Bagaimana model pembangunan berasas pasaran, dikekalkan? Anda dan saya sedang berselut di dalamnya.
> Wujudkan kelas pekerja atau hamba
> Kelas ini perlu dicandu, dikhayalkan, disibukkan, dipastikan agar tidak sedar mrk sedang diperhambakan
> Kelas ini perlu dibisingkan jgn bagi mereka diam dan tenang
> Kelas ini perlu dilaga2kan, dilumba2kan
> Pisahkan kelas ini dari kepercayaan pada Tuhan
> Pisahkan hubungan simbiotik (senadi) kelas ini dengan bumi/alam semulajadi
> Pinggir kepentingan aspek2 hidup yang berdasarkan nilai2 tidak ketara yg tak boleh atau susah disukat - seperti sistem kepercayaan, kebudayaan, kesenian, warisan lokal.
> Serap model ini dalam semua aspek hidup manusia, termasuk agama, budaya, seni, warisan. Jangan tinggalkan apa jua. Termasuk aspek pendidikan, dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi. Semua wajib diserap menjadi instrumen mencari keuntungan material semata-mata. Pelajar dilihat sbg sumber, modal, pelaburan, aset utk dieksploitasi.
> Eksploit pengetahuan utk memaksimakan keuntungan. Pendidikan dijadikan perniagaan lumayan
> Cipta KPI, ROI dan lain2 sistem seperti 'Rangking System' berasaskan hal2 yg boleh disukat saja
> Pinggirkan tafsiran ilmu yg berasaskan kosmologi lokal, atau berasaskan kepercayaan kpd Tuhan, atau berasaskan Tauhid
> Pinggir atau lupuskan sistem bahasa dan makna sepunya yg halus spt tanah-air, ibu pertiwi, ibu negara/negeri, ibu rumah, kalbu/hati, adab, budi, hikmah
> Pisahkan pendidikan dari pemurnian kalbu kerana itu tidak bawa keuntungan material yg boleh disukat
> Tipiskan makna ilmu ikut epistimologi berasaskan benda saja. Ilmu hanya berguna jika boleh bawa keuntungan material yg boleh disukat sj.
Untuk bangun dlm ertikata pembangunan yg lebih fitrah, perlu fasih dgn konsep ilmu & tradisi pemikiran berasaskan kosmologi serantau. Kemudian, bandingkan dgn tradisi pemikiran sedunia. Ini kerana tradisi pemikiran membentuk pelbagai ideologi. Ideologi dizahirkan dlm aksi & peristiwa manusia, termasuk seni. Bila melihat hasil seni, kita membaca ideologi & pemikiran manusia. Pemikiran itu membangun atau meruntuh? Ini asas perang nilai secara global, bukan hanya 'buat art'.
Untuk video, klik sini
https://youtu.be/41qBFaU45rM?si=FBk1HLuu0et-pcM1
No comments:
Post a Comment