Tuesday, 4 December 2018

KENAPA BAPAK SAYA OSEM

KENAPA BAPAK SAYA OSEM?

"Bapak sokong minat saya walaupun tidak secara langsung. Semasa dalam darjah enam, dia bawa saya pergi ke kedai sahabat tauke Cina dia yang dipanggil 'Jin".

"Oiiiii Jin, cat minyak ni bagi murah sikit, anak aku nak melukis."

Waktu itu, saya lebih tertarik pada amoi anak tauke tu dari cat minyak jenama Marries Oil Colour yang diimpot dari China. Ada masanya dia bawa balik papan siling dari kontraktor Cina (yang dibuat dari abuk dan serpih kayu) untuk saya berkarya. Semasa Kak Jo dan Hj Osman upah saya melukis karya pemandangan cat minyak (pada kedua-dua belah permukaan) dengan gaya romantisme ala-Indonesia, dia sibuk congak modal dan bayaran upahnya.......semua sekali 121.00 ringgit. Saya masih dalam darjah enam, mana tahu pasal 'budget' dan 'profit margin' lagi. Hanya tahu nak melukis saja.

Hero ini faham anaknya suka melukis. Dia tak melarang, atau mematahkan. Paling kuat pun nasihat dan pesan, jangan dipuja apa jua yang kita buat.

Bapak adalah kekuatan saya ketika itu.

Tapi itu dulu, waktu dia masih muda dan gagah, dan saya baru mengenal hidup.

Kini, saya dah jadi Pengarah, Profesor Madya, mengajar di universiti APEX. Wah.....patutnya naik merak, takbur dan banggalah ya. Tapi bila balik Raya, semua yang saya kejar dan dapat itu jadi tidak penting bila melihat Bapak, hero saya."

(Blog Jiwa Halus, September 15, 2010.)




No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...