Sebahagian dari karya dalam siri "Koboi Balik Kampung" oleh Niranjan Rajah di Percha Artspace, Lumut, Perak. Foto ihsan Noor Azizan Paiman. |
Aku perlu mengaku bahawa makanan fikiran aku ini, terutama yg berkaitan dgn isu-isu dan wacana kritikal, teori, sejarah & penghayatan seni rupa kontemporari, persoalan sezaman, banyak telah dimasak oleh Niranjan Rajah. Selain kawan baik, dia juga guru teori yg tidak kedekut ilmu. Getar fikir Niranjan adalah kompleks, teliti dan mengalir macam sungai. Kalau tidak disekat, kata-kata dia boleh hanyut tanpa henti. Kalau aku berdansa idea atau bertekak konsep dengan dia, kawan-kawan yang lain mungkin tidak sempat mencelah. Oleh itu, tulisan ini tidak perlu berpura-pura objektif atau ilmiah.
1.
"Brader, kenapa tak ajak ayahanda & bonda kamu ikut menetap bersama di Vanvouver, Canada?“ aku tanya Niranjan Rajah. Dia jawab, "dah ajak. Mereka tak mahu duduk lama2. Mereka mahu menghembus nafas terakhir di Malaysia."

Niranjan dgn bonda, ayahanda & rakannya Noor Azizan Paiman |
Mendengar jawapan Niranjan, terpukul patriotisme Melayu aku hingga songkok di kepala hampir terjatuh. Ada ramai lagi yang mengasihi tanah air ini, termasuklah yang adakala dipinggirkan sebagai 'orang lain'. Malah, mungkin ada dikalangan orang lain itu yang mengasihi negara bertuah ini lebih dari anak sendiri.
Aku hanya mampu berhipotesis, selepas membetulkan baju Melayu dan samping yang longgar.
Adakalanya hasrat atau niat yang lembut dan tulus boleh mencairkan senjata ego yang paling tajam. Itulah yg agaknya aku alami bila dicairkan dgn luahan hasrat 'mahu mati di tanah air sendiri'. Ayat itu lekat di hati mengalah ayat-ayat bijak pandai yg gemar aku layani.
2.
Hasrat kedua ayahanda & bonda Niranjan menghembuskan nafas terakhir mereka di tanah air akhirnya terkabul. Mereka telah pulang atau balik ke kampung abadi. Sebelum itu, bondanya menjaga ayahanda yg gering di hospital. Namun ditakdirkan bondanya pergi dahulu, diikuti ayahandanya beberapa hari kemudian. Bunyinya mungkin klise, tapi inilah contoh kasih sejati sehidup semati. Ia sangat indah.

Beberapa minggu sebelum itu, mereka berdua datang dalam mimpi aku. Yang aku ingat adalah senyuman mereka, tiada kata-kata. Selepas itu, aku letak muka mereka dalam facebook & instagram. Aku kongsi tautan ke satu refleksi tentang mereka yg pernah aku tulis. Refleksinya berkenaan cahaya. Mungkin mereka dtg dalam mimpi utk ucap selamat tinggal. Aku tidak pasti.
Apa yang pasti, sekali lagi ego jantan aku cair. Ironik, kerana mimpi yg sering dikastakan sebagai ilusi itu boleh menyedar dan membangun lalai yg taksub dgn nafsu benda. Kematian menghidupkan jiwa. Mimpi ini juga lekat dihati mengalahkan segala KPI ROI yg sering dilumbakan.
3.
Baru-baru ini aku bawa bonda aku singgah ke Pameran bertajuk "Minta Perhatian" di Balai Seni Negara di Kuala Lumpur. Aku mahu dia melihat sendiri "Proclaim", sebuah karya kolaj yang aku hasilkan sewaktu menuntut di Amerika Syarikat dari tahun 1989 hingga 1993. Di dalamnya terkandung beberapa surat kiriman ayahanda semasa aku di Amerika. Aku anak yang kepala angin. Mungkin ayahanda tidak mahu anaknya balik kampung jadi macam koboi. Ayahanda aku juga telah pulang atau balik ke kampung abadi.

