UTK ADIK2 BAKAL SENIMAN HEBAT BER'DEGREE'
Amaran tanpa penaja: Catatan ini agak panjang, tidak sesuai utk yg kurang sabar.
"Adiguru osem tanpa ijazah"
Adiguru saya yang paling awal ialah Ayahanda dan Bonda.
Ayahanda dan Bonda saya ialah penanam benih-benih makna dalam diri saya. Mereka membantu saya memBERSIH prisma (akal) saya. Mereka menamakan saya 'yang benar/baik' dan 'yang cantik/indah' - Hasnul Jamal. Sampai sekarang saya bertarung untuk 'memaknakan' nama itu, memainkan bayangan wataknya dalam gelanggang mimpi benda yang sepintas ini.
Ayahanda dan Bonda saya tak pernah masuk mana-mana universiti . Tak seperti anak bongsunya yang sedang menulis ni, yang belajar di satu universiti tempatan dan dua universiti luar negara; juga mengajar serta memberi khidmat di banyak universiti tempatan, termasuklah kini di USM yang bergelar Universiti APEX. Jika bersama dengan mereka, sibuk saya khutbahkan tentang hebatnya USM ni, mahupun segala ilmu baru yang saya kutip. Mereka dengar dan senyum je. "Itu fadhu kifayah, tapi akhirnya kena bawak ke jalan fadhu ain juga" pesan meraka. Ilmu Ayahanda dan Bonda saya tak masuk mana-mana sistem ranking yang berpusat di Eropah.
Dengan segala anugerah dan pengiktirafan mimpi benda yang jenuh dikutip sampai tak muat almari dan dinding untuk ditayang, adakah saya lebih 'berpengetahuan' dan 'berpelajaran' dari mereka? atau hidup saya lebih 'bermaklumat', lebih 'bermakna'?
Dua-dua Ayahdanda dan Bonda saya ni takda Phd, takda Masters, takda Bachelors in apa-apa. Takda pun sebarang specialisation. Bonda saya takda pun Masters of Art macam anak dia yang menulis ni, yang suka riuh sekampung dengan telur dua biji. Tapi ilmu seni Bonda halus juga, dia melakar rekaan baju, merangka deraf baju, memotong, menjahit, menyulam, mengadun, memasang dan banyak lagi yang halus-halus. Semua orang suka sentuhan seni Bonda, termasuklah pokok-pokok yang ditanam, rumah yang dihias dan laman yang digubah. Sentuhan seninya menyentuh kalbu, memBERSIH jiwa. Bonda mengamalkan pelbagai bentuk ilmu seninya dengan istiqamah, atas jalan 'yang benar', sambil kuat berdoa. Dengan ilmu itulah dia menyekolahkan anak-anaknya yang sembilan orang hingga ke universiti.
Apa yang anak-anak (termasuk yang menulis ini) dapat dari sekolah dan universiti yang hebat-hebat tu? Dapat makna? Atau maklumat je?
Ayahanda dan Bonda berguru secara langsung, lisan dan amali. Amalinya pula ditanam (diberi makna) dalam kehidupan seharian. Tok Syeh Noordin mengajar Bonda ilmu Tauhid ketika menanam pokok. Ketika itu juga ditanam ilmu geologi, biologi, ekologi, geografi, astronomi, estetik dan macam-macam lagi, baik sains mahupun kemanusiaan, tak terpisah-pisah.
"Tengok tangan ni, nampak bayang dia. Ada cahaya baru ada bayang. Tangan bergerak, baru bayang bergerak. Kita macam bayang-bayang tu," itu tamsilan Tok Syeh Noordin yang disampaikan pada saya oleh Bonda."
(Petikan dari Blog Jiwa Halus, 23 Februari, 2012)
Ilmu adiguru yg tulen 'makan dalam' walaupun yg menerimanya mungkin lupa atau sesat merapu dlm simpang-siur hidup.
Kini, bila berkarya (dlm pelbagai bentuk seni), saya mohon agar hasilnya menjadi 'bayangan' yg menyingkap makna adanya cahaya.
Adiguru yg tulen, membekal kita yg selalu gelap ni cahaya atas cahaya.
Untuk saya dan adik beradik sekeluarga, ayahanda dan bonda ialah adiguru kami yg 'confirm', super osem!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
No comments:
Post a Comment