Monday, 20 August 2018

MERENUNG MONET

MERENUNG MONET
Sedara Monet yg dihormati. Terima kasih kerana mengajar aku erti cahaya. Terima kasih kerana mengajar aku mencairkan sempadan bentuk utk mencerap suasana (mood, feel). Terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa disebalik hijab bentuk, adalah simbahan warna yg hadir kerana adanya gelombang cahaya. Terima kasih kerana ingatkan aku bahawa gelombang cahaya hadir dlm 7 julat frekuensi. Ada 7 getaran rasa, 7 tingkatan makam, 7 pintu. Dalam jarak antara frekuensi merah, kuning & biru, ada rahsia (phi, golden ratio). 15 tahun dulu aku ketemu kamu di sini. Hari ini aku kenalkan kamu dgn isteri & cahaya mata ku. Sebelum ini mereka hanya berjumpa kamu di helaian buku2 beku. Ilmu tahu tidak boleh menandingi ilmu lalu. Melihat tak sama dgn merenung. Terima kasih sekali lagi. @ Ueno Park


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...