Friday, 31 January 2014

MENEMUI-SEMULA HERO.

Mohon perlindungan dulu dari musuh hakiki kita. 

Mohon Petunjuk dari Yang Maha Esa. 




Siapa hero atau adiwira kita?

Pada saya, 
Hero ialah 'aku' yang tahu bagaimana hendak mengawal senjatanya
bukan 'aku' yang dikawal oleh senjatanya.
(Selepas ni ada banyak lagi 'pada saya'. Kalau tak setuju takpa, tolak je ke tepi, tak payah marah-marah atau berdendam tujuh keturunan ye kawan! Saya pun cuma panjangkan apa yang sudah saya pelajari, tempuhi, amali, uji, dapati dan renungi dari pelbagai adiguru dan sumber)

Pada saya, 
Hero ialah 'aku' yang mampu 'membuat pilihan' untuk menjadikan 'senjata' sebagai 'penawar' yang membangunkan 'aku' yang lain dari 'mimpi benda' yang lena.

Pada saya,
Senjata 'aku' yang terhebat adalah anugerah  
akal (minda).

Kesedaran minda adalah 
anugerah ALLAH 
yang terhebat kepada manusia

Ia menjadi  
titian(laluan/ujian) batin manusia 
untuk kembali kepada fitrah, 
kembali kepada Pemilik Kearifan 
dan Kreativiti Infinit  
kembali kepada ALLAH, 
atau sekurang-kurangnya, 
dekat denganNya.

Kesedaran minda 'aku' yang lebih dekat dengan ALLAH, 
bermaksud lebih dekat dengan Pemilik Kreativiti. 
Inilah 'aku' yang lebih handal mengawal 'senjata'. 
Untuk memudahkan, kita guna istilah minda.

  Pada saya,
untuk mengenal kesedaran minda, kita mestilah tinggalkan dulu tabiat melihat 'ke luar', atau memberi tumpuan (fokus) pada 'orang lain' (terutama sekali kelemahan, kesilapan dan kesalahannya). 
Kita beri tumpuan (fokus) pada diri sendiri dulu.
Mari kita berkenalan dengan kesedaran minda, 
menyelak tabir atau hijab 'diri' 
dengan harapan dapat menemui-semula 
hero yang sudah lama terhijab.

Apa itu kesedaran minda?

* Kesedaran minda persis lensa 'projektor'.
* Kesedaran minda memantul (memproses) cahaya (tenaga) dalam pelbagai tingkatan (frekuensi/gelombang/getaran) untuk menayangkan 'bayangan' kewujudan fizikal seorang 'aku'.
* Bayangan ini, termasuk 'aku' tadi, persis tayangan imejan atas skrin, atau bayang atas kelir. Ia hanya bayangan atau pantulan dari sumber cahaya (tenaga). Tiada cahaya, tiada bayangan.
* Bayangan ini, termasuk 'aku' tadi, 'ada' dalam pelbagai 'bentuk' atau 'imejan' kerana adanya 'cahaya'.
* Oleh itu, bayangan ini, termasuk 'aku' tadi, hanyalah ilusi suatu 'mimpi benda' yang degil (dalam mengekalkan 'ilusi' yang sering membuatkan 'aku' lupa pada 'cahaya' yang mengizinkan dia 'ada').



* Termasuk dalam kewujudan fizikal 'aku' adalah organ jasad dipanggil 'otak'
* Kesedaran minda menayangkan pengalaman 'aku ada'
* Lebih penting lagi,kesedaran minda menayangkan pengalaman 'aku ada otak' 
* Aktiviti otak ditentu dan diwarnai oleh kesedaran minda



*Ada tujuh tingkatan (makam/frekuensi/gelombang/getaran) cahaya (tenaga) dari yang halus kepada yang kasar.
* Cahaya adalah tenaga yang hadir dalam pelbagai frekuensi/gelombang/getaran
* Ilmu moden tentang cahaya disebut ilmu kuantum.


