Friday, 20 April 2018

'MENUA KITAI' - SAYA MASIH HIDUP


Salam semua. Di pentas selepas 'curtain call', ada yg cakap pada saya, "Hidup lagi engkau!" 

Ya, saya masih hidup, spt hidup dan tumbuhnya pokok dgn akar yg kukuh, agar pucuk dan bunga yg indah2 dpt terus berputik. Scene pokok tumbuh dgn formasi brani mati kakitari itu amat2 menyentuh hati saya. 


Itulah se-urat, senadi, senafas yg sering saya tasbihkan dlm hati setiap masa sepanjang produksi, baik waktu ribut taufan, atau waktu aman. Malah, saya sebut dlm hati dlm tiap sujud sambil mata hati saya nampak jelas muka2 semua yg terlibat bercahaya. 


Saya amat percaya dgn kekuatan pokok itu berdepan taufan dan kemarau kemanusiaan. Ya, saya masih hidup kerana saya percaya, di sebalik bahang panas berapi mengejar megah yg disukat dgn nombor, masih ada nilai2 budi yg tak boleh disuku-sakat-sukat dgn nombor. 


Masih ada keinsanan yg sanggup berkorban persis puteri Menua Kitai, agar tanah kita yg bertuah ini terus subur. Saya amat percaya dgn ini. Saya masih hidup lagi krn saya masih percaya dgn pengorbanan sedemikian. 

Ternyata, dgn budget ciput tanpa sebarang janji2 KPI, masih ada di kalangan warga universiti bertuah ini yg sanggup berkorban masa, tenaga, keringat, pengalaman, kepakaran, pengetahuan dan kemahiran. Jika disukat, tak terbayar oleh USM. Jika ikut piawai, USM tidak mampu membayar pengorbanan semua yg terlibat. 

Tak perlu pun berjanji nak bagi itu ini. Jiwa saya masih hidup, ia hidup tanpa bergantung pd janji2 benda. Ia hidup kerana se-urat, senadi dam senafas sesama insan dan dgn seluruh alam, dari mikrokosmos ke makrokosmos. Saya amat percaya dgn ini. Itu yg buat saya masih hidup. 

Kalau tak, buat apa saya paksa diri terima peranan yg selalunya hanya pada gelaran saja. 



Saya mohon maaf pd semua yg terlibat dlm produksi ini, tak kira apa jua peranan, atas sebarang kekurangan, juga kekurangan ajar, terninja kata, terpukul sebut dan tertampar hati. 

Takda kata2 utk ungkapkan apa yg saya rasa terhadap persembahan Menua Kitai. Saya hanya panjangkan syukur dan ucapan terima kasih pada anda semua. Itupun rasanya tak cukup. Moga hidup kita terus dilimpahi rahmat, se-urat, senadi dan senafas. 

Moga kita terus 'hidup'. Salam.


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...