(Teks panjang, berhati-hati bila di simpang)
Ini susulan tempias belajar dari guru saya Amron Omar.
Apa yg dapat dari kerja melukis? Tak payah pergi Universiti pun boleh pandai melukis. Bukan boleh bantu sangat pun utk cari kerja, cari duit, angkat 'rangking universiti' bla, bla, bla.
Saya kongsi sikit respon dari sisi saya. Jika ok, Alhamdulillah. Jika tak, hanyutkan je. Takyah stress gaduh2.
Gini ya. Dalam tubuh manusia, ada byk rahsia kejadian. Manusia ini ciptaan yg paling osem.
Pada tubuh manusia, ada simetri, kadar-banding, sukatan, kiraan, imbangan, harmoni, pengulangan, kontras, kepelbagaian, kesatuan. Pada tubuh manusia, ada 'kadar-banding emas' dan lengkungan Fibonacci yg juga boleh disingkap dlm byk bentuk2 makhluk & kejadian alam yg lain.
Pada tubuh manusia ada byk 'tanda-tanda' utk dibaca oleh mereka yg menggunakan akal. Ada 'abjad' & 'ayat' yg terhijab.
Pada tubuh manusia ada byk titik, garisan, rupa, satah, bentuk, jalinan, terang-gelap, warna dan ruang. Ada positif & negatif, ying-yang, cit-cot kiri-kanan, sisi sains sisi seni, dan byk pasangan2 komplimentari. Ini saja, bertahun-tahun kena belajar & latih.
Pada tubuh manusia ada hairaki & tingkatan atau makam atas ke bawah, tinggi-rendah, halus-kasar.
Pada tubuh manusia ada rangkaian dalaman (inner-net) yakni sistem saraf & sistem darah. Ini jauh lebih hebat & canggih dari 'internet'. Sistem saraf berpusat di otak. Sistem darah berpusat di jantung. Kedua-dua ada getaran (vibration/frequency) & ritma (rhythm) yg fitrah (natural) kecuali jika diganggu. Sistem saraf dipengaruhi oleh apa yg kita pilih utk fikir. Sistem darah dipengaruhi oleh emosi kita. Arus keduanya mencipta tekanan. Ada juga dipanggil 'angin'. Kedua-duanya mempengaruhi organ2 lain dan anggota badan fizikal kita terutama di bahagian perut. Jika keduanya berharmoni, badan kita sihat. Jika kedua-duanya terganggu, terutama di perut, badan kita sakit.
Ramai yg sakit, walaupun jasad badan nampak sihat pada mata kasar. Istilah perubatannya adalah sakit mental (bukan gila). Istilah Melayu halusnya, sakit batin. Contohnya stress (tekanan), risau (anxiety), murung (depressi), tak boleh tidur (amnesia), tak boleh kawal marah dan banyak lagi. Pada pendapat saya, ini semua datang dari terlebih getaran rendah berikut - tak bersyukur, tak redha, tak yakin-percaya (pd Tuhan), sombong, angkuh, riak, benci, dengki, cemburu, iri hati, tamak dan haloba. Ini penyakit halus pasca moden, yg dihidapi oleh ramai manusia muda-tua yg tak mengaku dia sakit, termasuk golongan profesional seperti pensyarah. Ia hadir bila getaran fikiran dan perasaan tidak berharmoni. Getarannya membuatkan badan penuh cortisol yg beracun.
Fikiran & perasaan tak boleh dilihat, dua2 halus. Kedua-dua fikiran dan perasaan membentuk jasad halus. Jasad halus ada getaran halus yg tak dapat dilihat mata kasar. Walaupun kita tak boleh lihat dgn mata kasar kerana frekuensinya laju, kesannya boleh kita rasa. Fikiran & perasaan adalah dua cabang sungai atau arus dari 'cahaya kesedaran' yg sama - yakni jiwa kita. Pada jiwa ada cahaya.
Fikiran itu jalannya tahu. Perasaan itu jalannya lalu. Jiwa itu jalannya yakin-percaya. Yakin-percaya itu paling power, sebab itulah ia bercahaya. Tahu & lalu hanyalah denai awal utk pergi ke yakin-percaya. Ramai yg tahu mcm2 sampai dpt phd, tapi tak benar2 yakin-percaya kerana cahayanya kabur. Ramai yg menulis dan bercakap apa yg dia tak buat, tak amalkan & tak percaya pun. Jenis2 gini makin ramai, apatah lagi bila diangkat dijulang diberi markah tinggi ikut piawai hukum benda (material) manusia. Yakin & percaya ni, anugerah Allah. Nak dpt, bukan free. Ujiannya bukan dlm dewan peperiksaan. Ujiannya dlm hidup. Setiap org ada ujian masing2. Yg nak diuji itu, yakin-percaya la. Tapi bukan yakin-percaya pada makhluk & segala yg dicipta. Yakin pada Tuhan itulah cahayanya.
Cahaya ini memang dah 'built in' dlm diri kita. Ia adalah 'kasih' dan 'belas'. Kenalah yakin & percaya pd daya kasih & belas yg ada dlm diri. 9 bulan kita diprogramkan dlm 'belas' atau bahasa Arab & Melayunya 'rahim'. 9 bulan di'rahimi'. Sebab tu dimuliakan dgn istilah 'cahaya mata'.
