Saturday 26 January 2019

CUBIT PEHA KIRI, PEHA KANAN KATA 'PADAN MUKA KAU'.


'Cubit peha kiri, peha kanan terasa'.

Ini contoh peribahasa saintifik dlm bahasa Melayu. Sistem saraf, sistem aliran darah, sistem hidrilogi atau kitaran air di bumi dan byk lagi, boleh dirumuskan dgn peribahasa ini. Wacana ekologi sezaman amat menekankan saling pertautan atau keterjalinan. Malah, saling pertautan adalah sifat dasar partikel2 sub-atomik di dimensi kuantum yg amat2 halus. Hubungan manusia dgn alam itu bersifat kuantum, bukan semata2 ikut hukum klasik benda je. Manusia & alam persis peha kiri & kanan.

'Saling-pertautan' dlm belas, itu fitrah alam. Ketidakpedulian, itu tidak fitrah. Pepatah Melayu di atas telah di'kontemporari'kan atas nama pembaharuan zaman 'dekonstruksi' & naratif serba baru.

Sistem saraf & sistem aliran darah dlm badan kita akur pd fitrah saling-pertautan. Kitaran air & sistem pengairan semulajadi bumi spt sungai pun akur & taat fitrah saling-pertautan.

Yg ingkar, nafsu manusia, kita semua le.

Kenapa ye, menyongsang & ingkar juga yg dipilih. Ye la, lagi sedap kot. Takyah tengok jauh2 tunding2. Tengok & tunding muka sendiri.

Bagaimana mahu sampai pd keSATUan jika ingkar fitrah 'saling-pertautan'?

Jika pepatah atau peribahasa Melayu itu mahu dilabel totok-kuno, tak baru, tak saintifik & yg paling selalu dilaung - emo & 'tak kritikal', cubalah pula layan hujah fizik. Manalah tau kot jumpa 'saling-pertautan' & kesatuan.

https://hasnulsaidon.blogspot.com/2016/01/inter-connectivity-and-single-unified.html?m=1

1 comment:


  1. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...