Monday 6 July 2015

PENAWAR SEJAGAT

Betul ke, penyakit di bawah ni ada pada bangsa Melayu je? Pada bangsa lain langsung takdak ke? Ye ke? Confirm?

Fuyooo dasyat, sampai penyakit pun nak di 'melayu'kan. Kemudian nak di sebar, ditasbih, dibaku, diviral hingga jadi 'lumrah kehidupan Melayu.' Tak cukup2 ke lagi saka, badi fatalisma dan stereotaip Melayu yg dah sedia ada? Melayu malas, Melayu dengki, Melayu subsidi, Melayu makan gaji buta..... byk dah. Cukup la ya.

Ada je yg tak elok (yg segelintir orang Melayu-Islam buat), cepat2 viral satu dunia mcm la bangsa ni je yg 'problem' di Malaysia dan dalam dunia ni. Kesian. Sorang atau segelintir buat, satu bangsa atau seluruh umat kena. Kadang2 tertanya juga, bangsa dan penganut agama lain semua ok je ke dlm Malaysia ni? Takdak isu langsung ke? Bila tanya kawan2 bangsa lain, jawapan dari mereka, "semua orang, semua bangsa, ada isu, ada problem, ada penyakit, bukan bangsa awak je, k. Luv u, stay cool, b osem!"

Kalau penyakit pun nak dibaku dan disampuk stereotaip etnik dan agama, itu teruk dah. Itu kanser. Kansernya adalah menstereotaipkan penyakit dgn bangsa, dan jenama agama, parah.

So tolong la ya. Bangun la sayang Ooi, ni dah masuk abad ke 21. 

Penyakit di bawah ni ada pada SEMUA MANUSIA, bukan Melayu je. Ni penyakit sejagat yg boleh sampuk sesiapa jua tak kira bangsa-keturunan dan darjat. Benci, dengki, keji, caci, khianati, umpati, rasis, tak toleran, jumud, dan byk lagi penyakit hati, boleh hinggap SEMUA ORANG, bukan eksklusif pada orang Islam atau orang Melayu je.

Kalau ada manusia yang kerja dia hanya pandai 'highlight' dosa satu jenis bangsa dan agama je (dalam apa jua aktiviti hidup dia), tolong la jangan layan sgt, wokay braders & sisters semua. 


Gini  la ya. Daripada memilih utk kongsi penyakit di atas, lebih baik kongsi, sebar, viral dan tasbihkan...

PENAWAR SEMUA MANUSIA di bawah ni:

1. Bila miskin, usaha lebih ikhlas & gigih utk baiki tahap ekonomi
2. Bila susah, sentiasa bersabar dan terus berusaha
3. Bila meminta, yakin akan dapat diperolehi.
4. Bila kaya, buat amal jariyah bantu orang lain tak kira bangsa, agama, negara, umur atau apa pun perbezaan
5. Bila lebih, bersedekah atau menderma pd semua manusia yg memerlukan
6. Bila diberi, kita syukur sepanjang masa

KITA DISAYANGI SEPANJANG MASA
BILA MATI, PAHALA KITA TERUS SUBUR

Stay cool, b osem. Luv u all.

2 comments:

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...