Tuesday 2 June 2015

KOLEKSI SENI HALUS USM

Baru2 ini atas urusan keluarga, saya tidak dpt memenuhi jemputan sdr Jaafar Ismail, bos Fergana Art Foundation, utk satu majlis diskusi meja bulat di Balai Seni Visual Negara, bersempena pameran Tribut Ismail Hashim. Topiknya berkaitan dgn kepentingan proses dokumentasi, pengumpulan data, pengurusan sumber dan maklumat, pembinaan pangkalan data dan arkib dalam meningkatkan modal dan nilai ilmu berkait dgn amalan seni visual.

Saya bercadang utk berkongsi pengalaman kecil menguruskan Koleksi Seni Halus USM, termasuklah usaha mendapatkan geran penyelidikan bagi meninjau sejarah, dasar, polisi dan strategi perolehan Koleksi utk menggariskan dasar, polisi dan strategi yg lebih relevan dgn tuntutan semasa dan masa depan; meninjau sumber dana atau kewangan; membina profil Koleksi, dan pangkalan data atas talian, termasuklah sistem pengurusan sumber yg interaktif. 

Memandangkan saya tak dpt hadir,  berikut dibekalkan tautan ke maklumat asas tentang Koleksi Seni Halus yg boleh diakses di


No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...