Thursday, 8 February 2024

PEMINJAM CAHAYA (2003)











 Bayang, wayang, A.I., rangkaian, sistem, virus, gerhana, delete, termination, amaran, pohon beringin, langit, kosmologi, cahaya mata, doa...

Foto 1 & 10 dipetik dari buku rujukan 'Pengkhususan Seni Halus 2D & 3D - Sekolah Seni Tingkatan 4' oleh Dr.Rosli, Dr.Ananthan & Dr.Julina. Tkasih. Moga jadi bekal ilmu yg bermanfaat.

10 TAHUN BERSAMA "H3RO"


Berkarya, melalui lukisan, catan, tulisan, lisan, penceritaan, muzik, lagu dan bunyian, boleh menjadi medan berperang dgn identifikasi palsu yg kerjanya menghijab kita dari menemui inti diri. Untuk saya, ia juga adalah denai pulih. 10 tahun. Sedekad. Dari pulangnya ayahanda saya keRahmatullah ke panggilan utk saya bangun. Ia menjadi rawatan dan remedi yg amat disyukuri. Dikongsi throwback fragmen 'H3ro:Pulang' Oktober tahun lepas. Jumpa lagi pd bulan Oktober 2024 nanti utk #h3roSedekad

Semua kita sakit berperang setiap hari. Tapi musuhnya bukan di luar sana, atau di medan media sosial. Musuhnya ada dlm diri kita sendiri. Medan perangnya dlm diri. Yang perlu dipulih dan dimenangi adalah hati kita sendiri. Moga kita semua temui 'hero' dlm diri masing2.

Salam kasih buat semua kolaborator

#h3ropulangketelukintan #h3ropulang #h3roziarah

PERJALANAN 30 TAHUN

 

PERJALANAN 30 TAHUN 
Karya seni pada saya, adalah denai mencapai puncak kasih dan belas. Denainya berliku. Bila sampai ke tingkat tertentu, setelah jenuh mengembara, baru tersaksi pemandangan yg lebih luas. Ia persis menyaksi sebuah taman yg indah dan amat berharga, yg sebenarnya sudah sedia ada dlm diri. Bunga2 yg tumbuh mekar adalah apa yg telah kita tanam, baja dan suburkan bertahun-tahun yg lepas. Dalam hal karya ini, ambil masa 30 tahun, dikejutkan pula dgn panggilan utk mati. Moga saya dan kita semua dpt bangun dari ilusi benda yg melena dan meruntuh. Moga kita bangun dlm ertikata yg lebih dekat dgn 'pembangunan'. Moga kita bangun dalam kebenaran makna 'demi masa', 'setiap sekarang', 'nyawa', 'senafas-senadi'. 

Hidup adalah sebuah cerita cinta yg berliku.

Selamat hari lahir puteri ku @delly.adeela
Juga pelukan kasih buat bondanya yg kuat dan gigih @rozanasbatik . Kamu persis bunga2 dlm taman penyaksian hidup ku. Syukur teramat kerana Allah masih izinkan memberi ucapan ini. Moga dpt terus menngucapkannya berkali2. 

A JOURNEY OF 30 YEARS
An artwork for me, is a pathway to experience the pinacle of love and compassion. The path is challenging. Upon reaching a certain stage after years of journeying, I witnessed a vast vista. It is as if I am witnessing a beautiful and precious garden that has always been there, within. The flowers freshly grew from what I have planted and nurtured years ago. In this case, it took 30 years, additionally awakened by a close call of death. Hopefully this may awaken me and all of us from the illusion of forms that distracts and destructs. May we wake up in the true sense of awakening. May we wake up to truly experience, appreciate and internalize the meanings of 'time', 'now', 'life' and 'synchronicity'. 

Live is a challenging story of love.

Happy birthday my princess Adeela. Warm hug for her strong mom Rozana. They are the flowers of my life. So thankful to God for being able to say this. I pray that i will b able to say it in many many years to come.