* Segala yang dikatakan 'ada' itu hadir dari cahaya (tenaga)
* Cahaya diungkap atau direpresentasi(dalam bahasa sains) sebagai gelombang dan partikel (dalam atom)yang bergetar dalam pelbagai frekuensi
* Fitrah gelombang tenaga (cahaya) adalah 'serba-berkemungkinan (yang infinit)', pelbagai, tidak tetap, saling-bergantungan, saling-bertaut dan berkait, tidak linear atau berurutan, serentak. Segalanya bergumpal dalam lautan tenaga (cahaya) serba-berkeumungkinan yang infinit sebelum 
diSAKSI 
oleh 'aku' yang memilik kesedaran minda
* Situasi serba-berkemungkinan yang infinit ini ditirus dan diruntuh menjadi menjadi 'satu realiti fizikal kehidupan' (mimpi benda) oleh kesedaran minda 'aku' yang membuat 'pilihan' (mentafsir dan memberi makna) kepada apa yang diSAKSI

 
* Cahaya hadir dgn izin Pemilik Hakikinya - ALLAH.
* Semua bayangan, termasuk 'aku' adalah milik ALLAH, adanya dengan izin ALLAH, sengan cahaya yang dipinjamkan oleh ALLAH.

* Kewujudan dan kehidupan 'aku' hanyalah pantulan cahaya dari proses kesedaran minda. 
* Oleh itu, kewujudan dan kehidupan 'aku' ini dipanggil 'pinjaman' kerana ia meminjam 'cahaya'.
* 'Aku' hanyalah 'saksi' kepada pantulan 'cahaya' yang diproses oleh minda. 
Ringkasnya:
* 'Aku' ialah 'saksi' proses minda.



* 'Aku' yang 'sedar' adalah yang dapat melihat proses minda (dan rasa), bukannya yang dipasung atau dipenjara oleh minda, sebab itu dipanggil kesedaran minda

*'Aku' yang dipasung atau dibeku atau dipenjara oleh minda (kesedaran rendah) 
adalah ilusi
atau
EGO
Ia bukan 'aku' yang sebenar

'Aku yang sebenar ialah 'saksi' proses minda

* Kerja EGO adalah mencipta dan memasung 'aku' dalam ilusi mimpi benda untuk memutuskan talian dengan Pemilih Cahaya Hakiki
* Sebab itulah, 'aku' wajib 'bersyahadah' untuk memastikan taliannya dengan Pemilik Cahaya Hakiki tidak terputus.

* Syahadah adalah talian cahaya/batin


* Sama seperti cahaya, ada tujuh tingkatan (makam/frekuensi/gelombang/getaran) minda dari yang halus kepada yang kasar.
* Tujuh tingkatan cahaya dan kesedaran minda menghasilkan tujuh tingkatan 'kesedaran' 'aku' dari yang 'paling halus' (kesedaran jasad halus/batin) kepada yang 'paling kasar' (kesedaran jasad kasar/zahir).
* Ada tujuh tingkatan nafsu (atau keinginan).
* Ada tujuh warna jasad halus (batin) dan tujuh warna jasad kasar (zahir).



* Kesemua tujuh tingkatan cahaya, kesedaran minda, nafsu dan jasad adalah penting dan ada peranan masing-masing.
* Kesemuanya mestilah berada dalam getaran yang seimbang dalam hairaki masing-masing, untuk menayangkan sebuah bayangan kehidupan yang seimbang.

* Tujuh tingkatan cahaya, kesedaran minda, nafsu dan jasad mengizinkan 'aku' ini mengatakan dia wujud dan mengalami kehidupan (mimpi benda).
* Ia 'mewarnai' kehidupan 'aku', menentukan bagaimana 'aku' mengalami 'kehidupannya'.



* Bagaimana 'aku' mengalami kehidupan akan berubah-ubah mengikut tingkatan kesedaran minda.
* Jika ingin 'mengubah kehidupan' (mimpi benda), ubahlah kesedaran minda.
* Tingkatan kesedaran minda mengawal dan menentukan bagaimana otak berfungsi (aktiviti sel-sel neuron dalam otak).
* Kesedaran minda boleh melatih cara otak berfungsi.
* Persis 'projektor', jika lensanya elok, bayangan yang ditayang juga elok; begitu jugalah dengan kesedaran minda. 
Jika elok, bayangan kehidupan yang ditayang juga elok, penuh dengan 'cahaya kebenaran'. 
Sebaliknya jika rosak,  bayangan kehidupan yang ditayang juga rosak, penuh dengan 'kegelapan'.

