PELAJARAN BAHASA MELAYU
(A LESSON ON MALAY LANGUAGE)
Mula dgn 'perhati'. Apa dia perhati?
(Starts with 'looking'. What is looking?)
Perhati = peri hati = memeri hati = memerhati = menghaluskan hati
(Looking = matters of the heart = engaging with matters of the heart = gazing = refining the heart)
Hati secara istilah merujuk kpd 'heart' atau jantung dlm bahasa Inggeris.
Ya, takda perotak. Dalam Bahasa Melayu, aksi melihat dikaitkan dgn hati, bukan otak, bukan juga minda. Kenapa agaknya? Cuba kita beri 'perhatian'.
1.
Hal ini mungkin krn penting melihat dgn hati, bukan mata & otak semata-mata. Melihat dgn hati yg celik & halus, akan nampak syurga dimana2. Juga disebut melihat dgn 'mata hati'. Melihat dgn hati begini juga dinamakan 'prihatin', yakni org yg melihat dgn sifat kasih & belas, rajin mendengar & memberi 'perhatian'. Ia membuatkan kita rasa 'suka hati', 'senang hati' dan 'sejuk hati'. Hati macam ini bercahaya. Hati bercahaya melihat segalanya sbg 'cahaya mata', 'permata', 'jantung hati' dan 'buah hati'. Sebab itu hati yg celik & halus dinama 'terang hati'. Hati yg terang bercahaya akan mencerahkan otak, minda & mata. Ia adalah ubat semulajadi, pemulih & vitamin alamiah yg menyihatkan badan fizikal.
Hati sebeginilah yg mencerahkan hidup & dunia kita selama ini.
2.
Melihat dgn hati yg kasar, buta & gelap, akan nampak neraka dimana2. Ia dipanggil 'buta hati'. Hati begini tidak dapat melihat kebaikan langsung. Segalanya dilihat dgn 'busuk hati', 'iri hati', 'panas hati,' 'sakit hati', 'patah hati', 'ambil hati', 'makan hati', 'berat hati', 'kecil hati'. Lihat begini tidak menghalus & tidak mencerah. Ia menggelapkan otak, minda & mata. Ia adalah toksid, perosak dan racun yg membawa penyakit fizikal. Ramai orang yg mindanya sangat bijak & pandai, tapi hatinya kasar & buta.
Hati sebeginilah yg menggelapkan hidup & dunia kita.
Pilihlah dgn berhati-hati yg mana satu. Jagalah hati tu baik2. Semua memiliki otak & minda yg dah pandai2 belaka.
Sekian, pelajaran Bahasa Melayu tanpa 3 msurat jawi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
Numpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*