Thursday, 2 September 2021

DATANG & PERGI, NAIK & TURUN, SIANG & MALAM, PASANG & SURUT.

Jeti rumah abang Rasyid & kak Bara lekat dlm hati. Ia penanda kpd fitrah alam. Naratif jeti bukanlah linear atau sehala. Naratifnya mengajar kita tentang kitaran atau pusingan alamiah, juga tentang dansa antara dua unsur bertentangan. Dari sekecil partikel sub-atom hinggalah sebesar galaksi, unsur pusingan & bertentangan ini wujud utk kita jadi saksi yg bersyahadah. Ia juga wujud dlm jasad atau badan kita. Kita datang kita pergi. Ada masa pasang, ada masa surut.

Alangkah indahnya jika semua manusia mengimani fitrah 'hidrologi' & sistem pusingan air di bumi. Sistem ini adalah senafas & senadi dgn pusingan darah dlm segala salur darah kita. Dlm situasi 'heatwave' global yg makin runcing & menghampiri 'point of no return', kita amat2 perlu mengimani & memelihara dinamika sistem hidrologi bumi, seiring menyihatkan darah yg mengalir dlm badan kita. Moga kita sentiasa mentasbihkan syukur atas segala limpah kurnia alamiah utk kita.

Langkawi Islands Barkat Langkawi Islands Barkat












No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...