Tuesday, 31 December 2019

BEYOND INTELLECT




That precious time, again, when debating, disagreeing, discussing, collaborating, co-teaching/researching/writing/editing/publishing were not driven by 'siapa lebih pandai' or racing for numbers (KPI, MyRA, Scopus, MAPIM, ROI, etc).

With Niranjan, my neural pathways would be 100 times active, my brain alert, and my feelings guarded, yet never intimidated. In fact, I always feel a sense of intellectual liberation whenever I worked with him. Plus, I always feel secure enough to share my prejudices, biases, sentiment and feeling openly with him.

With him, one has to be well-versed with ample case examples, ready with theories and mostly, plain common senses that do not insult human intelligence (and dignity too). For some people, he can be very intimidating with his intellectual probing, eyes for details and hyper-perfection. He talks a lot too. Well, nobody is perfect. 

We talked about so many things, some of which are reverberating strongly today in our mainstream socio-political & economics scenes.

As one grows older, what was previously seem so big and important begins to be pushed into the background noise, while what was previously and conveniently sidelined begins to loom bigger.  One begins to 'see the light' instead of the 'projected images'.

One example is certainly a life-long friendship, as attested by the meeting and re-conciliation of my friendship with Niranjan. True friendship or 'connectivity', unlike what we are normally experiencing through the social media, is not up for bargain, or even 'intellectual discourse'. We are living and moving into the age of post-information, of hyper-connectivity.

As information travels with the speed of light, or in the form of light itsel, we are moving into the 'age of light' beyond the noises of forms. When our local mind is hyper-connected with each other in a cosmic field, hopefully we will enter the age of higher consciousness (higher light).

We r a part of an infinite field of wisdom, connected by love & compassion.
Nobody is perfect, but everyone of us is a completion of 'the others'.



More at https://hasnulsaidon.blogspot.com/2013/07/meeting-long-lost-friend.html?m=1

Monday, 30 December 2019

BALIKLAH. KOBOI DENGAN AYAHANDA & BONDANYA.

Sebahagian dari karya dalam siri "Koboi Balik Kampung" oleh Niranjan Rajah di Percha Artspace, Lumut, Perak. Foto ihsan Noor Azizan Paiman. 


Aku perlu mengaku bahawa makanan fikiran aku ini, terutama yg berkaitan dgn isu-isu dan wacana kritikal, teori, sejarah & penghayatan seni rupa kontemporari, persoalan sezaman, banyak telah dimasak oleh Niranjan Rajah. Selain kawan baik, dia juga guru teori yg tidak kedekut ilmu. Getar fikir Niranjan adalah kompleks, teliti dan mengalir macam sungai. Kalau tidak disekat, kata-kata dia boleh hanyut tanpa henti. Kalau aku berdansa idea atau bertekak konsep dengan dia, kawan-kawan yang lain mungkin tidak sempat mencelah. Oleh itu, tulisan ini tidak perlu berpura-pura objektif atau ilmiah. 



1.
"Brader, kenapa tak ajak ayahanda & bonda kamu ikut menetap bersama di Vanvouver, Canada?“ aku tanya Niranjan Rajah. Dia jawab, "dah ajak. Mereka tak mahu duduk lama2. Mereka mahu menghembus nafas terakhir di Malaysia." 

Niranjan dgn bonda, ayahanda & rakannya Noor Azizan Paiman

Mendengar jawapan Niranjan, terpukul patriotisme Melayu aku hingga songkok di kepala hampir terjatuh. Ada ramai lagi yang mengasihi tanah air ini, termasuklah yang adakala dipinggirkan sebagai 'orang lain'. Malah, mungkin ada dikalangan orang lain itu yang mengasihi negara bertuah ini lebih dari anak sendiri. 

Aku hanya mampu berhipotesis, selepas membetulkan baju Melayu dan samping yang longgar. 

Adakalanya hasrat atau niat yang lembut dan tulus boleh mencairkan senjata ego yang paling tajam. Itulah yg agaknya aku alami bila dicairkan dgn luahan hasrat 'mahu mati di tanah air sendiri'. Ayat itu lekat di hati mengalah ayat-ayat bijak pandai yg gemar aku layani. 

