PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Sunday, 4 September 2016

DUNIA HALUS DUNIA KASAR

Dunia halus-dunia kasar
YG BELAS

Apa yg kita fikir dan rasa, berkait terus atau menyumbang kpd realiti fizikal kita. Fizik kuantum dah buktikan. 

Apa implikasinya?

Perubahan pada realiti dunia luar (dunia kasar) bermula dari satu 'tempat di dalam'. Maksudnya 'realiti dunia dalam' atau 'dunia halus'. Ia adalah dunia fikiran (akal) dan perasaan (kalbu) kita. 

Jika nak berubah, mestilah bermula dgn mengubah cara 'dunia halus' kita melihat realiti dunia kasar. 'Dunia halus' menyumbang kepada realiti 'dunia kasar'.

Dalam kata lain, persepsi dan sikap kita terhadap dunia kasar adalah refleksi atau bayangan dunia halus kita.

Pendekkan cerita, jom tanya....,kita ni semua 'happy' ke?

Nak jawab tu, kena tanya lagi, kita ni melihat dunia kasar dari lensa 'dunia halus' yg 'happy' ke? 

Atau dari lensa 'dunia halus' yg penuh benci dan marah?

Tanya lagi. 

Kita ni secara umumnya sedang melihat dunia kasar yg dipanggil negara Malaysia dari lensa 'dunia halus' yg macam mana? 

Kasih sayang? Benci? Selamat? Terancam?

Jika kasih sayang, baguslah. InsyaAllah, terhasillah dunia kasar yg penuh kasih sayang dan belas.

Kalau benci?

Jika kita sebelum ni sibok sgt nak selamatkan mcm2 hal dunia kasar, selamatkan le dulu dunia halus masing-masing dari ancaman benci, hasad-dengki, tamak-haloba, tak syukur nikmat, angkuh, sombong, bongkak, berburuk-sangka, dan segala saka penyakit dunia halus. 

Orang yg dunia halusnya sendiri penuh benci (walaupun pandai 'cover'), tak boleh menyelamatkan negara dari kebencian (yg suka benor ditunding pada 'orang lain' oleh 'yg pandai cover' ni). 

(Contohnya: Karya seni halus yg hadir dari 'dunia halus' penuh benci, dlm bentuk fizikal (dunia kasar) mcm mana sekalipun, hanya akan menyumbang kpd penciptaan realiti dunia kasar yg penuh kebencian.)

Orang yg dunia halusnya dengki, tak boleh menyelamatkan negara dari kedengkian. Org yg dunia halusnya tamak, tak boleh menyelamatkan negara dari ketamakkan. Orang yg dunia halusnya sakit, tak boleh menyelamatkan negara dari kesakitan.

Oleh itu, kepada yg komited nak selamatkan negara Malaysia, jom la kita sama2 pi selamatkan 'dunia halus' kita ni terlebih dulu dari segala mcm bahana dan penyakit. 

Mulakan dgn 'Belas'. Moh le.

(Posting ini akan 'self-destruct' bila dilupakan. Takpa, terpulang).

No comments:

Post a Comment