Thursday 24 January 2019

KITARAN MENYUCI


KITARAN MENYUCI
Kitaran air adalah anugerah yg menyucikan dari Tuhan. Dalam kitaran itu ada tersgt byk rahsia ilmu utk diteroka dgn akal & rasa, difikir & dizikir. Dari kepulan awan, menjadi hujan, ke takungan di pergunungan serta bukit, mengalir laju sambil mengukir rupa bumi dlm bentuk sungai, jeram, air terjun, tebing-lurah-cerun, membersih membawa zat2, menyubur laluan, perlahan & mendap di hilir, bertemu laut di muara atau delta, kembali ke laut utk diserap naik ke udara menjadi awan utk terus berkitaran lagi.

Kitaran juga ada dlm jasad kita yg 70% berasas air. Kitaran darah berpusatkan ritma jantung berselaras dgn nafas turun & naik, oksigen ke karbon dioksida ke pokok yg berfotosintesis menyedut racun hembusan kita utk diganti jadi oksigen. Semua itu kitaran simbiotik yg sepatutnya membuat kita kasih & belas pd alam terutama air semulajadi, bukan lupa-angkuh-sombong-haloba. Paling mendasar, air yg disimbah ke muka & tangan membuang sombong wajah (ego) dan angkuh (kuasa). Ia mengembalikan kita kpd 'ketiadaan' atau 'kekosongan'. Itulah penyucian.

Jika ritma kita, fikir & zikir kita, berselaras dgn ritma alam, kita sihat. Ritma itu hadir dari getaran batiniah rasa kasih, belas, ikhlas, syukur, sabar, redha, cekal, tekun, tenang, damai, gembira, ceria. Kualiti batiniah kita terpancar pd kualiti zahiriah alam semulajadi keliling kita. Ia adalah cerminan diri kita.

Apakah kualiti alam semulajadi yg ada di sekeliling kita? Itupun jika masih ada lagi & belum dijentolak.

1 comment:

  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...