Aku bacakan beberapa bahagian surat ayahanda untuk didengar bonda. Bonda tidak boleh membaca tulisan rumi dengan lancar. Dia dengar dengan tekun. Pandangan matanya jadi redup & jauh. Minda & hatinya mungkin terbang. Aku tidak tahu ke mana. Mungkin mahu ikut ayahanda balik kampung abadi. Inilah kasih dan belas sejati.
4.
Bersebelahan dgn 'Proclaim" adalah dokumentasi karya seni persembahan Niranjan Rajah yg ketika itu baru 'balik kampung' setelah 10 tahun merantau ke Kanada. Niranjan yg tinggi lampai itu berbaju koboi warna putih lengkap dgn topi, tali-pinggang & kasut kulit potongan tinggi. Pada dinding galeri, tergantung baju koboi putih yg dipakai ketika persembahan. Suasananya amat minimal, sunyi, tidak bising menjerit-jerit 'minta perhatian', walaupun dipamer dalam pameran yg tajuknya "Minta Perhatian". Siapa sebenarnya koboi ni? Mana kampung dia? Apa yg ingin disampaikan?

5.
Niranjan ialah koboi pasca tradisi. Karya-karya siri "Koboi Balik Kampung" Niranjan bermain dengan kerencaman dan pertindihan identiti dlm kecairan geo-politik dan pasaran global. Koboi ini tidak dilahirkan di Amerika. Bukan juga Malaysia. Dia dilahirkan di Sri Lanka, walaupun ayahandanya dilahirkan di Seremban, Malaysia. Tanah tumpah darah koboi ini adalah Sri Lanka. Walaupun dilahir di Sri Lanka, dia berwarganegara Malaysia. Ini koboi Malaysia, lahir di Sri Lanka, belajar di London, mula berkerja di Sarawak dan kini menetap di Canada.
Koboi dlm filem "Labu-Labi" arahan P. Ramlee |
Kedua ayahanda & bonda koboi ini, kalau tidak silap aku, ada talian darah, asal-usul, keturunan, sejarah dan warisan Tamil di Sri Lanka. Sri Lanka dan kelangsungan warisan Tamil adalah dua hal panas yg rumit dan sarat emosi. Ditambah pula dgn perkembangan politik semasa di Malaysia berkaitan dgn LTTE. Pertembungan pelbagai naratif, tafsiran & wacana yg bercanggah menghasilkan kecelaruan semiotik perca moden yg mengeruhkan. Niranjan sendiri ada menulis dlm blob beliau tentang ini. Menghubungkan koboi & LTTE memerlukan lompatan 'synapse' sel-sel otak yg aktif & luar kelaziman. Inter-teksnya mencabar fikir dan mengocak rasa.
Niranjan dibawa ke Malaysia ketika berusia dua tahun. Di sekolah, dia pernah berkawan baik dgn Hishamudin Hussein. Ya, Hisham yg pernah melayang-layangkan keris tidak bersarung ketika Persidangan UMNO satu ketika dulu. Niranjan sendiri pernah cerita pada aku tentang persahabatan ini. Apa agaknya perasaan Niranjan kini terhadap Hishamuddin?
Ketika berumur 17 tahun, Niranjan berhijrah ke London untuk melanjutkan pelajaran. Dia ambil jurusan 'law' tapi kemudian bertukar ke seni rupa. Di sana, dia berkahwin pula dengan Jane, gadis Inggeris. Mereka dikurnia dua orang cahaya mata yg comel. Selepas pulang ke tanah air, dia berhijrah ke Sarawak untuk bertugas sebagai pensyarah Fakulti Seni Gunaan & Kreatif, UNIMAS di Kota Samarahan. Selepas Sarawak, mereka sekeluarga berhijrah ke Vancouver, Canada. Koboi ini insan migrasi global.
"Koboi Balik Kampung" bersifat biografikal diri yg reflektif dan kritikal. Susuk tubuh tinggi Niranjan yg berketrampilan koboi itu menjadi tanda untuk kerencaman rentas-budaya. Ia juga memecah pembacaan & naratif besar tentang kuasa kejantanan serta maskuliniti versi konservatif 'leher merah' Amerika Utara. Pemakaian koboi Niranjan mungkin kelihatan seperti 'fetish' dan 'cosplay' yg dangkal, tapi permainan inter-teks dan dekonstruksinya 'makan dalam'.
Dengan latar biografi sebegini, susuk koboi Niranjan mungkin juga menyarankan kecelaruan semiotik pasca moden & pasca tradisi yg boleh menyentak pembacaan budaya yg malas dan selesa.
Dalam konteks kehidupan era globalisasi, ledakan teknologi media & ekonomi pasaran bebas, tidak semua hal boleh diikat oleh pembacaan malas yg jumud, beku & parokial.
6.
Latar biografikal Niranjan beraruskan subteks perasaan yang deras. Ini cuma hipotesis aku. Aku syak, arus ini mengalir bersama pelbagai isu kontemporari yg bersimpang-siur. Ia melibat soal keturunan, asal-usul, bangsa, hubungan kekeluargaan, kepercayaan & agama, ritual, adat & adab, sejarah & warisan, tanah tumpah darah (tempat kelahiran), kewarganegaraan & kenegaraan, tempat tinggal dan membesar, persekolahan, persahabatan, percintaan, perkahwinan, kepulangan, kelahiran & kematian. Naratifnya mencapah, mungkin tidak seindah naratif arus perdana yg selama ini dibina oleh dasar-dasar rasmi.
Kesemua persoalan ini sarat dengan emosi pekat yang bercampur-baur. Mustahil ianya boleh digarap hanya menerusi lensa akal-fikir yang objektif total semata-mata. Tentu sekali ia tidak bebas sentimen.
7.
Kompleksiti fikiran itu makanan otak yg sihat. Untuk yg ketagih makanan fikiran sebegini, Niranjan memang tukang masak yg handal. Nampak dimata, hidangannya ringkas, amat minimal dan selalunya kemas. Hidangan "Koboi Balik Kampung" rasanya enak. Cuma utk aku, yang enak itu cepat hilang. Mungkin sebab semakin berusia.