REWIND 30 YEARS










REWIND 30 YEARS
Our minds are gardens. Our hearts are the gardeners. May our hearts be Guided in chosing what to plant and grow in our minds. For kawan2 whose hearts were called to watch this 8 min plus short docu, I send kasih & belas. Share & spread them in whatever we do, arts or what not. Take care please, as the world is having a major shift of collective consciousness & very painful cleansing+healing of the hearts.

https://youtu.be/X2Lcufoi-iE?si=IO2HFV61C7GtOVc2

JUNJUNG LANGIT



CATATAN DENAI PULIH


CATATAN DENAI PULIH

(buka baca dgn bismillah dan salawat)

Musuh yg paling degil adalah kegelapan fikir & emosi yg tidak disuluh cahaya. Ia persis dua aliran sungai keruh yg bertemu di muara. Muara persis jasad yg menjadi mangsa, seperti muka bumi yg terluka sakit.

Yg perlu dimenangi & diterangi adalah hati sendiri. Yg perlu dijernihkan adalah fikiran gamat bising dan perasaan keruh sendiri. Semua yg timbul sebagai sakit berpunca dari dalam yg halus & ghaib, bukan dari luar yg kasar & fizikal. Yg perlu ditunding & di diagnos adalah pilihan kita berfikir dan beremosi, tanggapan2 & sangkaan2 halus, cakap2 dlm minda & bisikan2 hati yg tidak langsung dipantau oleh penyaksi yg sedar (kita).

Moga kita semua diberi kekuatan pd hari ini, sekarang & tiap sekarang, utk berdepan dengan ilusi bayangan diri sendiri yg fizikal itu. Moga kita dapat keberanian utk merenung dan menyuluh diri sendiri. Juga utk menatap fikiran dan emosi sendiri, menyaksi ego sendiri sejujur-jujurnya, agar dapat menembusi kekeruhan nafsu amarah, kesalan nafsu lawammah dan perang jahat-baik nafsu malhammah. Moga kita diberi kekuatan memohon maaf pada diri sendiri, memohon maaf pada tubuh sendiri,  pada fikiran & pada perasaan sendiri yg sering diabaikan dlm kegelapan minda rendah, hingga ditampar kesakitan. Moga kita sampai ke puncak Kamaliah. 

Sakit adalah jemputan dari Allah. Kesakitan adalah pintu masuk cahaya, kata Rumi. Rumi juga pesan bahawa penawar diri hanya boleh ditemui setelah kita melalui ujian sakit.  Kesakitan juga adalah gerbang awal utk pendakian rohani yg bertingkat-tingkat itu - dari kegelapan gelombang Beta ke diam Alpha ke khusyuk Theta ke kedamaian Delta ke mistikaliti Gamma & Lambda hingga ke kebenaran hakiki di gelombang Epsilon. Denai ke syurga bukan percuma. Laluannya penuh ujian yg menyakitkan. Yg paling susah ditanggal adalah pergantungan total kpd ilusi diri, kpd konsepsi diri yg palsu, kpd tubuh, harta dan segala yg dipinjamkan sementara.

Mari kita berdoa bersama2 agar Allah beri Petunjuk kpd kita dalam mendepani kesakitan, merawat dan memulih diri masing2, dalam mendaki ujian diri, utk sampai ke tingkatan yg Allah tetapkan utk kita.

BAPAK TOLONG DOAKAN (THROWBACK APRIL 2023)

 










WAL-ASRI - IN THE NAME OF TIME


 

WAL ASRI

In the name of time. 

Why time, not space?

First, there must b light. Allah creates light. Energy field. The quantum field of infinite possibilities. Light allows consciousness to emerge. We are the conscious witness. Consciousness creates the experience of time. Time creates the experience of space. Different stage of brain waves or consciousness, creates different experience of time and space. I stop here before I injure people's brains. 

I felt like 1993 is just yesterday. Or a moment ago. In fact, sometimes, now. Concurrent. As I recall, it appears in the speed of light.

This very special work was initially inspired by the birth of my first daughter Adeela. Also the sacrify of my wife Rozana. It was fueled by my experience in the USA, my readings of several books especially the kuliyah of Sheikh Abdul Qadir AlJilani. But more than just a work, it has allowed me to peek into timelessness. Eternity. Infinity. Fractal. Also symmetry, geometry, cycle, encircling, pathways and many more. After 30 years, Im still researching and pursuing these topics. It has led me to so many beautiful, uplifting & inspiring awe moments. I've shared few through my creative works & writings. When I engaged, I felt  like losing my small self in the infinite field of wisdom. Linear sense of time dissolved. There is only now. In such nowness, beyond low vibration mind or thinking, beyond ego, beyond the illusive self or identity, there are boundless bliss, beauty, love, compassion. There is no sickness. 

