Wednesday, 13 May 2020
BAHASA TERANCAM - BAHASA TANAH AIR
Saya budak pekan. Tak faham bahasa tanah dan pokok. Bila saya pergi ke kebun yg diusahakan mak dan bapak saya, saya tanya diri sendiri, "Apala dua orang tua ni suka sangat dengan kebun ni. Bukan jadi kaya pun." Lepas tu saya mendongak. Saya nampak pandangan ni. Agaknya pucuk2 pokok tu jawab balik soalan saya yang sombong tadi. Yang tumbuh memanglah pokok2, tapi yang ditanam oleh mak dan bapak saya adalah kasih mereka kepada anak2 dan generasi akan datang, juga pada alam. Ilmu ni tak perlu pi universiti kejar ijazah tinggi2 utk dicapai. Ilmu ni syaratnya adalah membalas kasih mak bapak, hormati mereka, berbakti kepada mereka, doakan yg baik2 untuk mereka, panjangkan ilmu yang baik2 dari mereka. Ilmu ini hilang jika kita kurang ajor pada mak dan bapak. Tolongla jgn kurang ajor, 'demanding' itu ini dgn mak dan bapak kita. Akal bijak, tanpa dipacu budi, serupa kereta mahal dipandu dgn mata yang tertutup. Datang ke Universiti bukan hanya utk bentuk fikiran yang hebat2 je sampai bergelar Dr, tapi yang lebih penting adalah untuk memurnikan hati, Tolongla jgn jadi generasi Kylo Ren. Dalam sibuk nak jadi bijak dan pandai, jagalah kebun hati masing2. Orang bijak pandai dah ramai bersepah terutama dlm universiti, orang yang bijak-pandai juga jujur dan baik hati, perlu dijadikan majoriti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteNumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*