* Tingkatan kesedaran minda 'paling tinggi' juga dipanggil 'bangun'.
* 'Aku' yang sudah bangun, sedar yang dia sedang mengalami 'mimpi benda' (menonton bayang yang dipanggil 'kehidupan'). 
* Oleh itu, 'aku' yang sudah bangun ini boleh memilih untuk menentukan apakah 'bayang' atau kehidupan (mimpi benda) yang ingin dialaminya.
* Tingkatan kesedaran minda 'paling rendah' juga adakalanya dipanggil 'tidur/lena' atau 'tak sedar diri!', atau 'dihijab'.
* 'Aku' yang tidur, tidak sedar yang dia sedang mengalami 'mimpi benda' atau menonton bayang. Malah tak kurang juga yang 'gila bayang' atau mengatakan 'mimpi benda' itu 'real' dan hadir sendiri tanpa meminjam dari Pemilik Cahaya Hakiki! 
'Aku' yang tidur ini sering terputus dari talian cahaya; sentiasa mengejar dan dikejar 'bayang' sendiri.

* Cara untuk mencapai kesedaran minda tinggi telah diwasiatkan oleh Penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w. untuk diamalkan. 
Antaranya adalah menggetarkan kasih abadi tak bersyarat, ikhlas, bersyukur, redha, sabar, tenang, pemaaf, berbaik -sangka, bertolak-ansur, pemurah, belas-kasihan, yakin, ceria, gembira, tekun, istiqamah, bersemangat dan banyak lagi. 
'Aku' yang sudah bangun 'memilih' untuk memberi tumpuan (fokus) kepada getaran ini. 
Dia sentiasa berada dalam tingkatan kesedaran minda tinggi. 
Dia juga akan menjadi 'magnet' untuk segala pengalaman kehidupan ('mimpi benda') yang bahagia dan diberkati. 
Wajah jasad kasarnya 'bercahaya' kerana jasad batinnya dekat dgn Pemilik Cahaya. 
* 'Aku' yang sudah bangun memberi 'tenaga' dan 'meringankan' 'aku' yang lain. 

* Penarik (atau racun/toksid) kesedaran minda rendah juga telah didedahkan oleh Penghulu kita, untuk dielak atau ditinggalkan. Antaranya adalah getaran benci, dendam, dengki, iri hati, ujub, riak, takbur, tamak, kemarahan berterusan, membawa kerosakan, membunuh,  mencaci, mengumpat, menabur dan menyebar fitnah, menyampaikan berita tanpa usul periksa dulu, melaga-laga, mengapi-api, memperdaya, menipu dan banyak lagi. 
'Aku' yang dihijab tingkatan kesedaran minda rendah akan menjadi hamba kepada getaran ini. 
'Aku' begini hanya akan memberi tumpuan (fokus) dan menjadi magnet kepada segala 'aku-aku', situasi dan peristiwa lain yang berkongsi getaran kebencian, ketamakan, kedengkian, dendam, iri hati dsb. Pengalaman kehidupan (mimpi benda) dia tidak ada keberkatan, tidak pernah aman. 
Wajad jasad kasarnya 'gelap' kerana jasad halusnya jauh dari cahaya. 
* 'Aku' yang tidur, menyedut 'tenaga' dan 'memberat atau membebankan' 'aku' yang lain.

* Lonjakan kesedaran minda tinggi meringankan - ia memberi tenaga dan daya hidup dan kreativiti. Ia menyubur dan membina sel.
* Tarikan kesedaran minda rendah memberatkan - ia menyedut tenaga hidup, memusnahkan kreativiti. Ia mematikan sel, atau merosakkannya.
* Naik untuk mencapai tingkatan kesedaran minda tinggi dipanggil daya levitasi (juga dipanggil daya hidup dan daya kreatif yang meringankan).
* Turun ditarik tingkatan kesedaran minda rendah dipanggil daya graviti (juga dipanggi nafsu jasad rendah yang berat).


* Tingkatan kesedaran minda tinggi boleh mengakses dan mengawal jasad halus.
* Tingkatan kesedaran minda rendah hanya boleh mengakses jasad kasar, ia menjadi 'hijab' kepada tingkatan kesedaran minda tinggi dan jasad halus.