Interesting that I had to reconstruct this particular work at this stage of my life, as im facing cancer. The mental, emotional and physical pains were at times unbearable. Yet, I needed to walk through them, and complete this work. There's certainly a much higher force at work. I have to walk the path, not just know the path. As if im in a time warp teaching my old self the meaning of good (hasnul) and beauty (jamal). As if the old self is dissolving to allow a new version to unfold.

Wednesday, 7 February 2024

HIJAB NURBAYA : TANGGUNG

Artwork Title:
Veil of Nurbaya Series -Abide
Siri Hijab Nurbaya - Tanggung
Artist:
Hasnul Jamal Saidon
Medium:
Clear resin and mixed media installation
Year of Creation: 2003
Size:
120 cm x 20 cm x 20 cm






Aku dibesarkan oleh visual bonda dgn telekong, solat dan berdoa pd waktu subuh semasa aku siap2 utk ke sekolah. Bonda aku asal kampung, belajar sampai darjah 6 je, tak sambung. Ikut standard sekarang, tak boleh dipanggil golongan 'terpelajar' mcm yg aku suka kaitkan dgn pensyarah mcm aku. Dia hanya boleh baca tulisan jawi dan mengira dlm kepala. Tapi dia genius, terang hati, kreatif, praktikal, pragmatis, memiliki kepintaran pelbagai, dgn SQ yg tinggi, gigih, tekun & rajin berniaga mcm2 utk cari rezki. Semangat dia kental, kuat mental-emosi. Pada waktu sama, taat beribadat. Dia jadi wanita Islam Melayu yg awal memiliki kedai kain dan jahitan pakaian wanita di bandar Teluk Intan. Mcm2 dia berniaga. Dia bantu ayahanda yg bergaji kecil utk tanggung 9 org anak. Itu amanah dia, tanggungjawab dia. Dia pembawa, pemegang dan penjaga cahaya, melahirkan 9 'cahaya' mata. Hanya ibu dan wanita yg boleh lahirkan 'cahaya'. Ini inspirasi aku. 



Aku dibesarkan oleh 'penjaga cahaya', nur (utk karya ini aku guna 'nurbaya' memetik esei tentang klise wanita melayu tradisi oleh tok guru aku Ismail Zain) . Bila sudah dewasa, sambung belajar sampai dpt masters (phd tak sampai, tak layak), jadi pensyarah dan pengkarya, kononnya dah masuk puak terpelajar, intelektual, akademis, disibuk dgn hidup berlumba dan berebut, mengejar dan dikejar nombor serta pencapaian hal atau benda yg boleh disuku, disukat, disakat, aku makin lupa. Aku tenggelam dlm satu sistem global yg sifatnya persis raksaksa kapitalisme pemangsa yg dipacu oleh tamak dan haloba tak bertepi. Aku jadi hamba yg taat pd raksaksa ini. Aku ikut naratif 'pembangunan' berpaksi keuntungan benda ini, yg dipandu aristokrat politik dan pemodal2 trans-nasional mereka. Aku obses membangun benda, tapi jiwa runtuh. Ini jugalah raksasa global mata satu yg memaksa semua manusia utk tunduk mengikutnya. Makanan raksaksa ini adalah tenaga, bentuknya - minyak yg hitam berkilat itu. Raksaksa berlaga raksaksa, berebut kawasan utk mengisi tong2 minyak sbg bayaran utk berkuasa penuh. Caranya adalah menaja perang, penjajahan haram, pembunuhan beramai2, pemusnahan etnik secara terbuka tanpa boleh disekat walau oleh badan keamanan dan undang2 sedunia sekalipun. Raksaksa ini prasan ia mewakili ketamadunan manusia tertinggi, walaupun sebenarnya mewakili kemusnahan, keruntuhan dan kehancuran ketamadunan dan kemanusiaan.

