Sunday 20 August 2017

KULIAH ALAMIAH

29 Julai 2017,
Senja, malam, subuh dan pagi di Puncak Bukit Gondol, Pulau Dayang Bunting,
Langkawi. 

Alam adalah sahabat dan guru yang terbaik. Bukit, awan, langit, bintang, bulan, matahari, hujan, angin, senja, malam, subuh, pagi, siang, - semuanya memeluk kita dalam belas. Sahabat adalah cermin. Kita berkongsi getaran. 

Kuliah adalah makanan utk tahu (pengetahuan). Alami adalah makanan utk lalu (pengalaman). Pengetahuan adalah makanan minda-akal, pengalaman adalah makanan rasa-kalbu. Minda dan rasa, akal dan kalbu, bergabung menjadi aku. 

Aku ada dua - aku yang tinggi-halus dan aku yang rendah-kasar. Aku yg halus adalah getaran minda dan rasa, akal dan kalbu (intuisi). Aku yang kasar adalah badan fizikal. Perlu imbang antara keduanya. Jambatannya ada dalam nafas. 

Dalam nafas ada belas. Pintunya dibuka dengan ikhlas, Mulakan dengan diam. Dengar zikir degup jantung. Jadilah saksi yang sedar, tentang apa yang sedang difikirkan dan dirasai, setiap sekarang. Pilihlah utk tarik, tanam dan hembuskan belas, setiap sekarang. Jadilah aku yang menggemakan Belas Alam.  

Nature is the best teacher and friend. Friends are mirrors. Hills, clouds, the sky, the stars, the moon, the sun, the rain, the wind, sunset, night, dawn, morning, day - all embrace us in compassion. Friends are mirrors. We share vibrations. 

Lecture is for knowing, experiencing is for being. Knowing is for the mind, being is for the heart. Mind and feeling, intellect and intuition, converge to be the 'I'. There are two I's. There are the higher-intangible I and the lower-tangible I. The higher I is the vibrations of our mind and feeling, our intellect and heart (intuition). The lower I is our physical body. Both must be balanced.The bridge is in breathing. 

In every breath there is compassion. The door is opened by honesty. Start with silence. Hear the invocation of our heartbeats. Become the witness of one's own mind and feeling. Choose to inhale, embed and exhale compassion, every now. Be a compassionate I, both the higher I and the lower I. Be the I who echoes the compassion of the Universe.

Photography by Yuzai Abe
Editing and processing by KebunJiwaHalus
Guest Photographer : Huzaifah Assaid
Additional photographs : Langkawi Visual Artists Association

#gemaBELAS2017
#BELASalamLANGKAWI
#BelasAlam360BukitGondol
#Didikjiwahalus
#Langit&Bumi
#Negaraakuosem
#Balaiseninegara














No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...