2.
Hasrat kedua ayahanda & bonda Niranjan menghembuskan nafas terakhir mereka di tanah air akhirnya terkabul. Mereka telah pulang atau balik ke kampung abadi. Sebelum itu, bondanya menjaga ayahanda yg gering di hospital. Namun ditakdirkan bondanya pergi dahulu, diikuti ayahandanya beberapa hari kemudian. Bunyinya mungkin klise, tapi inilah contoh kasih sejati sehidup semati. Ia sangat indah. 



Beberapa minggu sebelum itu, mereka berdua datang dalam mimpi aku. Yang aku ingat adalah senyuman mereka, tiada kata-kata. Selepas itu, aku letak muka mereka dalam facebook & instagram. Aku kongsi tautan ke satu refleksi  tentang mereka yg pernah aku tulis. Refleksinya berkenaan cahaya. Mungkin mereka dtg dalam mimpi utk ucap selamat tinggal. Aku tidak pasti. 

Apa yang pasti, sekali lagi ego jantan aku cair. Ironik, kerana mimpi yg sering dikastakan sebagai ilusi itu boleh menyedar dan membangun lalai yg taksub dgn nafsu benda. Kematian menghidupkan jiwa. Mimpi ini juga lekat dihati mengalahkan segala KPI ROI yg sering dilumbakan.


3.
Baru-baru ini aku bawa bonda aku singgah ke Pameran bertajuk "Minta Perhatian" di Balai Seni Negara di Kuala Lumpur. Aku mahu dia melihat sendiri "Proclaim", sebuah karya kolaj yang aku hasilkan sewaktu menuntut di Amerika Syarikat dari tahun 1989 hingga 1993. Di dalamnya terkandung beberapa surat kiriman ayahanda semasa aku di Amerika. Aku anak yang kepala angin. Mungkin ayahanda tidak mahu anaknya balik kampung jadi macam koboi. Ayahanda aku juga telah pulang atau balik ke kampung abadi. 

Aku bacakan beberapa bahagian surat ayahanda untuk didengar bonda. Bonda tidak boleh membaca tulisan rumi dengan lancar. Dia dengar dengan tekun. Pandangan matanya jadi redup & jauh. Minda & hatinya mungkin terbang. Aku tidak tahu ke mana. Mungkin mahu ikut ayahanda balik kampung abadi. Inilah kasih dan belas sejati. 


4.
Bersebelahan dgn 'Proclaim" adalah dokumentasi karya seni persembahan Niranjan Rajah yg ketika itu baru 'balik kampung' setelah 10 tahun merantau ke Kanada. Niranjan yg tinggi lampai itu berbaju koboi warna putih lengkap dgn topi, tali-pinggang & kasut kulit potongan tinggi. Pada dinding galeri, tergantung baju koboi putih yg dipakai ketika persembahan. Suasananya amat minimal, sunyi, tidak bising menjerit-jerit 'minta perhatian', walaupun dipamer dalam pameran yg tajuknya "Minta Perhatian". Siapa sebenarnya koboi ni? Mana kampung dia? Apa yg ingin disampaikan? 



5.
Niranjan ialah koboi pasca tradisi. Karya-karya siri "Koboi Balik Kampung" Niranjan bermain dengan kerencaman dan pertindihan identiti dlm kecairan geo-politik dan pasaran global.  Koboi ini tidak dilahirkan di Amerika. Bukan juga Malaysia. Dia dilahirkan di Sri Lanka, walaupun ayahandanya dilahirkan di Seremban, Malaysia. Tanah tumpah darah koboi ini adalah Sri Lanka. Walaupun dilahir di Sri Lanka, dia berwarganegara Malaysia. Ini koboi Malaysia, lahir di Sri Lanka, belajar di London, mula berkerja di Sarawak dan kini menetap di Canada. 