Yg tak ikut jadi hamba suruhan raksaksa ini, akan susah, dimusnah, dijajah, dipunah, dilesapkan kehadirannya. Akan diputar menjadi teroris, jahat, jumud. Wanita2nya dilabel bodoh, dikongkong, dipinggir, diketepi, diperhambai. Representasinya pekat dan sarat dgn nararif begitu. Itulah naratif tajaan raksaksa geo-politik yg berpusat di Rumah Putih Amerika Syarikat, di Rumah Kongres, di Israel dan juak2 mereka spt UK, Canada, German, Peranchis dan negara2 Eropah Barat. Naratif ini dijaja dan ditaja oleh mereka utk dilanggani oleh rakyat2 mrk dan warga sedunia. Itulah naratif yg cuba disogok utk dijadi kesedaran kolektif warga dunia. Ini naratif libido jantan, yg berlumba dominasi dunia, siapa paling panjang, paling besar, paling berkuasa. Naratif ini buat aku dan manusia sejagat dijajah secara sistemik hingga buta mata dan hati - makin dihijab dan ditutup dari simbahan cahaya kasih dan belas, spt yg dimiliki oleh seorang bonda terhadap anak2nya. Mereka penjaga cahaya, pembawa amanah dan pencerah yg diwakilkan oleh Tuhan utk menyuluh kita dlm kegelapan nafsu dunia.
Adakah kita sudah bangun disuluh cahaya, dalam ertikata pem'bangunan' yg setulusnya.




Temubual dgn Soka Gakai Malaysia.





Sunday, 4 February 2024

RETURN OF A NATIVE.


My first major video (plus installation version) during my Masters at Rensselaer Polytechnic Institute, Troy, New York. Too bad, I dont have the copy of this work. 

@rpiofficial@empac_rpi@rpialumni


@delly.adeela was 1 years old in 1993. But in this short film, she is the narrator from 2022 who tells her abah's story in flasback. The future then (2022), was brought to the present (1993). Yet today, now, that present (1993) is in the past. In a 5D sense, time & space can be accessed from multiple entry points. The past and the future are both fused into now. With any thought and feeling we have at any moment, we r already creating our future. So choose our thought and feeling at any moment of now, wisely. Be aware (higher consciousness) of what we choose to think & feel at any moment. The vibrations of our thought & feeling will be followed by our body up to the celular level, functioning as echo & magnet to send out & pull in matching circumstances from the quantum field of infinite possibilities. Whatever our mind and feeling always focus on, will eventually collapse the infinite quantum wave functions into particles, physical reality.  Our physical future is created now by our mental & emotional state. Be what you want to become in the future, now. Imagine with your brain, and feel it with your heart. May you find your own pathway home with the compass of your heart.











Thursday, 1 February 2024

DUHAI SEL2 YG SIHAT

Salam. Saya kongsi di sini beberapa lakaran dan nota terbaru tentang keindahan Ciptaan Allah yg paling istimewa - tubuh badan kita. Dan bagaimana ciptaan ini bergantung secara langsung dgn apa yg kita pilih utk fikir serta apa yg kita pilih utk rasa dlm bentuk perasaan. Juga bagaimana tubuh, fikiran dan perasaan kita itu fitrahnya bersenadi dgn alam semulajadi, makhluk lain dan seluruh alam semesta. Saya berdoa agar kita semua sentiasa menyayangi, menghargai dan menjaga amanah Allah kpd kita ini dgn baik. Setiap hari saya memohon maaf pd tubuh saya kerana lalai dan telah menzaliminya. Saya bersyukur kerana Allah membangunkan saya. Hari ini, sekarang, dan setiap sekarang, saya berusaha merawatnya agar kembali pulih & kembali kpd fitrahnya. Saya berdoa agar semua orang yg saya kenali dilindungi dari kelalaian spt saya dan dipelihara dari sebarang penyakit yg kronik. Selamat bertahajud & bersahur. Kemaafan + niat + percaya + yakin + cinta + minta + usaha + serah total.








#SebarkanDoa #SpreadPrayer

#DenaiPulih #HealingPathway

#AkuSembuh #ImCured

#KitaSihat #WeAreHealthy

#GetarKasihdanBelas #VibrateLoveandCompassion

#PilihSihatdanHidup #ChooseHealthyLiving

#SakitPintuCahaya #PainIsADoorForLight

#GelapBawaCerah #DarkBringsLight

#BangunDariMimpiBenda #WakingUpFromDreamOfForm

#PenjagaAmanah #Custodian

#RohSedangMimpi #DreamingSpirit

#IlusiTuUjian #IllusionIsATest

#HatiCelik #AwakenedHear

DEKAT DI JANTUNG YU XIN

DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...