Jika geng Frankfurt School (ditubuh tahun 1929, dgn nama rasmi Institute of Social Research di Universiti Frankfurt) datang bercuti sambil jalan2 cari makan sekitar bandaraya Tanjong Penaga (George Town), mereka mungkin sgt teruja melihat lukisan2 dinding di merata jalan.
Max Horkheimer, Theodor Adorno dan Herbert Marcuse contohnya, mungkin 'ke sana, ke sini' untuk menikmati dinding-dinding terisi seni yg dipanggil seni mural, seni graffiti dan seni jalanan. Lebih mengujakan kerana asal-usulnya boleh dijejak hingga ke zaman batu (Paleolitik awal) merentasi zaman2 pra-sejarah hinggalah ke beberapa zaman, peradaban & tamadun di seluruh dunia. Melukis dinding adalah antara kegiatan manusia yg tertua di dunia. Oleh itu, hormatlah sikit.
Asal-usul, kemunculan, sejarah & perkembangan awal, sikap, sentimen, takrifan dan konteks seni mural, seni graffiti & seni jalanan adalah berbeza-beza tapi saling terkait. Kini semuanya sudah bercampur baur dlm rojak pasembor zaman perca-moden yg sedap bagi yg ketagih. Untuk mudah, kita gelar & santuni sebagai seni urban. Mungkin lebih mencerah.
Kini kita berada pada zaman 'globalukasi', teknologi informasi yg penuh implosi (letup dari dalam) & pasangan modal-kuasa trans-nasional (bukan syarikat bas ye) yg tak mengenal sempadan negara-bangsa. Sudah tentu lebih rumit tapi sedap buat Horkheimer, Adorno dan Marcuse yg suka sgt berfikir & mengerut dahi tu. Kini, seni urban dipacu gigih & tekun oleh para pelukis muda, terutama dari generasi milenial. Semuanya mungkin enak dijadikan 'teks' (bahan) rujukan utk di'pasembor'kan dgn berpinggan Teori Kritikal yg digagahi Marcuse, Adorno & Hockheimer.
Teori Kritikal terkait dgn bahasa & budaya. Bahasa (dlm apa jua bentuk, termasuklah seni urban) boleh diusul sbg elemen pembentuk budaya. Bagaimana pula dgn seni urban?
Jika aku ditugas sebagai 'tourist guide', Marcuse, Adorno & Hockheimer yg sdg bercuti itu mungkin akan banyak bertanya. Aku yg tak begitu kenal dgn mereka ni, mungkin lemas dibuatnya.
Ini senario imaginarinya.
Sambil melihat lukisan 2 budak dgn basikal lama, Marcuse bertanya, "Hey Hasnul, kau fikir seni urban ini boleh tak menjadi 'penanda' (signifier) kpd masyarakat satu dimensi (one-dimensional society)?" Aku yg masih prasan nak digelar pandai hal semiotik ni (ilmu tentang sistem tanda & makna) bertanya balik, "apa dia masyarakat satu dimensi tu brader?". Marcuse jawab, "masyarakat yang sudah tepu ditadbir & 'dinormalkan' oleh sesuatu sistem secara total hingga tidak lagi disedari ahli-ahlinya?"
Sedang aku kerut dahi, dia sambung tanya lagi, 'bolehkah seni urban ini semua menjadi penanda kepada kuasa dan kesan dominasi sosio-politik kapitalisma global yang sudah meresap dan merasuk ahli-ahli masyarakat dengan candunya."
Aku tak tau nak jawab. Manalah aku tau. Selfie dan wefie depan lukisan dgn anak aku, aku tau la!
Adorno pula nyampuk bila lihat aku binggung.
"Fenomena mencandu menerusi penguasaan modal & kuasa, berlaku serentak dengan fenomena kawalan sosial (social control), 'normalisasi' menerusi kemajuan teknologi (internet & para 'troopers' contohnya) dan dakyah2 media. Fenomena lain yang boleh dikaitkan dgn seni urban adalah perbandaran (gentrification), 'perindustrian' dan ledakan media atas talian. Semuanya mempengaruhi 'world-view' masyarakat urban kontemporari seluruh dunia."
Aku jawab, ".... oooooooo".
Hockheimer pula sambut, "Hasnul, adakah gabungan fenomena ini akan menyemarakkan atau menghakis demokrasi dan individualiti? Atau kedua-duanya berlaku serentak?"
Isshh dia ni, tak reti nak jawabla. Terus aku ajak mereka ber'wefie' depan lukisan dinding.
Adorno tak puas hati, sambil wefie dia pula tanya, "Hey brader, apakah seni urban dengan kepelbagaian signifikasi & maknanya itu, boleh dibaca sebagai kritikan sosial dan budaya? Terutama terhadap sebarang sistem atau aturan pihak pemodal & penguasa yg mendokonginya? Bolehkah ia menjadi pencetus kpd usaha membebaskan manusia dari cengkaman sebarang bentuk dominasi dan penindasan seperti zaman awal kemunculannya? Atau adakah seni urban ini satu lanjutan & instrumen propaganda utk memperkukuh kuasa (politik, ekonomi sosial dsb), sesuatu yg terbalik dari semangat, sikap & strategi awal serta asal seni jalanan itu sendiri?"
"Brader Adorno, gua tak pasti la. Lu tanya salah orang. Anway, takyahla tanya2, just enjoy cuti2 ni. Boleh tak gua upload gambar ni dlm facebook?"
Pulang ke rumah selepas jadi 'tourist guide', terus aku lukis atas dinding2 lusuh, secara digital la. Nak lukis atas dinding betul, takut & malas.