Wednesday 6 February 2019


HABITAT KUANTUM

Bahasa kuantum dlm seni tradisi Nusantara hadir dari habitat yg melestari, melaras & menghaluskan medan kuantum antara manusia dgn manusia, manusia dgn alam & manusia dgn Yg Maha Pencipta. Apabila itu berlaku, kita didakap BELAS yg tak bertepi. Rezki yg baik2 pun melimpah.

Beberapa minggu lepas saya mula menggetarkan dlm medan kuantum minda saya satu gambaran sebidang kebun mengadap banjaran gunung-bukit-awan-matahari naik. Semalam saya dikurniakan rezeki utk mengalaminya sendiri. Saya berdiri di puncak kebun pertapaan kawan saya, Fauzi (Prof. Madya Dr), mengadap secara alamiah apa yg sebelumnya saya gambarkan. Saya terdiam.

Sekarang, saya buka satu lagi gambaran mengadap matahari naik selepas subuh, berbakti mensejahterakan bumi & penghuninya, berkarya, menggemakan Kasih & Belas Maha Pencipta. Bukalah medan kuantum yg baik2 dgn memilih utk memberi tumpuan fikir & rasa (zikir) kpd apa yg kita suka & mahukan, bukan sebaliknya.

Saya hairan kenapa ramai yg memilih utk memberi tumpuan kpd apa yg mereka tak suka & tak mahu. Fatalistik yg pelik.

Pilih & bukalah pintu medan kuantum yg bawa kita kpd keindahan & kesejahteraan. Itulah doa. Jika ikhlas & yakin, serta baik utk kita & seluruh alam, akan dimakbulkan.






1 comment:

  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...