Tuesday 7 July 2020

SENI, BUDAYA & WARISAN TU BOLEH KE TOLONG NAIKKAN 'RANKING' UNIVERSITI?


Menung & renung tentang hijrah.

Institusi2 yg diberi amanah utk memurnikan nilai2 kemanusiaan menerusi bidang2 kesenian, kebudayaan & warisan kini makin parah ditarah. Ia dihimpit tekanan 'pembangunan' kapitalistik pasaran bebas, globalisasi sasau & ledakan teknologi yg meratakan segalanya menjadi perlumbaan haloba. Hubungan manusia dgn Pencipta, hubungan manusia sesama manusia & manusia dgn alam, termasuk semua makhluk hidup, makin carca-marba & terputus. Rasa keterjalinan makin terpisah & terasing. Rasa kesatuan makin jauh. Belas makin ditenggelami belasah. Yg toksid diketagihi, yg sihat dipinggiri. Manipulasi pasaran, eksploitasi kelas pekerja & konsumerisma nafsu melebihi perlu, makin meracun & memanggang bumi menjadi ketuhar neraka. Minda yg bijak dgn kelulusan phd universiti bertaraf dunia, dipandu hati yg korup & kering. Kerohanian dah jatuh bankrap, atau ditunggang menjadi komoditi & strategi jenama. Sambil itu, perlumbaan memacu tamak pada masa kini, terus menggadai masa depan. Ketamakan merebak persis virus. Generasi anak-cucu-cicit giat dirompak. Sumber2 asli makin lupus. Unjuran produksi-distribusi-pertukaran modal-konsumsi terus membina kumbah2 utopia yg tidak lagi lestari. Keadilan sosial, ekonomi & politik makin menjadi mitos yg dipandang sinis. Segalanya taksub pada 'memiliki' & 'mempunyai', bukan 'menghidup' & 'menjadi'. Sasaran akhirnya adalah memaksimum keuntungan kelas pemodal-penguasa tanpa memikirkan kesan terhadap alam & manusia. 99% yg menjadi hamba, dicandukan oleh yg kurang 1% dgn kesibukan menepati KPI, ROI, dipaksa berlumba2, berkejar-kejaran, bersaing-bergasak-bercakaran-bergaduh sesama sendiri tanpa henti. Mereka juga diumpan hutang yg perlu dibayar hingga 7 keturunan. Konflik ditanam & dibela dlm media mcm saka, krn ia candu yg boleh melali, mengalih & melena. Prestasi & produktiviti hamba2 disukat dgn hati kosong persis mesin tanpa empati atau belas, atas nama 'objektiviti saintifik', ketepatan empiris, efisiensi, daya saing & memaksimum keuntungan. Itulah model & paradigma pembangunan yg dianut kini persis agama. Ia menular merata bumi, termasuk di universiti. Yg terus tergadai adalah nilai2 kemanusiaan dlm kerencaman seni, budaya & warisan. Yg dihimpit oleh piawaian kering ekonomi material ini termasuklah institusi2 yg diamanahkan utk mensejahterakan hal2 bukan material - hal2 yg tak boleh disuku-sukat-sakat. Bahang pemanasan makin dekat dgn 'point of no return'.

Menyedihkan. Menggusarkan.

Kita berdepan dgn krisis penipisan belas yg kritikal. Kita amat perlukan anjakan paradigma atau 'hijrah', berpaksi kosmologi tradisi yg sudah terbukti sedia lestari dari dulu lagi. 

Dikongsi fragmen kecil dari apa yg pernah saya lalui & pelajari tentang hijrah. Kalau boleh dijadikan bekalan renungan, alhamdulillah. Tautan berkaitan dlm ruang komen.

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/04/paradigmatic-shift-case-of-muzium.html?m=0

https://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/04/hijrah-or-call-it-transformative-shifts.html?m=1


1 comment:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...