8.
Yang lambat atau susah hilang dari "Koboi Balik Kampung" ciptaan Niranjan adalah subteks perasaan. Ia sering dihijab oleh getaran fikir yg kompleks tadi. "Koboi Balik Kampung" bunyinya ringkas dan mudah. Tapi jangan terperdaya.

Niranjan handal menghurai, dalam tutur dan tulis. Dia boleh hurai karyanya jauh lebih baik dari aku. "Koboi Balik Kampung" boleh digoreng dgn sedap oleh Niranjan menjadi hidangan fikir pelbagai isu sezaman yg kompleks.
Tapi aku lebih ditarik oleh getaran perasaan yg sering ditutup oleh topi dan baju koboi dia. Getaran ini tersembunyi di sebalik retorika Niranjan yg pekat dgn nuansa ilmiah & objektif. Ia jarang diselami dan didedah. Ini mungkin kerana Niranjan sendiri tidak izinkan. Entahlah, aku hanya boleh meneka.
9.
Wacana foto & seni persembahan 'Koboi Balik Kampung' Niranjan sudah ke merata tempat, Singapore Biennale, Burning Man dan KLBiennale. Yang terbaru di Percha Artspace milik Suhaila Hashim & Noor Azizan Paiman di Lumut, Perak. Walaupun 'balik kampung', semua lokasi ini bukan kampung.

Dalam persembahan di Balai Seni Negara, Bonda Niranjan yg kecil-molek, lemah lembut & anggun itu, turut serta. Dia berpakaian sari merah & biru. Aksi dia menyambut anak lelakinya yg sudah lama merantau ke negara orang itu, melekat kuat dlm perasaan aku. Ia sama kuat dgn apa yg aku rasa ketika Niranjan berkata, "mereka mahu menghembuskan nafas terakhir di Malaysia." Sama kuat dengan kehadiran mereka dalam mimpi. Sekali lagi ego jantan aku yg suka berlaga-laga tunjuk handal berkarya & berteori, cair. Aksi bonda Niranjan yang lembut dan tulus boleh menyejuk & mencairkan hati yang panas dan keras.
10.
Satu lagi momen mencair yang melekat kuat dalam perasaan adalah ketika terserempak dgn ayahanda & bonda Niranjan di Balai Seni Negara. Ketika itu, Niranjan masih di Kanada. Itu pertemuan tanpa temu-janji yg diatur di langit. Ayahanda Niranjan peluk aku macam memeluk anak sendiri. Mata dia bergenang. Dia ada sebut sesuatu, tapi tidak perlulah aku tulis di sini. Aku salam & cium tangan dia dan bonda Niranjan. Aku rasa seperti mencium tangan ayahanda & bonda aku sendiri. Aksi itu ringkas, tapi ia mencairkan kesombongan tangan aku yg gemar melukis atau berkarya utk mendabik handal.

