Saturday, 13 January 2018

CAHAYA ATAS CAHAYA


"Sekitar lewat 1800, seorang lagi geek, James Clerk Maxwell mencipta satu set formula yang menggunakan gabungan gelombang medan elektrik dan gelombang medan magnetik untuk menerangkan sifat cahaya. Teori gelombang elektro-magnetik Maxwell yang lebih baru (ketika itu) menerangkan tentang cahaya, gelombang mikro, gelombang radio, dan pelbagai jenis gelombang yang lain. Pada tahun 1887, Heinrich Hertz mengesahkan formula Maxwell menerusi eksperimen. 

Cahaya adalah tenaga yang hadir dalam bentuk gelombang, sah!

Ada cahaya=ada tenaga=ada gelombang=ada kita

Anda dan saya ni, gelombang ke?

Cahaya ada dua sifat serentak - benda berjasad (partikel) dan gelombang. Kekadang ia bersifat gelombang (eksperimen Young), kekadang bersifat partikel (model atom oleh Bohr). Kita ni boleh ditafsir sebagai benda jasad, kita ni juga boleh ditafsir sebagai gelombang. 

Salam sejahtera buat seluruh gelombang alam."

Dari blog entry Jiwa Halus
"Apa jadah fizik kuantum"

http://hasnulsaidon.blogspot.my/2012/03/apa-jadah-fizik-kuantum-ni.html?m=1

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...