14 HARI UNTUK BANGUN
Sekarang ini, kita perlu buat pilihan. Apa getaran tenaga yg kita mahukan, sekarang? Apakah getaran yg kita mahu fokus, layan & sebarkan, terutama menerusi media sosial? Apa ya?
Adakah kita pilih takut-panik, atau kita pilih tenang-damai? Kita pilih benci-marah atau kasih-belas? Kita pilih utk fokus kpd mencari salah atau fokus pd mencari penyelesaian? Kita pilih utk fokus pd org jahat atau org baik? Kita pilih utk fokus pd penyakit atau fokus pada pemulihan & kesembuhan? Kita pilih utk fokus pd apa yg kita suka atau apa yg kita tak suka?
Tolonglah pilih betul2 kerana pilihan kita itu, jika ikut hukum kuantum, akan beri kesan langsung kpd pemulihan sejagat. Tolonglah sedar dan bangun.
Kita mesti pilih sekarang, secara kolektif, bukan berseorangan. Ia mesti bermula dari peringkat paling halus yakni niat. Kita mesti pilih getaran tenaga apa yg kita mahu fokus, layan, getar, gema dan jadikan doa utk realiti sedunia.
Apa jua yang kita pilih sebagai doa beramai2 akan menjadi getaran majoriti sedunia. Dengan Kuasa & Izin Yg Maha Pencipta, yg kita pilih itu boleh menjadi realiti sedunia kita sekarang, esok & hari2 akan datang. Kita mesti pilih getaran doa kolektif kita, sekarang. Apa doa kolektif kita?
Pilihlah doa dgn getaran kasih-belas dlm tenang-damai. Tolonglah pilih getaran ini. Jadikan ia doa harian kita sejagat. Ini getaran doa yg memulihkan. Ini getaran doa yg menyelamatkan kemanusiaan sedunia yg sedang diuji. Ini getaran fitrah. Ia amat penting utk 'survival' seluruh umat manusia, sekarang, hari ini & hari2 mendatang.
Apa itu doa?
Kita doa kpd Yg Maha Berkuasa dgn talian niat, perasaan & fikiran. Semua ini bukan benda, tak boleh nampak, tak boleh pegang, tak boleh hidu, tak boleh rasa di lidah & tak boleh didengar. Ketiga-tiganya getaran halus. Namun, ketiga-tiganya jika dibentuk sebagai doa boleh menjadi senjata pendinding yg paling hebat. Kenapa?
Niat, perasaan & fikiran kita secara individu adalah getaran tenaga. Ini sangat penting utk kita disedari. Tenaga niat, fikir & perasaan kita semua terjalin atau terkait secara kuantum. Tenaga ini tidak ikut hukum fizik klasik. Ia ikut hukum kuantum. Salah satu hukum itu adalah hukum keterjalinan yg merentas batas jasad, ruang & masa.
Sedarlah, bahawa dlm diri kita yg paling halus itu, yg lebih halus dari atom, terdapat satu tenaga keterjalinan yg amat berkuasa sekali dlm menentukan nasib kita sebagai umat manusia sejagat. Ia adalah kuasa keterjalinan kasih & belas. Ya, kuasa keterjalinan kasih & belas terutama menerusi doa.
Tolonglah bangun & sedar sekarang, setiap sekarang. Tolonglah selamatkan kemanusiaan & bumi dgn kembali kpd kuasa keterjalinan kasih & belas ini. Ini adalah kuasa keterjalinan batin yg wujud dlm jiwa kita semua. Ia boleh menyelamatkan kita.
Keterjalinan batin ini adalah satu kuasa yg amat hebat, yg sering ditutup dari kesedaran manusia sejagat. Kita tidak menggunakan kuasa keterjalinan ini kerana kita semua sudah ditipu oleh sistem2 pemikiran anti-fitrah yg berpusatkan kebendaan.
Kita telah dihijab, ditidur, dilena, dibius & dikalihkan dari keterjalinan batin ini. Sistem2 ini merebak persis wabak yg selama ini bersembunyi dlm pelbagai aspek hidup - politik, ekonomi, sosial, pendidikan, sains-teknologi, seni-budaya. Sistem2 ini degil, amat berkuasa secara global & masih bergerak dgn ugutan. Ia hanya menguntungkan kurang dari 0.001% manusia, selainnya yg berbillion termasuk kita hanya hamba.
Namun sistem2 ini makin lupus. Jangka hayatnya sudah sampai pd penghujung. Sudah ramai yg sedar bahawa ia adalah ilusi yg telah menipu kita, memisah-misahkan kita, melaga-lagakan kita, meracun & merosakkan jiwa kita. Ia menipu kita dgn tahyul mimpi benda berpaksi nafsu, tamak, dengki, khianat, takbur, benci, marah, rasa kekurangan, syak wasangka buruk, taksub terhadap identiti diri & kolektif yg palsu, kecewa, resah, rungsing, putus asa, takut & byk lagi. Ia adalah wabak. Wabak halus dari kepincangan sistem ini kini sudah muncul melata, tidak lagi berlindung.
Racun & toksid busuk ini sedang keluar dgn melata. Ia akan terus keluar dlm masa terdekat. Ia keluar dlm byk dimensi hidup - politik, sosial, ekonomi, pendidikan, seni, budaya, teknologi dll. Biar semuanya keluar. Jangan beri respon lebih-lebih. Ini sebahagian dari 'krisis penyembuhan'. Racun & toksid yg dah lama berkampung dlm sistem2 anti-fitrah ini perlu keluar & lupus dulu, baru boleh berlaku proses pemulihan & penyembuhan. Racun & toksid ni keluar dlm mcm2 bentuk - tamak, khianat, bohong, bodoh, dan mcm2 lagi. Semuanya memang boleh ganggu medan tenaga kita, menghijab kita dgn getaran rendah - boleh buat kita marah, naik angin, benci, meluat, menyampah. Berhati-hati. Ini semua boleh merebakkan lagi wabak. Jgn termasuk dlm getaran rendah ini. Jaga medan tenaga kita.
Krisis penyembuhan (toksid keluar) ini sedang berlaku secara global. Kita sedang dipulihkan. Bertenang dgn krisis penyembuhan. Tumpu perhatian pada kuasa keterjalinan batin kasih dan belas. Tumpu pd pemulihan & penyembuhan.
Hari ini semua manusia mesti bangun. Wabak ini tidak boleh merebak jika kita semua sudah bangun. Inilah masanya utk bangun, ketika kita semua sedang diuji. Ujian adalah denai pemulihan. Penyakit adalah pintu utk cahaya masuk. Kuasa pemulihan sejagat itu ada pd setiap orang, dlm jiwa kita semua, dlm fitrah kita.
Bangunlah dgn Kasih & Belas. Bangunlah semua. Inilah pembangunan yg sebenar, bangun dari lena mimpi benda berpusat materi semata-mata. Berhijrahlah kembali ke pangkuan fitrah, demi masa mu. Inilah masa utk kebangkitan global.
KEBUN JIWA HALUS
17 Mac, 2020.
17 Mac, 2020.
Numpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*