MINDA RENDAH MINDA TINGGI
Susulan sesi 'Teori & Apresiasi Seni' petang Jumaat yg berkat.
Dlm segalanya ada isu, ada masalah.
Minda rendah melihat isu dan masalah sebagai hal yg boleh dibahan utk tujuan politik dan pelbagai agenda sempit. Wacananya sering dibingkai binari, utopia lwn dystopia, baik lwn jahat, aku lwn dia. Ia memati dan memusnah.
Minda tinggi melihat isu dan masalah sebagai tanda-tanda utk direnung, dikaji, diteliti, dirungkai persoalannya agar menjadi sebahagian penting dari proses pemulihan, pembaikan-berterusan, peningkatan, pematangan dan pemurnian kualiti kehidupan dan ketamadunan. Wacananya bersifat menyatu, tanpa terlalu dibingkai, ia cair, mengalir. Ia menghidupkan.
No comments:
Post a Comment