* Tingkatan kesedaran minda yang tinggi juga dirujuk sebagai daya intelek dan meta-kognisi - ia bersifat responsif dan interpretif. Ia diguna untuk 'aku' membuat 'pilihan'. Membuat pilihan adalah anugerah dan kuasa yang hebat. Ini termasuklah memilih bagaimana untuk mentafsir dan 'memberi makna' kepada pengalaman deria. 'Aku' pada tingkatan kesedaran minda tinggi boleh menentukan 'warna' (getaran) kehidupan (mimpi benda).

* Tingkatan kesedaran minda yang rendah juga dirujuk sebagai daya juang dan naluri asas - ia bersifat reaktif dan automatif. Ia tidak mengizinkan 'pilihan' tetapi memberi perlindungan asas dari sebarang ancaman disamping menjamin survival 'aku'. Ia memberi 'aku' keselamatan dan perlindungan.  Tapi jika tidak dikawal, ia akan memusnahkan 'aku'.

* 'Aku' yang berjaya memiliki kekuatan kesedaran minda (kreativiti) tinggi adalah  bebas dan merdeka dari diperhamba oleh kesedaran minda rendah. 'Aku' inilah yang boleh dianggap sebagai adiwira atau hero.

* 'Aku' yang tidak mempunyai kekuatan kesedaran minda tinggi akan dikawal atau menjadi hamba kepada kesedaran minda rendah (tarikan nafsu jasad rendah yang berat). Ia tidak benar-benar bebas. 'Aku' begini adalah hamba nafsu dan mangsa. 

Tapi memang pelik, walaupun dah berjuta kali dingatkan, masih ramai yang suka menumpukan minda pada segala yang mereka tidak suka atau benci.
Memberi tumpuan (fokus) dan melawan sesuatu hanya akan membentuk getaran yang menjadi 'magnet' kepada segala yang kita tidak suka atau benci atau lawan. Ia tidak akan menghilangkannya, malah menambahnya lagi.  

Kita akan menjadi getaran 'magnet' kepada apa yang kita fokus, tumpu dan lawan. 
Lawan 'kegelapan', jadi magnet pada kegelapan.

Tapi jika tumpu pada 'cahaya', kegelapan dengan sendirinya akan 
'hilang'.  

Oleh itu, marilah kita ikut jejak Penghulu kita, selak tabir atau hijab minda yang berlapis-lapis atau bertingkat-tingkat ini untuk menemui-semula 'aku' yang sering kita hijab dan abaikan kerana terlalu taksub memberi tumpuan pada 'kesalahan orang lain'. 

Semoga kita bertemu dengan 'hero' yang sebenarnya bermukim dalam diri kita sendiri, insyaAllah.

Mari kita bersyahadah.








Wednesday, 29 January 2014

SETIAP SEKARANG


SETIAP SEKARANG

Yang sedar, bagaikan irama muzik
bergetar, tiada kaku dan beku
ia membisik dan melembutkan kasarmu.

SENYUMLAH PADA TIAP UJIAN
BERSYUKUR ATAS SEMUA KURNIAAN
KU TANAM DALAM TIAP TINGGALAN
UNTUK MU, MENJADIKAN PEDOMAN

Hmmm Hmmm SETIAP SEKARANG
Pedoman SETIAP SEKARANG
Hmm Hmmm SETIAP SEKARANG
Pedoman SETIAP SEKARANG

Yang sudah, adalah jalan ku pilih
menjadi pusaka bekal cinta
untuk getaran yang menyegarkan jiwamu

SENYUMLAH PADA TIAP UJIAN
BERSYUKUR ATAS SEMUA KURNIAAN
KU TANAM DALAM TIAP TINGGALAN
UNTUK MU, MENJADIKAN PEDOMAN

Hmmm Hmmm SETIAP SEKARANG
Pedoman SETIAP SEKARANG
Hmm Hmmm SETIAP SEKARANG
Pedoman SETIAP SEKARANG

Ku mohon kau tatang
warisanku semalam
tolonglah kau kenang
dihati mu sekarang

SETIAP SEKARANG

(untuk ayahanda dan bonda dan semua HERO dalam hidup kita )



Lagu : Hasnul J Saidon
Senikata : Rozana Mohamed & Hasnul J Saidon
Bukit Gambir, Pulau Pinang,
Januari, 2014.


tautan ke klip video muzik



MENJEJAK-SEMULA DENAI AWAL 'HERO'


Kasih tak bersyarat adalah wasiat, warisan dan pusaka peninggalan yang semakin haus dicuri hari, sunyi dihakis lupa. Saya sedang bergelut dengan tema ini untuk projek video pendek "Hero" yang kini sedang diusahakan dgn rakan saya Anderson Ee.  