11.
Bila aku renung wajah bonda Niranjan, terasa seperti aku balik ke rumah di kampung. Aku bukan koboi. Bukan anak dia. Perasaan aku membisik, inilah tanah & air. Inilah ibu pertiwi atau ibunda. Inilah ibu negara. Ibu rumah. Inilah 'kampung' untuk semua balik, termasuk koboi. Inilah 'syurga di bawah telapak kaki'. Inilah yang kakinya perlu disentuh. Inilah 'rahim', yang 'belas'.

Seorang ibu kasih dan belasnya tidak bertepi. Dia setia menyambut, menerima & memaafkan anaknya, termasuk yg sudah berpakaian koboi, berkahwin dgn orang putih, dapat anak-anak campuran Tamil dengan Inggeris, tinggal berjauhan rentas benua untuk berkerja di negara orang putih. Walau sudah berpakaian koboi sampai tidak dikenali, sudah bergelar bijak-pandai, mengajar di Universiti luar negara, Niranjan tetap anaknya. Itulah yg aku rasa dgn kuat. Sampai sekarang, jika aku putar-semula peristiwa itu, rasanya masih kuat. Adakalanya sampai meremangkan.
Rasa yg kuat ini mungkin kerana ada getaran belas, atau kemaafan. Memaafkan jauh lebih kuat dari ego hero jadian yg berleluasa di merata dunia kini, terutama dalam politik. Memaafkan jauh lebih hebat dari kepetahan berpolemik. Aksi memaafkan yang lembut dan telus itu boleh menewaskan nafsu bising yg suka bergasak.
Kita semua menyewa 9 bulan dalam 'rahim' bonda kita. Kita telah diprogram selama 9 bulan dgn kasih dan belas. Kasih & belas adalah getaran asal semua manusia, termasuk koboi jadian mahupun 'a guy with a songkok' (istilah yg aku pinjam dari seorang kawan). Hutang sewa 9 bulan dalam rahim tidak akan mampu kita bayar, walau diberi seluruh dunia. Kehandalan dan kehebatan berkarya, berteori & berwacana tidak mampu menggantikan getaran asal manusia ini. Ia menyatukan semua.
12
Semasa zaman melayan teori dulu, mungkin aku suka bertanya, "apakah yg difikirkan oleh Niranjan?" Tapi kini, setelah ayahanda dan bondanya meninggal dunia, aku sering bertanya dalam hati, "bagaimana agaknya perasaan sahabat aku si koboi ni? Kini, kedua-dua talian yg menghubungkan koboi ini dengan kampung dan tanah airnya sudah tiada. Apa yg dia rasa. Harap-harap dia ok."
Bertanya apa yg Niranjan rasa melebihi apa yg dia fikir mungkin lebih belas & dekat dgn keinsanan. Arus rasa lebih dalam dari fikir. Ia sering terhijab, walaupun lebih dekat & tulus dgn hati. Tidak semua orang selesa menyingkapnya. Apatah lagi Niranjan Rajah, koboi yg tidak serik untuk balik ke kampungnya, secara literal dan fizikal, konseptual, emosional dan mungkin juga spiritual.
Bagaimana pula dgn kita semua? Di mana kampung kita? Tak balik ke?
What a beautiful tribute to Ranjan's parents and a lovely reminder of UNIMAS also super supportive of the artist and his work. Although I do not understand the Malay language I do understand the poetry of Malaysia and always Malaysia is in my heart.
ReplyDeleteLots of luv from us in malaydia, jane
DeleteMy name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDeletePendekatan serta penilaian karya, personaliti seorang sahabat yang cukup menyentuh & mendalam maknanya…
ReplyDelete