Koboi dlm filem "Labu-Labi" arahan P. Ramlee

Kedua ayahanda & bonda koboi ini, kalau tidak silap aku, ada talian darah, asal-usul, keturunan, sejarah dan warisan Tamil di Sri Lanka. Sri Lanka dan kelangsungan warisan Tamil adalah dua hal panas yg rumit dan sarat emosi. Ditambah pula dgn perkembangan politik semasa di Malaysia berkaitan dgn LTTE. Pertembungan pelbagai naratif, tafsiran & wacana yg bercanggah menghasilkan kecelaruan semiotik perca moden yg mengeruhkan. Niranjan sendiri ada menulis dlm blob beliau tentang ini. Menghubungkan koboi & LTTE memerlukan lompatan 'synapse' sel-sel otak yg aktif & luar kelaziman. Inter-teksnya mencabar fikir dan mengocak rasa. 

Niranjan dibawa ke Malaysia ketika berusia dua tahun. Di sekolah, dia pernah berkawan baik dgn Hishamudin Hussein. Ya, Hisham yg pernah melayang-layangkan keris tidak bersarung ketika Persidangan UMNO satu ketika dulu. Niranjan sendiri pernah cerita pada aku tentang persahabatan ini. Apa agaknya perasaan Niranjan kini terhadap Hishamuddin? 

Ketika berumur 17 tahun, Niranjan berhijrah ke London untuk melanjutkan pelajaran. Dia ambil jurusan 'law' tapi kemudian bertukar ke seni rupa. Di sana, dia berkahwin pula dengan Jane, gadis Inggeris. Mereka dikurnia dua orang cahaya mata yg comel. Selepas pulang ke tanah air, dia berhijrah ke Sarawak untuk bertugas sebagai pensyarah Fakulti Seni Gunaan & Kreatif, UNIMAS di Kota Samarahan. Selepas Sarawak, mereka sekeluarga berhijrah ke Vancouver, Canada. Koboi ini insan migrasi global. 

"Koboi Balik Kampung" bersifat biografikal diri yg reflektif dan kritikal. Susuk tubuh tinggi Niranjan yg berketrampilan koboi itu menjadi tanda untuk kerencaman rentas-budaya. Ia juga memecah pembacaan & naratif besar tentang kuasa kejantanan serta maskuliniti versi konservatif 'leher merah' Amerika Utara. Pemakaian koboi Niranjan mungkin kelihatan seperti 'fetish' dan 'cosplay' yg dangkal, tapi permainan inter-teks dan dekonstruksinya 'makan dalam'. 

Dengan latar biografi sebegini, susuk koboi Niranjan mungkin juga menyarankan kecelaruan semiotik pasca moden & pasca tradisi yg boleh menyentak pembacaan budaya yg malas dan selesa. 

Dalam konteks kehidupan era globalisasi, ledakan teknologi media & ekonomi pasaran bebas, tidak semua hal boleh diikat oleh pembacaan malas yg jumud, beku & parokial. 


6.
Latar biografikal Niranjan beraruskan subteks perasaan yang deras. Ini cuma hipotesis aku. Aku syak, arus ini mengalir bersama pelbagai isu kontemporari yg bersimpang-siur. Ia melibat soal keturunan, asal-usul, bangsa, hubungan kekeluargaan, kepercayaan & agama, ritual, adat & adab, sejarah & warisan, tanah tumpah darah (tempat kelahiran), kewarganegaraan & kenegaraan, tempat tinggal dan membesar, persekolahan, persahabatan, percintaan, perkahwinan, kepulangan, kelahiran & kematian. Naratifnya mencapah, mungkin tidak seindah naratif arus perdana yg selama ini dibina oleh dasar-dasar rasmi. 

Kesemua persoalan ini sarat dengan emosi pekat yang bercampur-baur. Mustahil ianya boleh digarap hanya menerusi lensa akal-fikir yang objektif total semata-mata. Tentu sekali ia tidak bebas sentimen. 


7.
Kompleksiti fikiran itu makanan otak yg sihat. Untuk yg ketagih makanan fikiran sebegini, Niranjan memang tukang masak yg handal.  Nampak dimata, hidangannya ringkas, amat minimal dan selalunya kemas. Hidangan "Koboi Balik Kampung" rasanya enak. Cuma utk aku, yang enak itu cepat hilang. Mungkin sebab semakin berusia.



