Saturday, 18 September 2021

I, WANT MALAYSIA

Aku mengaku byk 'angin' terutama ketika bergelar 'pensyarah muda'. Aku mohon maaf.

Tapi kini, dlm usia 56 tahun, dan setelah 27 tahun bergelar pensyarah, momen2 bersama para pelajar yg dikasihi, amat byk mengajar aku menjadi rakyat Malaysia. Para pelajar aku adalah cermin2 yg menjadi 'guru' aku. 

Malaysia adalah doa yg kita aksikan dlm perbuatan harian, dlm amalan dan kerja kita, ketika melaksanakan amanah sambil memelihara maruah dan sejarah bersama. Ia satu proses pembelajaran alami yg berterusan sepanjang hayat,  penuh dgn cabaran & kesilapan. Ia juga bukan hanya utk digoreng sebagai teori2 gempak yg diromenkan depan mikrofon dlm sidang2 semata-mata. 

Ini momen2 yg sempat aku kutip. Mustahil dpt kumpul semua. Itu kerja malaikat. Salam Hari Malaysia buat kenalan semua, termasuk yg hanya pandai skodeng je.

Salam kasih buat semua yg pernah bergurukan aku. Mohon maklum, guru itu mustahil perfect & maksum.

Wa caya sama lu ol. Jika sudi, tag diri & kawan2. Kita gemakan persaudaraan, bukan permusuhan.





















No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...