup atau mati; dan juga dengan alam, warisan, haiwan dan Tuhan akhirnya. Fenomena ini adalah perasan Belas. Ini adalah satu kaedah yang menyatukan kita tanpa perlunya kita berinteraksi samaada melalui sentuhan fizikal, internet, suara, lisan atau lukisan. Ia cuma perlu diwujudkan di sanubari.

Sememangnya sudah ada bukti biologi bahawa apabila perasaan Belas itu dirasai oleh seseorang, badannya akan menghasilkan hormon-hormon yang membangunkan kesihatan. Sebaliknya, apabila kita sedih dan muram, hormon-hormon yang durjana akan dihasilkan (oleh tubuh kita). Sudah banyak juga cerita-cerita ajaib dimana pesakit barah pulih melalui penghasilan elemen-elemen kegembiraan di dalam hidup mereka. 

Apabila perasaan Belas itu diradiatkan kepada alam, maka wujudlah sikap mahu menjaga kebersihan sungai, laut dan sebagainya. Dari mana datangnya polisi Hijau? Sudah tentu dari kesedaran untuk membersihkan Bumi kita. Dari mana datangnya kesedaran ini? Sudah tentu dari keinginan untuk menjaga Bumi yang kita sayang. Ini adalah Belas.
Apabila disalurkan perasaan Belas itu kepada haiwan, terjagalah kebajikan mereka. Manusia kebanyakannya suka menyimpan haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, hamster dan sebagainya. Apabila haiwan-haiwan ini menyedari Belas yang kita sampaikan kepada mereka, maka berlembut dan manjalah haiwan tersebut kepada manusia. Ini adalah Belas balasan dari haiwan.

Apabila dinostalgiakan Belas itu kepada zaman lampau, teringatlah kita kepada insan-insan yang telah pergi dan berkembanglah sikap pembelajaran dari sejarah. Ini menjadi pemangkin untuk penerapan dan juga konservasi elemen-elemen warisan dan jati bangsa. Kita selalu berkata "Belajarlah dari sejarah". Sebabnya ialah untuk bersatu semula dengan masa lampau.

Belas sesama insanlah yang menjadi sumber kekeluargaan, persahabatan dan pencintaan sesama manusia. Maka tidak hairanlah mengapa kita memanggil anak-anak kita Belasan apabila mereka memerlukan kasih sayang yang kritikal sebelum menjadi dewasa. Belas sesama insan lah menjadi faktor mewujudkan NGO-NGO seperti National Cancer Society, Kitchen Soup, Unicef, WWF dan banyak lagi. Dengan Belas inilah kita menaruh harapan.

Konsep Belas ini juga sudah menjadi berkurangan dewasa ini. Semakin ramai insan yang bercanggah dengan fenomena murni ini. Mereka sering memaki sesama sendiri terutamanya di media sosial. Mereka membenci sesama sendiri. Mereka berperang sesama sendiri. Mereka membunuh sesama sendiri. Kita seharusnya kesal.

Apabila tidak ada usaha untuk mengembalikan Belas, maka makin pudarlah harapan untuk kemanusiaan untuk terus hidup. Apabila kesinambungan pewarisan Belas ini putus, bala akan menimpa kita semua. Adakah ini yang kita mahu sebagai pengakhiran hidup sebelum kita berangkat untuk menikmati Belas dari Tuhan? Terserahlah."

Refleksi seorang kenalan baru.  

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...