8.
Yang lambat atau susah hilang dari "Koboi Balik Kampung" ciptaan Niranjan adalah subteks perasaan. Ia sering dihijab oleh getaran fikir yg kompleks tadi. "Koboi Balik Kampung" bunyinya ringkas dan mudah. Tapi jangan terperdaya. 

Niranjan handal menghurai, dalam tutur dan tulis. Dia boleh hurai karyanya jauh lebih baik dari aku. "Koboi Balik Kampung" boleh digoreng dgn sedap oleh Niranjan menjadi hidangan fikir pelbagai isu sezaman yg kompleks. 

Tapi aku lebih ditarik oleh getaran perasaan yg sering ditutup oleh topi dan baju koboi dia. Getaran ini tersembunyi di sebalik retorika Niranjan yg pekat dgn nuansa ilmiah & objektif. Ia jarang diselami dan didedah. Ini mungkin kerana Niranjan sendiri tidak izinkan. Entahlah, aku hanya boleh meneka. 


9.
Wacana foto & seni persembahan 'Koboi Balik Kampung' Niranjan sudah ke merata tempat, Singapore Biennale, Burning Man dan KLBiennale. Yang terbaru di Percha Artspace milik Suhaila Hashim & Noor Azizan Paiman di Lumut, Perak. Walaupun 'balik kampung', semua lokasi ini bukan kampung. 

Dalam persembahan di Balai Seni Negara, Bonda Niranjan yg kecil-molek, lemah lembut & anggun itu, turut serta. Dia berpakaian sari merah & biru. Aksi dia menyambut anak lelakinya yg sudah lama merantau ke negara orang itu, melekat kuat dlm perasaan aku. Ia sama kuat dgn apa yg aku rasa ketika Niranjan berkata, "mereka mahu menghembuskan nafas terakhir di Malaysia." Sama kuat dengan kehadiran mereka dalam mimpi. Sekali lagi ego jantan aku yg suka berlaga-laga tunjuk handal berkarya & berteori, cair. Aksi bonda Niranjan yang lembut dan tulus boleh menyejuk & mencairkan hati yang panas dan keras.




10.
Satu lagi momen mencair yang melekat kuat dalam perasaan adalah ketika terserempak dgn ayahanda & bonda Niranjan di Balai Seni Negara. Ketika itu, Niranjan masih di Kanada. Itu pertemuan tanpa temu-janji yg diatur di langit. Ayahanda Niranjan peluk aku macam memeluk anak sendiri. Mata dia bergenang. Dia ada sebut sesuatu, tapi tidak perlulah aku tulis di sini. Aku salam & cium tangan dia dan bonda Niranjan. Aku rasa seperti mencium tangan ayahanda & bonda aku sendiri. Aksi itu ringkas, tapi ia mencairkan kesombongan tangan aku yg gemar melukis atau berkarya utk mendabik handal. 




11.
Bila aku renung wajah bonda Niranjan, terasa seperti aku balik ke rumah di kampung. Aku bukan koboi. Bukan anak dia. Perasaan aku membisik, inilah tanah & air. Inilah ibu pertiwi atau ibunda. Inilah ibu negara. Ibu rumah. Inilah 'kampung' untuk semua balik, termasuk koboi. Inilah 'syurga di bawah telapak kaki'. Inilah yang kakinya perlu disentuh. Inilah 'rahim', yang 'belas'. 


Seorang ibu kasih dan belasnya tidak bertepi. Dia setia menyambut, menerima & memaafkan anaknya, termasuk yg sudah berpakaian koboi, berkahwin dgn orang putih, dapat anak-anak campuran Tamil dengan Inggeris, tinggal berjauhan rentas benua untuk berkerja di negara orang putih. Walau sudah berpakaian koboi sampai tidak dikenali, sudah bergelar bijak-pandai, mengajar di Universiti luar negara, Niranjan tetap anaknya. Itulah yg aku rasa dgn kuat. Sampai sekarang, jika aku putar-semula peristiwa itu, rasanya masih kuat. Adakalanya sampai meremangkan. 

