Yang nampak dan dijejak pada karya2 catan moden dan kontemporari itu cuma kesan-kesan sahaja. Kesan-kesan simulakrum ini boleh saja dilakon, dipentas, dibuat-buat. Boleh juga ditiru, diciplak, diskodeng untuk dicilok tanpa rujukan. Adakalanya kerja2 begini ditutup dengan daya persembahan atau 'showmanship' yg memukau. Ramai yg terpukau dgn simulakra kesan dan aura 'showmanship'. Sebaliknya, pati karya yg jujur terletak pd alami, pada getaran fikir dan rasa yg melukis. Itupun jika yg melukis itu bersifat benar terhadap dirinya sendiri. Boleh terjadi, alami dari ilmu lalu itu diculik oleh arus pasaran. Arus ini pintar bersembunyi di belakang tabir tatabahasa, nahu dan retorika ilmiah atau intelek. Jika disingkap tabir, mungkin dapat dibaca bahawa sebahagian besar karya2 'hangat' sebenarnya adalah penanda dan 'signifier' untuk tujuan membina signifikasi, jenama dan peningkatan nilai pemilikan golongan elit dlm pasaran sekunder. Yang ditandai itu bukan saja pemilikan harta atau aset, tetapi juga kuasa dan pengaruh dalam menentukan apa yg berkualiti apa yang tidak. Juga apa yang mahal apa yang murah. Wacananya berputar pd nilai jual dan beli berdasar piawaian yg mungkin dangkal (mediocre) tapi jarang disoal. Ini semua boleh membentuk gelembung2 elit dalam mana mereka yg memiliki kuasa modal boleh mengawal nilai untuk diperakui tanpa diuji. Ia juga boleh membawa kpd kerja2 'membasuh' dan 'membersih' pendapatan yg diperolehi dari kerja2 yg haram, salah dari segi undang2 dan moral tanpa dpt dikesan. Gelembung2 elit selalunya terasing dari realiti 'ground zero'. Implikasinya adalah satu zon elit yg sudah jauh dari denyut nadi masyarakat yg umum, terutama dari strata ekonomi paling bawah. Dan plot drama persaingan koleksi kesan2 ini akan berterusan. Cuma 'setting', watak2, wajah2 dan karektornya saja mungkin saling bertukar. Sistemnya masih sama. Walau sejak 1990 lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
No comments:
Post a Comment