Tuesday, 8 November 2016

APA? SENI BOLEH TOLONG JADIKAN SAYA GEMBIRA DAN PANJANG UMUR? PILIHAN ANTARA MINDA TINGGI & MINDA RENDAH, CORTISOL ATAU SEROTONIN.



HAAA! APA DIA??

Nak sihat ke
Nak 'cari penyakit'?


Sihat dan sakit berkait dgn minda rendah/kasar dan minda tinggi/halus. 

Apa dia minda rendah? Ada yg sebut 'minda kasar', 'minda buas' atau 'kebinatangan'. Fuhhh, kasor nampak. Berikut adalah fungsi dan kerja 'minda rendah':

Mengesan ancaman
Buat keputusan utk melawan atau cabot lari,
Melayan kepentingan peribadi dan pulangan serta kepuasan material,
Suka cari rasa bangga,
Dipacu oleh tamak,
Dirangsang oleh kemampuan mengalahkan dan menguasai orang lain, menyalah, mendominasi, memanipulasi orang lain, 
Balas dendam,
Pusat ego dgn perspektif tentang diri sendiri, orang lain dan hidup yg amat tirus, 
Melihat diri sebagai berbeza, bebas terpisah secara mutlak dgn orang lain termasuk alam semulajadi dan alam semesta, 
Sentiasa berperang, bersaing, menentang segala yg dianggap mengancam ego peribadi dan kolektif, 
Mudah digugah, marah dan angin. 
Kenal tak 'minda rendah' ni? Selalu tak terasa 'getarannya' dlm diri, mungkin dah jadi getaran yg dominan dlm kehidupan seharian. Tak payah cakap beso la, yg menulis ni pun sama, ada saka getaran tu semua walaupun jenuh nak buang. Agaknya sebab prasan diri 'contemporary artist' kot.

Minda rendah ni berguna untuk kelangsungan hidup, utk bergelut dgn cabaran hidup seharian, buat hidup lebih mencabar, pedas-sedap dan menggigit. Cuma ianya boleh menghancurkan diri kalau tak dipantau, tak diimbang dgn 'minda atas/halus'. 

Apa jadahnya 'minda halus' ni? Minda halus berkait dgn aktiviti serta percikan sel2 neuron otak di bahagian depan atau dlm bahasa org pandai, 'neo-cortex'. 

Apa fungsi dan kerja 'minda halus' ni?

Berikut disenaraikan:

Merasai mengalami dan mengaksikan cinta, belas-kasih, empati, syukur, kejujuran, keluhuran, keikhlasan, penerimaan, tolak-ansur, memaafkan, keceriaan, saling-bergantungan, saling-bertaut, kesatuan, penyerahan, keredhaan, lupus ego, harapan. 

Apa kata kalau lebih ramai manusia (terutama yg terlibat dlm bidang2 kreatif seperti seni visual) dapat mengangkat diri sendiri dan masyarakat sekelilingnya ke tingkat minda halus. Kerja2 membawa masyarakat jatuh tenggelam lemas dlm mind rendah (tanpa imbangan) dah terlalu disinonimkan dgn org2 yg kreatif ni. Tak ngam la, klise. 

Terlalu byk sgt hasil2 karya yg menyumbang kpd 'stress' atau tekanan (maksudnya melampau tanpa imbangan) akan meningkatkan kadar 'cortisol' (hormon toksik) dlm badan, juga mengurangkan daya ketahanan badan utk mempertahan diri dari penyakit. Ada kajian menyebutnya sebagai 'pembunuh senyap' yg membunuh secara bersembunyi dan perlahan tanpa disedari. Naratif klise 'seniman pendek umor' ni kalau boleh kita toksah pakai lagi la ya. 

Minda halus, terutama yg menggetarkan frekuensi cinta, belas-kasih, kejujuran, keikhlasan, ketulusan, kesyukuran, yg semuanya tu boleh diluah menerusi bermcm2 bentuk seni, boleh meningkatkan kadar serotonin (hormon sihat) yg seterusnya meningkatkan sistem ketahanan melawan penyakit dlm badan. Yg membuat dan yg melihat sama2 dpt nikmat. Kita insyaAllah hidup osem dan umor panjang. 

Mungkin ada yg tanya, takkan dituju pd 'org2 kreatif' je (mentang2la jenis ni sering distereotaipkan liar)? Para pemimpin kita camna pula?

Setiap kita adalah pemimpin. Setiap kita perlu meningkatkan makam minda kita dari rendah/kasar ke tinggi/halus, bebas dari hidup penuh 'stress' yg dipacu minda buas tanpa sebarang pagar. Kita buat utk diri sendiri diri, (bukan terlamp nyibok cari salah org, salah sendiri menimbun 'unchecked'). Jika kita dpt kuatkan getaran minda tinggi/halus, insyaAllah ia akan menular persis 'cahaya atas cahaya'. 

'Stay awesome u all. Wa nak tambah level serotonin gua yg dah turun ni. Byk sgt getaran cortisol. Wa doa kita semua buka cahaya minda halus masing2.'

Jomla baik dengan ikhlas - tautannya

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...