Wednesday, 22 March 2017

'DONT CHANGE YOUR HAIR FOR ME'





Alfatihah buat Allahyarham Syed Ahmad Jamal. Saya pernah tulis satu esei tentang karya2 beliau dlm koleksi institusi dan peribadi utk Pameran Retrospektif Solo beliau berjudul Pelukis. Ada juga saya ulas dalam blog saya, dalam kajian saya terkini. Namun, video ni yg paling terkesan dlm jiwa. Ia video majlis perasmian pameran solo saya oleh beliau. Jarang saya berpeluang melihat dan mendengar Syed Ahmad Jamal menyanyi, terutama dalam majlis rasmi. Itulah antara hadiah paling berharga yang saya pernah terima dari beliau. Saya terimanya sebagai 'warisan tak ketara'. Di dalam video ini ada kata2 kunci yg molek kita jadikan pedoman setiap sekarang:

Energy
Kijang emas
Cakar2
Sayu tanah
My valentine
R U Smart

Yang paling menusuk adalah sindiran lembut arwah terhadap rambut lurus rebonding saya: 

'Dont change your hair for me' (tak perlu ubah jati diri utk dpt perakuan)

Sindirannya halus, lembut, dlm humor, tapi menusuk, dan ada belas serta kasih yg mendasarinya, tak seperti ramai yg gelar diri seniman masa kini. Saya pernah ke rumah dia utk temubual. Dia & Datin layan saya spt saya org penting siap belanja makan mee rebus Johor di Gombak. Saya juga pernah singgah ziarah waktu dia agak uzur. Tahun yg sama, beliau meninggal dunia. Beberapa minggu sebelum meninggal, dia sering telefon saya. "Saya sakit, tak boleh jumpa org dah." Saya jawab, "takpa Datuk kena rehat. Saya doa dari jauh." 

Antara pesan akhir dia pd saya adalah utk buat pameran 'cahaya atas cahaya'. Sebelum itu, saya pernah bersembang dgn dia tentang cahaya dlm karya. Walaupun saya hanya berani merapati beliau hanya dua tiga tahun sebelum dia pergi, saya anggap ianya satu anugerah. 

Moga arwah dilimpahi cahaya & bersama mereka yg soleh. 

Lihat dan alamilah video yg istimewa buat saya ini. 

Mata saya masuk abuk.


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...