Dipanjangkan ringkasan amanat dari guru-guru terdahulu, sefaham yg menulis ni. Mana2 kekurangan, datang dari 'ego' yg menulis. Mana2 yg osem, datang dari fitrah.
"Minda dan perasaan adalah anugerah teragung. Zahirnya dalam bentuk otak dan jantung. Getaran batin atau ghaibnya kita panggil fikir dan rasa. Keduanya menjadikan kita sedar, menjadikan kita saksi, kita mengalami adanya kita. Dalam setiap degupan jantung, dalam setiap sekarang, dalam setiap sedar, kita sedang zikirkan masa. Masa membolehkan kita mengalami ruang. Dalam setiap sekarang. Ruang dan masa bukanlah di luar, bukan terpisah. Ruang dan masa terbentuk dalam minda dan perasaan kita. Oleh kerana ruang dan masa adalah hasil kesedaran kita, pilihlah utk menzikirkan frekuensi gelombang belas ikhsan dan kasih sayang dlm tiap degupan jantung. Alami dan saksikanlah sendiri apa yg akan terjadi.
Demi masa
Kita berada dalam kerugian
Kecuali.....(carilah sendiri...)"
No comments:
Post a Comment