Rasa yg kuat ini mungkin kerana ada getaran belas, atau kemaafan. Memaafkan jauh lebih kuat dari ego hero jadian yg berleluasa di merata dunia kini, terutama dalam politik. Memaafkan jauh lebih hebat dari kepetahan berpolemik. Aksi memaafkan yang lembut dan telus itu boleh menewaskan nafsu bising yg suka bergasak.

Kita semua menyewa 9 bulan dalam 'rahim' bonda kita. Kita telah diprogram selama 9 bulan dgn kasih dan belas. Kasih & belas adalah getaran asal semua manusia, termasuk koboi jadian mahupun 'a guy with a songkok' (istilah yg aku pinjam dari seorang kawan). Hutang sewa 9 bulan dalam rahim tidak akan mampu kita bayar, walau diberi seluruh dunia. Kehandalan dan kehebatan berkarya, berteori & berwacana tidak mampu menggantikan getaran asal manusia ini. Ia menyatukan semua. 


12
Semasa zaman melayan teori dulu, mungkin aku suka bertanya, "apakah yg difikirkan oleh Niranjan?"  Tapi kini, setelah ayahanda dan bondanya meninggal dunia, aku sering bertanya dalam hati, "bagaimana agaknya perasaan sahabat aku si koboi ni? Kini, kedua-dua talian yg menghubungkan koboi ini dengan kampung dan tanah airnya sudah tiada. Apa yg dia rasa. Harap-harap dia ok."


Bertanya apa yg Niranjan rasa melebihi apa yg dia fikir mungkin lebih belas & dekat dgn keinsanan. Arus rasa lebih dalam dari fikir. Ia sering terhijab, walaupun lebih dekat & tulus dgn hati. Tidak semua orang selesa menyingkapnya. Apatah lagi Niranjan Rajah, koboi yg tidak serik untuk balik ke kampungnya, secara literal dan fizikal, konseptual, emosional dan mungkin juga spiritual. 

Bagaimana pula dgn kita semua? Di mana kampung kita? Tak balik ke? 

Baliklah.





Wednesday, 25 December 2019

FROM A FLOWER NAMED SABINA AROKIAM.



"It was a very special day for me, and also our men and our friends from the US sir. Thank you for your time, your invaluable scolding, your advice, your stories, your listening, your spirit. I am blessed to have the 'berkat' of having someone like you in my life. Someone who's presence envelopes and makes me feel at home... safe, someone I can trust because he is not afraid to be himself and share of himself so fully, sincerely, authentically, lovingly... Uncensored. Please don't change. In a world of politically correct, your honesty and transparency is a breath of fresh air.

Despite all that you have gone through... You have the courage to be an idealist, a seeker of truth, a connaseur of love and life... Balancing between two worlds... One feet in the flowing river and the other one in the mud where the real alchemy lies. I pray for your health in the most wholesome sense of the word. Semoga panjang umur dan sihat walafiat. May you touch as many hearts as possible... The way you have touched and expanded ours...and may it ripple and touch the infinite heart of hearts in all hearts.

Thank you for seeing right through and calling my weakness out...Thank you for helping me see it in an empowering way... Thank you for your blessings... Felt in a myriad of ways beyond space and time... Thank you for your call to fitrah. May this message reverberate and resonate in your work with young and old alike. I feel the gates of my heart...has opened a little bit more today. Thank you for co-creating memories  worth reminiscening and realities worth living ❤"

Sabina Arokiam

Tuesday, 24 December 2019

A REUNION WITH A DIFFERENT PERSRPECTIVE

https://themalaysianreserve.com/2019/12/16/a-reunion-with-a-different-perspective/



TANAH & AIR NUSANTARA (NUSANTARA'S EARTH & WATER)


