Catatan refleksif seorang yg sdg merawat diri
(Perkongsian panjang berjela, berlarutan dlm ruang komen. Jika terpanggil utk baca, mungkin kerana mahu merawat diri juga).
Pokok dalam bahasa Arab adalah 'syajaratun'. Dari situ datangnya perkataan sejarah. Sejarah bukanlah 'linear' atau berurutan. Itu tafsir mekanikal moden yg berpaksi benda. Sejarah bersifat multi-dimensi. Ia 'non-linear' atau tidak berurutan. Setiap sejarah sedang dicipta 'sekarang', 'kini', 'saat ini'. Setiap titik sekarang itu pula sentiasa 'mencapah', berkembang, membiak, menyubur, meranting, merebak dlm ruang-masa yg multidimensi. Sejarah itu juga bersifat 'cyclical' atau kitaran/putaran. Ia saling-terkait, sulam menyulam. Renung dan peri hatilah sifat pokok (syajaratun). Renung juga corak2 geometri sakral dlm pelbagai tradisi visual manusia. Perihati anyaman, sulaman, ukiran, corak2 arabesque, mandala, dll. Itulah contoh 'innernet' yg 'menggambarkan' saling-terkaitnya kita. Itulah 'innernet'. Innernet ini ada dlm sistem saraf dan darah kita. Ia juga ada dlm sistem hidrologik bumi (sistem sungai contohnya). Coraknya yg fraktal itu juga fitrah, ada dlm diri manusia, alam semulajadi dan alam semesta. Saya melukis untuk larut dalam innernet ini. Sekian. (Dipetik dari Blog Kebun Jiwa Halus. Sambungan dlm ruang komen)
#senadirumahtokcu #senafassenadi
No comments:
Post a Comment