PEACE PREVAILS

May peace prevails upon all beings on the earth and beyond. You may scroll down to browse the contents of this blog.

Friday, 7 August 2015

KEMPEN CAHAYA

Yg harus diperangi itu bukanlah jasad yg dirasuk dan dijajah. Yg diperangi itu adalah kejahatan halus yg merasuk dan menjajahnya - tamak-angkuh-zalim. Kejahatan ini tidak berjasad, ia boleh merasuk sesiapa jua, merentas ruang dan masa. Hati kita akan terus cuba dicuri tamak-angkuh-zalim. Berhati-hati.

Sebab itulah segala pergerakan massa yg tertumpu kpd menghapuskan 'jasad' atau 'figure-head' saja tidak akan berjaya. Sejarah telah membuktikannya. 

Yg diperangi adalah kejahatan yg boleh merasuk dan menjajah diri kita dlm senyap. Ia boleh merasuk jika tiada rasa ikhlas, redha, syukur, kasih sayang tak bersyarat, sabar, dll getaran halus yg boleh menjadi pendinding batin. Kejahatan tidak boleh bernafas dlm kebaikan. Ia hanya bernafas jika diberi perhatian. Gelap tidak boleh wujud dlm kehadiran cahaya. 

Tumpukan perhatian pd kempen cahaya. Inilah gerakan kesedaran massa yg harus digagahi dgn disegerakan.

No comments:

Post a Comment