Bahasa Melayu adalah bahasa kuantum. Ia menggemakan getaran halus yg terhijab oleh kebisingan getaran materi yg kasar. Bahasa Melayu sentiasa mengembalikan kita pd fitrah. Ia menyatukan kita dlm keterjalinan & kesatuan alamiah yg sejagat merentas masa & ruang, melangkaui jasad kasar. Ia melestarikan hubungan manusia dgn manusia, manusia dgn alam & manusia dgn Yg Maha Pencipta. Fitrah ini terzahir dlm kepelbagaian & kerencaman bahasa, seni & budaya. Setiap wilayah ada penzahiran fitrah yg tersendiri. Ini termasuklah wilayah Nusantara. Dalamnya terkandung kerencaman & kepelbagaian. Dalam kepelbagaian ada kesatuan. Contohnya sgt banyak dan melata. Anak dimuliakan dgn istilah 'cahaya mata'. Ilmu cahaya itu sudah lama & sebati disantuni dlm ruang budaya Nusantara. Ia juga didepani oleh para fizikawan ilmu fizik kuantum. Contoh lain adalah 'perhati' dari 'peri hati', yakni memeri atau menghalusi kalbu, bukan sekadar menajami akal saja. Apabila kita memerhati, kita memeri atau menghalusi hati atau kalbu. Kerja melihat adalah kerja menghalusi bukan mengasari. Yg seni itu adalah yg memeri hati atau menghalusi kalbu. Istilah 'ibu-rumah' dan 'ibu-negeri' pula mengembalikan kita kpd getaran 'belas' yg telah diprogramkan selama 9 bulan dlm rahim ibu. Rahim itu sendiri maknanya 'belas'. Rumah dimuliakan sebagai kediaman. Ke rumah adalah menuju ke arah diam dan aman atau kesejahteraan. Kediaman & bandaraya bukan sekadar bangunan, bukan 'pelaburan', bukan 'capital' atau modal benda, bukan tapak mengejar & dikejar tamak haloba. Rumah & bandaraya sepatutnya dimuliakan sebagai 'ibu' yang merahimi atau membelas. Negara bukan 'nation' yg bersifat benda. Ia adalah 'tanah-air'. Kita dijadikan dari tanah & dari air. Keduanya elemen asas kejadian jasad kita. Negara & rakyatnya bukan benda, bukan modal pusingan. Tanah-air adalah maruah, amanah & sejarah. Kita para pewaris & penjaganya.

Aksi gerak silat, persenjataan & busana oleh @zaranyabusana. Fotografi oleh @hasnuljsaidon


The Malay language is a quantum language. It echoes higher vibration that is normally obscured by the noises of the lower material world. The Malay language returns us to our true nature. It binds us in a natural entanglement or experiential union. The entanglement is universal, transcending time & space. It sustains the relationships between humans, between humans & Nature, between humans and God. Such relationships are manifested through myriads of language, art & culture. Every region has its own manifestation of such relationships. This includes the Nusantara region (the Malay Archipelago). It embodies diversity. Within the diversity, there is unity. There are many examples. One example is 'cahaya mata' or 'eyes of the heart' in reference to a child. The knowledge of light has long been embedded in the Nusantara culturalscape. It is also embarked upon by quantum physicists. Another example is 'perhati' from the words 'peri' and 'hati'. 'Perhati' refers to the act of looking. 'Peri' refers to 'memeri' or to refine. 'Hati' refers to the heart. 'Perhati' means the act of refining one's heart, not merely sharpening one's mind. The act of looking is about refining. Art is about refining the heart. The term 'ibu rumah' or 'mother of the house' for a main house; and 'ibu negeri' or 'mother of the state' for a capital city, return us to the vibration of compassion that has been programmed during our 9 months period in our mother's womb. The womb itself is called 'rahim' or 'compassion' in Malay language. A house is honored as 'kediaman'. To come home is to return to 'diam' or 'silence' and 'aman' or 'peace' - peaceful silence. A 'kediaman' or 'home' and a 'ibu negara' or 'capital city' are not just a building, or investment, not a capital or material resource, not a site to pursue or be pursued by greed. A home and a city are meant to b honored as a mother who are compassionate. A nation is not just a thing. It is earth & water. We were made from the earth and water. Both are two basic elements of our beingness. A country and her people are not things, not a rolling capital. A country is an honor, trust & history. We are the inheritors & guardians.



AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...