KOLAJ MEMORI
Seronok la, intai ramai anak2 yg berjubah rai kejayaan dpt ijazah. Selfie dgn ibu-bapa , keluarga, kawan2 dan para pensyarah sepanjang musim konvo - happy, syukur, osem abih. Yg paling terkesan adalah anak2 di 3 IPTA yg dekat di hati. Lihat gelagat mereka, memori jadi bertindan mcm kolaj. Ia terbang kezaman ketika program2 ijazah yg mereka ikuti itu masih dlm dimensi minda dan rasa beberapa kerat manusia. Setelah cukup rasa, dilimpah pula atas beratus2 peta minda, disusun atas berlapis2 kertas-kerja, dan dihujah-bentang-sampai-suara-lekang berkali2 depan berlapis2 komiti bijak-pandai. Kemudian ia diperbaiki diperhalusi hinggalah mendapat cop restu sebagai program ijazah. Tak terasa langsung ketika itu sedang mencipta memori utk sekarang, utk anak2 ini, ibu-bapa & keluarga mereka, kawan2. Ia indah. Namun, jika kolaj ni manusia, pastinya dia sdg merindui juga doa para pendita yg arif-alim. Doa mereka amat2 diperlukan sekarang.
Tuesday, 4 December 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
No comments:
Post a Comment