Wednesday 16 January 2019

BAPAK & DUMA

KASIH MERENTAS MAKHLUK


"Bye-bye Duma, kamu jgn nakal2. Aku dah tak larat nak jaga kamu lagi."

Ni satu lagi refleksi buat renungan anak cucu dan sesiapa yg terasa nak tahu.

Sewaktu saya ambil gambar ni, saya dapat rasa dgn kuat kasih-sayang ayahanda terhadap Duma. Duma yg lejen, pernah menjadi peneman ayahanda & bonda di Teluk Intan. Tak seperti Bonda, Arwah Ayahanda bukanlah peminat haiwan. Tapi dia tak suka lihat binatang diseksa. "Bagi kucing makan tu pun sedekah" dia pesan pada cucu. Dia tak manjakan Duma, tapi tapi dia bagi makan-minum, buang najis dan bersihkan sangkar Duma dgn tekun. Pernah Duma hilang, dia buat solat hajat sorang2. Dia tak belai2 sgt Duma, tapi kasih dia pd Duma dalam. Ramai jiran sekeliling kenal Duma, "tu kucing Ustaz Saidon."

Setelah berhijrah sebentar ke Bukit Beruntung dan semakin uzur utk menjaga Duma, saya bawa kucing tu kembali ke Pulau Pinang. Setiap kali ayahanda datang ke rumah di Pulau Pinang, Duma akan cium kaki dan duduk di celah kaki ayahanda.  Dia kenal, dia sayang orang tua ni. "Orang tua ni bagi aku makan, tekun bersihkan sangkar aku dulu."

Masih melekat dlm minda saya, kerenah Duma cium dan lepak di kaki ayahanda waktu kali terakhir ayahanda datang ke rumah di Pulau Pinang beberapa minggu sebelum masuk wad.

Agaknya Duma dah dpt hidu, ayahanda akan pergi buat selamanya.

(1 Julai 2015)

Hari ni, kedua-dua mereka sudah tiada lagi. Tiada pd jasad, tapi ada & dekat di hati.

1 comment:

  1. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...