Saturday, 25 July 2015

SKRIP DARI LANGIT


Petang tadi saya (Hasnul) dan Andy (Anderson) beraya ke rumah bekas mentor/bos/vc saya di USM, Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak dan Puan Sri Masrah di Nilai. Jgn terpedaya dgn title depan nama, krn dua manusia ni sgt 'humble' dan 'rooted'. Mereka menerima kunjungan kami dgn mesra tanpa udang sebalik mee. 

Sebelum itu, kami pasang niat utk menayangkan H3RO & H3RO:EPILOG sebagai 'private screening' khas utk mrk. Tambah pula, baru2 ni Andy ada terbaca artikel tulisan Tan Sri dlm 'local newspaper' tentang 'the virtue of' balik kampung utk beraya, tema yg sama dgn 'homecoming' dlm H3RO: EPILOG.  

11 tahun saya kerja & belajar tentang 'leadership' bawah Tan Sri. Dia kongsi byk nilai2 yg sama termasuk yg ada pada H3RO. Terdetik dlm hati, kalau dpt 'feedback' dari dia, mesti osem. Ini skrip dan agenda asal kami, tapi tak dimaklum pd Tan Sri. Kami cuma cakap nak dtg beraya. 

Tapi skrip dari langit osemnya infinit. Di atas meja tamu Tan Sri adalah foto2 lama 'hero' dia, arwah ayahandanya Abdul Razak semasa muda. 


Atas meja yg sama ada beberapa poster majlis pelancaran buku tentang jasa dan sumbangan arwah selepas terselamat dari ledakan bom atom di Hiroshima, ditulis oleh 3 org penulis. 


Saya pandang Andy dan terus kata, "ni hero juga ni!!"

So, ingat ya, bukan Wolwerine sorang je yg 'survive' bom atom k. Abdul Razak ialah 'hero' dan satu2nya rakyat Msia yg terselamat utk menceritakan tentang betapa dasyatnya bom atom. 

Kami ditazkirah tanpa paksaan oleh Tan Sri tentang nilai2 budi yg ditinggalkan oleh arwah ayahandanya. Bom atom boleh memusnahkan jasad, bukan jiwa. Yg runtuh itu bangunan, yg bangun itu kesedaran dan budi - budi bahasa, budi bicara, budi pekerti - barulah jadi budiman. Nilai3 budi ini kini semakin pupus. 


Tazkirah Tan Sri memang osem, kerana bertepatan dgn H3RO dan seolah2 kena dgn niat dan suara hati kami mengusahakannya. Kami rasa high. Ia seperti merasai nikmat makan juadah yg sgt lazat, yg rasanya masih terkesan dilidah hingga kami tidak mahu rosakkan dgn menjamah juadah lain. 

Tan Sri panjangkan pesan hero dia...

"Biarlah kita merendah diri, bukan merendahkan harga/maruah diri". 

Osem. 

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...