Setiap manusia itu ada cahaya. Jasad kasar (bayang) itu hadir kerana ada cahaya. Yg cahaya ini boleh kita tahu ikut susur ilmu Tauhid dari guru2 yg layak. Boleh juga intai dari susur fizik kuantum jika ada rezki. Tapi utk lalu dan kemudian yakin-percaya, itu anugerah Allah utk yg terpilih.
Jika fikiran dan perasaan (2 arus sungai) ini berharmoni, cahaya itu terang, lagi menerangkan. Ia dipanggil 'terang hati'. Bukan terang otak ye, terang hati. Cuba renungkan kenapa disebut hati, bukan otak.
Jika fikiran kusut, perasaan berkocak keruh, keduanya menutup cahaya tadi. Jika tak distabilkan, tak ditenangkan, tak dijernihkan, tak dibersih, ia jadi toksid yg tebal keras hingga cahaya kesedaran itu langsung tak boleh tembus. Ini dipanggil 'buta hati'. Ini lebih parah dari buta mata. Orang buta hati, kelenjar pineal dia rosak. Dia juga tak boleh renjiskan hormon-hormon bagus spt dophamine, oxytocin, serotonim & endorphin. Dia takda belas. Dlm bahasa Inggeris, 'apathy'. Dalam bahasa Melayu 'takda hati' atau 'hati kering'. Ia menimbulkan sakit. Ia boleh merebak, pada manusia lain & alam sekitar. Ia wujudkan krisis. Krisinya bermula dgn krisis takda belas.
Melukis itu belajar melihat hal-hal sebegini. Melihat pun kena belajar ke? Buka je mata dah melihat, takyah la nak belajar sampai masuk universiti!
Jawapannya, jika ada rezki, elok belajar 'melihat' menerusi melukis, dari guru2 yg layak.
Semua orang yg tak buta mata boleh melihat, tapi sgt2 sedikit yg memerhati. Ini boleh dipelajari dari ilmu melukis, itupun jika jumpa guru2 yg baik2.
Memerhati bermaksud 'memeri' (memperinci, menyusun, menghalusi) hati. Yang dihaluskan itu hati, bukan otak. Sebab itu dimuliakan dgn ungkapan 'perihati', 'memerhati', 'perihatin' , beri 'perhatian' , 'hati-hati', 'suka hati', 'buah hati'. Hati yg tak elok pun ada, seperti 'busuk hati' dan banyak lagi. Dalam bahasa Melayu halus, takda 'periotak', 'tolong beri perotakan', 'otak-otak di jalanraya ya' (makanan ada la), 'suka otak dia je', 'dia tu buah otak saya' , 'busuk otak betul dia ni'. Dalam novel2 genre 'indie' mungkin ada le kot.
Kenapa hati? Bahasa Melayu ni halus & lembut, lebih merujuk kpd getaran halus atau batin dari yg keras & kasar. Lebih fokus pada penglihatan budi dari hati, bukan pintar otak semata-mata hingga digelar profesor. Bahasa Melayu seperti air, lembut tapi kuat. Saya istilahkan sebagai bahasa kuantum.
Fuhhhh, apa kaitan hal bahasa ni semua dgn melukis? Melukis tu pun bahasa juga. Bahasa yg ditutur dgn tangan. Ada kasar, ada halus.
Kaitannya adalah pada belajar 'memerhati' tadi. Untuk tingkatkan darjat 'memerhati', kita perlu berguru, termasuk ilmu melukis. Dgn guru, kita belajar kenal apa yg kita suka (dan ketagih) utk fikirkan & rasai sebab kedua-duanya mempengaruhi saraf & tekanan darah, sistem 'innernet' kita. Itu pula mempengaruhi organ dalaman & anggota badan. Belajar kenal diri sendiri, kenal fikiran & perasaan sendiri, agar rasa segala 'musuh' dan 'kawan' pd kedua-duanya, rasa segala hantu, jin, setan atau malaikat yg mempengaruhi atau merasuk kedua-duanya. Kedua2nya memberi kesan pd jasad fizikal, termasuklah tangan yg melukis.
Melukis itu adalah denai mengenal & melatih diri yg halus & kasar. Yg diperi-hati itu diri sendiri, walaupun yg dilihat & dilukis itu objek & orang lain.
Setakat itu yg mampu dikongsi. Oh ya, pada segelintir profesor2 bidang2 sains yg guna sebelah otak kiri tu saja, yg suka benor mengutuk 'kerja melukis' dan 'mereka yg ajar melukis', yg tuduh kerja melukis ni tak setinggi makam mereka yg menulis dlm jurnal2 berwasit, juga yg seikatan dgn mereka, saya doakan anda semua diterangi hati.
Selamat belajar melukis. Jika nak tanya atau selidik lebih dekat, silalah ke pondok saya utk #inapilmu di Rumahtokcu. Tapi bukan 'percuma' ya, semua hal ada harga. Paling dasyat, harga diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete