Friday, 12 January 2024

BANGUN BRADERS



Nak tanya korang berdua, dah bangun atau masih lena dibuai janji2 mimpi benda? 

Kalau tak reti jawab, takpa. Kamu tak bodo. Kamu cuma lena je. Mcm majoriti kita semua. Syiok. Izinkan saya 'kejutkan'.

Bangun, sering kita sinonimkan dengan retorika yg mengandungi ungkapan2  berikut:

1. Pembangunan (development)

2. Kemajuan (progress)

3. Pertumbuhan (growth)

4. Pemodenan (modernization)

5. Perindustrian (industrialization)

6. Perubahan (change)

7. Produktiviti 

Ungkapan2 ini sudah diperkenalkan, ditanam, dinormalisasikan, dilazimkan, diulang2, diregulasi, diserap dan diamali hingga kita tidak lagi menyoal, dari mana ia muncul, kenapa ia muncul, untuk apa ia muncul. Malah, kita gunakan pula dalam membina naratif pembangunan negara sejak merdeka. Apa yang telah dibangunkan sejak merdeka? Ada tak yg runtuh? Apa yg runtuh? Apa yg bangun?

Mungkin kita akan tunding pada pemikiran kolonialisma sebagai asal usul ungkapan2 di atas. Asalnya untuk menghalalkan penjajahan. Setelah kolonialisma, kita meminjam, mungkin ada masanya secara pukal, naratif pembangunan yg asalnya diguna utk menghalal penjajahan. 

Cuba banding makna 'bangun' dan pembangunan dari 2 sudut:

1. Perlanjutan & perluasan dominasi ekonomi liberal pasaran bebas sebagai satu bentuk penjajahan versi baru

2. Pemeliharaan nilai2 tidak ketara kemanusiaan berdasarkan kosmologi Nusantara 

Cuba banding antara 2 model/konsep/paradigma ini. Siapa kamu dlm kedua2 paradigma ini? Bgaimana kedua2nya mentakrif manusia dan alam? Lepas tu buatlah refleksi dan pilihan.

Apa yg dibangunkan? Apa yg runtuh?





 

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...