Saturday, 10 September 2016

SI JANTUNG HATI AJAIB



LAGENDA SI JANTUNG HATI AJAIB.                                           

33 tahun dulu, lahir seorang manusia ajaib. Dia lahir dgn jantung berlubang. Doktor sendiri tidak yakin dia dapat bertahan lama. Tapi jantung dia tetap berdegup, tetap bertasbih, sungguh ajaib. Tentu sekali ini berkat limpahan kasih dan belas dari ibu dan bapa dia, dari Tok dan TokWan dia, dari adik-beradik dia, dari bapa2 dan ibu2 saudara dia, dari sepupu2 dia, kawan2 dia. Semuanya tempiaskan belas yg Maha Belas. Semua sayang pada dia. Dia dipanggil 'Si Jantung Hati'. Air jampi Tok Wan jadi minuman asasi dia. Tok Wan hero dia. Di Mekah, dia minum dan disimbah air Zam-Zam, tekup dada dan jantungnya di dinding Kaabah, sambil berdoa, "Allah terus degupkan jantung aku". Memangnya jantung dia ajaib, kuat, tak mengalah dan tak tewas. Ajaib. Dari kecil hingga dewasa, dia keluar-masuk hospital, badannya dibuka-dijahit ditutup hingga berparut mengalahkan askar. Tapi dia tak mengeluh. Dia belajar tekun hingga berjaya masuk universiti. Dia belajar menyelam, berkembara naik-turun gunung, main gitar dan jadi vokalis kumpulan 'Saat Udara Nyaman', berkerja, menjadi 'pembuli' adik-adiknya, merangkap tukang karut dan gas gelak utk mereka. Si Jantung Hati yg ajaib terus berdegup hidup. Paling ajaib, dia mengorat dan berjaya menawan hati seorang gadis. Mereka berkahwin dan hidup bahagia, dikurniakan seorang anak yang sangat comel. 

9 September yg lepas, selepas Azan Jumaat di bulan Haji berkumandang, setelah 33 tahun, Si Jantung Hati yg ajaib ini berhenti berdegup. 

Alisha, Si Jantung Hati Ajaib itu ialah ayahmu, IZAR ASRI BIN IBRAHIM. Dia kini berdegup dalam jantung kamu. Kamu,  cucu Tok Cu yg rock, adalah pewaris Si Jantung Hati yg ajaib. 

TOK CU
10 September 2016

Si Jantung Hati waktu kecil, dengan Abangnya Izran Shah. 


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...