Wednesday 22 March 2017

PRIHATIN LAGI

Saya lebih memilih utk mengajak publik mengenali dan menyantuni Syed Ahmad Jamal daripada mengajak publik mengenali mereka yg pecahkan karya dia. Saya lebih memilih untuk mempopularkan Syed Ahmad Jamal dari mempopularkan mereka yg pecahkan karya dia. 

Lagipun, saya kenal Syed Ahmad Jamal. Saya tak kenal mereka yg pecahkan karya dia.

Saya tak mampu selamatkan karya Syed Ahmad Jamal yg dah dihancurkan, tapi saya boleh sebarkan ilmu dia yg saya rasa berguna, setakat yg dia pernah berikan pd saya semasa ke rumah dia, pi makan dgn dia, dlm pameran saya yg dia buka rasmi dan yg dia pernah hadir, dlm mesyuarat, konferen, seminar, dll. 

Warisan rupa (tangible heritage/warisan ketara) memang boleh dihancur. Tak guna kita hanya pandai meroyan dan buat kecoh je.

Tapi warisan jiwa (intangible heritage/warisan tak ketara), itulah yg kita perlu kongsi sekarang, setiap sekarang.

Santunilah tinggalan warisan ilmu Syed Ahmad Jamal jika kita ni benar2 prihatin.

Janganlah kita menjadi 'kijang emas yg mencakar-cakar sayu tanah'. 

Sila ke



No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...