Ini rumah jiran #kebunDsedim yg bersempadan dgn kebun getah. Biji getah berjalin jalur, akur dlm gugur yg bertabur. Dlm genggaman anak2 desa yg geliga, biji2 itu adalah medium permainan yg bebas umpan gedung mainan. Aksihat dan performain yg terhasil, melestari otak kanan dan kiri. Ia juga melibatkan interaksi sosial serta rasa berkomuniti, membina cerdik dan juga budi, pintar dan jujur, pandai dan belas. Disebut aksihat kerana ia melebat sel2 neuron (otak). Melebat kerana ilmu yg dialami tidak lagi dikepung 4 dinding bingung. Ilmunya juga tidak disuku-suku. Tiada bunyi loceng yg melembu minda sambil memisah bidang2 ilmu. Matematik, biologi, kimia, fizik, geografi, bahasa, seni, dan segala cabang ilmu dialami sekaligus, senafas, se-urat dan senadi. Habitat #kebunDsedim menyatu bidang2 ilmu. Semuanya menuju pd Hakikat Yg Satu.
Sunday, 22 April 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
No comments:
Post a Comment