Friday 14 August 2015

ASAL KEBUN



Bila ke dusun atau kebun mereka, kedua-dua mak dan arwah bapak serta-merta bertukar jadi superman dan superwoman. 

Arwah bapak pernah 'terbang' (terjatuh) dari pokok di kebun hingga retak tulang belakang dia. Mak kata, "awok tu dah tua weh, jgn prasan muda, bukannya boleh terobang!!" Bapak mengerut tahan sakit sambil terlentang tak boleh bangun selepas dirawat di klinik. Doktor perli, "pakcik jgn terbang lagi ya," lebih kurang gitula yg gua ingat.

'Kebun' adalah tapak 'jiwa halus' mereka. Gambar ni diambil semasa kali terakhir ke kebun jiwa mereka di Teluk Intan. Gua cakap dlm hati, "buat pe la dua org tua aku ni susah2 usahakan kebun-dusun ni? Dari zaman aku kecik dikerah jadi 'sidekick' ke kebun, sampai aku dah berkeluarga, bukan jadi kaya-raya pun." 

Kejap2 tu hati rasa seperti nak mendongak ke langit. Setelah mendongak, gua nampak respon halus dari pokok dan langit. 

Confirmed! mak dan arwah bapak gua osem!

Sebab itulah persembahan dan tayangan sulung H3RO dibuat di kebun atau dusun, okay. 

(For my parents, a piece of land is more than just trees and fruits. They r not meant for greeds. We see trees, but they see undivided love, to their children, grandchildren, great grandchildren and so on. Greed and pride will only destroy and darken our hearts. Love nurtures and enlightens).

No comments:

Post a Comment

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA.

BALADA MENARA CONDONG & WIRAWATI YG DIPINGGIR LUPA. Tentang tapak niaga wanita cekal, 'tanah' asal tumpah darah, rumah, pulang k...