Wednesday, 8 July 2020
BAPAK & CHOONG KAM KOW
Cerita2 pendek tentang 'menuntut ilmu' & 'hidup berbakti' yg takda kaitan langsung dgn kemabukan mengejar 'ranking dunia'.
Bapak saya pernah pesan, "Guru boleh ajar kita baca Quran tapi hanya Allah yg buka hati & bagi hidayah." Semasa saya merayau-rayau buat itu-ini, dia juga pernah ingatkan, "Hasnul, pilihlah jadi pensyarah."
Bonda saya pula sering cakap begini,
"Aku doakan kamu jadi org yg berguna".
Mereka tahu & faham anak mereka yg kepala angin ni suka terlibat dgn bermcm2 jenis amalan seni. Antara sebab saya pilih jadi pensyarah adalah utk menghormati hajat mereka. Tapi, saya masih terus berkarya. Setelah lebih berusia (taknak ngaku tua), saya sedar apa yg mereka ingin sampaikan. Mengkaji & mengetahui, menghasilkan karya & mengajar adalah sebahagian dari 'menghidupkan' (living) dan 'menjadi' (being) seni itu sendiri.
Ilmu itu jadi diri. Bukannya semata-mata jadi ijazah phd, jadi profesor, bukan pada penerbitan jurnal2 scorpus saja atau penerbit2 MYRA, bukan semata2 pada kedudukan dlm 'ranking dunia' yg rakus dikejar itu.
Diri menjadi ilmu - menggetar & menggemakannya sepanjang masa, di mana2, pd sesiapa jua yg patut menerimanya, bukan hanya pd 4-5 org dlm 'concurrent session' di seminar2 antarabangsa yg dijadikan modal utk naik pangkat.
Di sini, saya ingin imbas-semula (throwback). Ia hadir dlm bentuk cerita2 kecil tentang berguru, berserta dgn foto2 lama yg sempat dikutip.
Semasa mengimbas, cubala keluar dari paradigma 'internet' dan masuk dlm 'inner-net'. Perlu dijejak-semula bahagian2 tertentu dlm denai2 neural otak ini. Otak yg terkandung dlmnya itu berbilion2 sel, adalah 'super-computer' yg hebat antara dua telinga kita. Jom cuba padamkan cahaya skrin, dan buka 'cahaya hati'.
Ini yg saya tulis (dlm bahasa Inggeris).......
Jika tak suka takpa, buang & lupakan sj, takyah gadoh2. Jika suka, alhamdulillah.
https://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/10/guru.html?m=0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
Numpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*