Sunday, 27 January 2019

MEMERHATI ANAK


(Sebuah esei utk brader Hasmi Hashim yg tak perlu letak kat mana2 portal berita)

Duhai ADINDA,

Anak tu amanah. Perhati mata dia, nampak cahaya. Sebab tu dipanggil 'cahaya mata' . Itu bahasa kuantum, yakni ilmu fizik tentang cahaya & dimensi halus yg lebih kecil dari atom. Orang Melayu bahasanya halus, yg tak sama dgn bahasa 'kritis'. Bahasanya menzahir getaran jiwa yg halus. Itu yg perlu ada dulu. Lepas tu baru isi dgn fikiran atau minda yg kritis, dgn bahasa pandai2 yg kritis tu.

Per'hati' ada kata 'hati', bukan per'otak'. Tak sama dgn melihat. Banyaklah memerhati cahaya mata. Istilah memer'hati' pula gabung dua kata, 'memeri' dan 'hati' (menghalus hati). Hati diperi dgn kasih & belas. Cahaya mata tu memeri hati. Dia anugerah kasih & belas, bayangan Yg Maha Kasih & Belas.

Berilah hati yg kasih & belas semasa memerhati. Kasih je tanpa belas (mengampun, memaaf) tak lengkap. Nanti anak tu dah besor, kalau buat silap, kena sabar & boleh maafkan. Gitu jugalah dgn anak2 semua org, semua rakyat, semua manusia.

Berilah perhatian pada anak itu sepanjang dia membesar. Per'hati'an, juga guna kata 'hati', bukan otak atau fikir atau minda. Takda dlm bahasa melayu 'tolong ya tuan puan beri perhotakan anda' . Beri perhatian maksudnya 'beri hati'. Bukan beri otak atau buah fikiran atau buah akal yg pandai2 & rajin congak2 acah2 kritis gitu.

Kenalah 'prihatin' terhadap anak. Juga guna kata 'hati'. Takde 'keprihotakan'.

Tiba masa utk mengimbangkan kepimpinan bijak-pandai yg kritis, kpd kepimpinan kasih & belas berasaskan 'hati'. Ia penting utk anak2 kita ketika membesar. 

Itu juga kategori umur yg tidak boleh mengundi atau dipancing undinya. Dengarlah suara hati mereka ketika kita memerhati cahaya mata kita.

Selamat menjadi bapa.

Yg benar,
KEKANDA



1 comment:


  1. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...