1. OBJEKTIF REKABENTUK
Objektif utama adalah untuk mencipta ruang pembelajaran sains perubatan yang lengkap untuk para pelajar yang mengikuti bidang ini di USM. Objektif sampingannya adalah untuk mencipta ruang galeri interaktif untuk khalayak umum memperolehi pengalaman yang bermakna tentang sains perubatan.
2. KONSEP REKABENTUK
Teras kepada konsep rekabentuk adalah kearifan dan kesejahteraan (wisdom dan wellness). Kedua-duanya hadir menerusi gabungan pelbagai kepintaran yang saling berkait, merentasi pelbagai ilmu. Kearifan dan kesejahteraan terkandung dalam tubuh manusia, alam semulajadi dan alam semesta. Kesemuanya adalah ayat-ayat atau tanda-tanda untuk direnung, diperihati, dikaji, dimaknai, dimurni dan dilestari. Tanda-tanda ini menampilkan tatabahasa harmoni yang akur pada Aturan atau Hukum Alam (the 'Law of Nature'). Tubuh manusia itu sendiri adalah sebahagian dari Aturan atau Hukum Alam. Tubuh manusia yang sihat sejahtera, akur kepada Hukum ini.
3. MOTIF VISUAL UTAMA DALAM REKABENTUK
Secara visual dan simbolik, kearifan dan kesejahteraan diterjemah menerusi rujukan terhadap 3 subjek utama:
3.1 Struktur heliks berganda DNA,
3.2 Struktur rupa heksagonal (segi enam) yang simetri,
3.3 Struktur fraktal pada sistem saraf dan darah.
4. HURAIAN TENTANG 3 MOTIF VISUAL UTAMA
Struktur heliks berganda adalah simbol kepada 'tanda-tangan' manusia dan kehidupan. Di dalamnya terkandung kod-kod biologi yang diwarisi. Dari pandangan profil, struktur DNA kelihatan seperti dua tali yang melingkar. Dari pandangan yang lain, ia kelihatan seperti struktur mandala yang simetri. Kesemua sub-bidang perubatan memerlukan kefahaman asas tentang DNA.
Contoh-contoh motif simetri heksagonal pula, juga dapat dikesan dalam tubuh manusia dan alam semulajadi, dari skala mikro bersifat sub-atomik hingga ke skala makro. Struktur molekul air (h2o) contohnya, bersifat heksagonal. Struktur simetri heksagonal juga dapat dilihat pada objek-objek warisan budaya Nusantara berasaskan arabesque dan mandala.
Bahasa visual sebegini adalah bahasa tenaga yg halus, yakni bahasa kuantum. Ia adalah bahasa sejagat yang menyatu, menjalin, menyihat, memulih, menyembuh dan membawa kesejahteraan.
Corak-corak fraktal yang terdapat pada sistem saraf dan darah manusia juga boleh dilihat pada objek-objek alam semulajadi, dari skala mikro ke makro. Antaranya termasuklah sistem hidrologi (sungai dan delta), pokok, kilat, koral, dan banyak lagi fenomena alamiah. Corak-corak ini patuh pada hukum matematik fraktal. Asasnya adalah efisiensi tenaga. Fraktal adalah sistem terbaik dan paling lestari untuk membawa tenaga. Alam semulajadi terisi dengan sistem terbaik yg fitrah ini. Ia juga indah berseni. Pada corak-corak fraktal ini ada hikmah yg menjadi asas kepada penyatuan manusia sejagat, sebagai satu keluarga umat manusia dan alam semesta yang mentasbihkan kearifan dan kesejahteraan.
5. PRINSIP-PRINSIP REKABENTUK
Prinpsip-prinsip utama dalam rekabentuk adalah:
> Kerterjalinan
> Saling-bergantungan
> Modular
> Imbangan
> Anjal
> Adaptif
> Dinamik (sentiasa berubah)
> Interaktif
> Keterlibatan
> Penyatuan (sains & seni)
> Ringkas
> Mudah
> Praktikal
> Lembut dan feminin
> Ringan
6. ELEMEN-ELEMEN UTAMA REKABENTUK
> Garisan melengkung fibonacci
> Rupa & bentuk heksagonal
> Tona bernada (kekunci) tengah dan tinggi (pastel/tinted/cerah)
> Jalinan corak dari gabungan struktur heliks DNA berganda, heksagonal dan fraktal
> Warna asas utama jingga, ungu, biru, kelabu.
7. PROSES REKABENTUK
Brief dari klien>Penyelidikan visual>pembinaan konsep>Lakaran awal & lakaran susulan>Pembentangan dan perbincangan>Lukisan skimatik & teknikal>Lukisan persembahan>Lukisan 3D>Pembentangan & perbincangan>Pembaikan rekaan>Pembentangan & perbincangan>Pembaikan susulan>Pembinaan model>Pembentangan & perbincangan akhir>Penyerahan dokumen cadangan rekabentuk>Penyerahan model
8. TEMPUH REKABENTUK
4 bulan
8. PASUKAN REKABENTUK
KETUA PEREKA :
Hasnul J Saidon
PEREKA
Afzanizam Ali
LUKISAN 3D
Amira bt Hasnul Jamal
PEMBANTU PEREKA
Khabir Roslan
4 pelajar latihan industri di MGTF USM
PEREKA BERSAMA
Ahli-ahli jawatankuasa SPICES dari Jabatan Patologi, PPS USM
Arkitek & Jurutera Jabatan Pembangunan, USM Kubang Kerian.
PENYELIDIK
Safinawati Samsudin
Mohd Firdhaus Khairuddin
PEMBANTU TEKNIK
Husni Abdul Latiff
Mohammad Yazdi Yaacob
No comments:
Post a Comment