"Getaran Jiwa..." adalah antara denai awal yang mengizinkan saya meneroka tema yang sama, dalam bentuk teater muzikal multi-media.


Penjaga Cahaya (PC) masuk dari bilik pengurus membawa lilin menuju ke pentas.  Sampai di pentas PC bermonolog dalam pelbagai gaya dan watak yang pernah dimainkan oleh P.Ramlee dalam filem-filemnya, sambil menyalakan sebatang lilin

Penjaga Cahaya:

Yang ‘ada’ itu bergetar.  Yang bergetar itu sedar. Yang sedar itu bergetar (menggengam tangan ibarat penumbuk sambil menumbuk dada mengikut ritma degup jantung).  Getar….jiwa.  (melagukan getaran jiwa sambil tangan terus menumbuk dada). 


Yang dilanda itu adalah hati.  Pada hati, ada cahaya (melihat lilin).  Pancarannya jatuh pada pentas (melihat ke lantai) dan tabir (melihat ke tabir pentas) menjadi bayang.  Kerana ada cahaya, wujud bayang.  Tempat jatuh! dan bermainnya bayang adalah lautan ujian. Tabirnya…….berlapis-lapis.  Mesti diselak, mesti dibuka.  Kerana ada dilihat dalam melihat, ada ditonton (melihat penonton) dalam menonton, ada disaksi dalam menyaksi, ada aku dalam kamu, ada kamu dalam aku, ada ada dalam tiada. 


(Melihat lilin) Yang dicari itu cahaya, bukannya bayang di atas pentas, atau bayang yang jatuh di atas tabir. Bukannya bayang.  Bayang memang gelap dan banyak, tapi cahaya hanya Satu….. Hanya satu (melihat dan menggenggam lilin). ………….


Ada cahaya singgah hati, ada hati yang dilanda getaran, ada getaran kerana sedar(kembali menumbuk dada), ada jiwa kerana sedar, ada sedar yang meng’ada’kan aku, dalam kamu, kamu dalam aku. (geleng-geleng kepala seperti tidak faham dan bingung)


(Melihat ke atas, arah control room) Sudin!....Satar!....Ramlee! (dalam loghat Jawa persis Wak dalam filem Pendekar Bujang Lapuk) hari sudah mau hujan……selak ini tabir, buka ini pentas! Kita mahu main bayang! 
  

Sekuen Pembuka

VO Dialog S.Shamsuddin dan Aziz Sattar, buka pintu gua (dari filem 'Ali Baba Bujang Lapuk")

Muzik pembuka filem Melayu lama

Tirai buka

P.Ramlee atas skrin besar menyambut penonton dan mengumumkan persembahan akan bermula

Seperti dalam “Ragam P.Ramlee” diikuti oleh dubbing
Selamat datang ke sebuah persembahan teater muzikal multimedia berjudul “Getaran Jiwa – P.Ramlee Merentas Zaman.

Lagu "Getaran Jiwa"

Lampu spot pertama ke mikrofon lama

Lampu spot kedua ke saksofon

Lampu spot ketiga ke kerusi pengarah

Dering SMS "Getaran Jiwa"
Untuk skrip dan dokumentasi foto penuh, sila klik:

Monday, 27 January 2014

HERO (BAPAK)


Salah satu dari banyak denai untuk mengenali diri adalah dengan menemui-semula adiwira yang paling dekat dengan kita. Berapa kalikah kita diselamatkan oleh suara kesedaran dalam diri? Ia tidak hadir dalam bentuk Superman, Spiderman atau Batman atau Avengers, atau Transformers. Malah, ia menyelamatkan kita yang sering tertidur dan lupa ini tanpa diberi sebarang kredit, pengiktirafan dan pujian pun. Suara itu telah ditanam dalam diri saya oleh bapak, yang walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan dan kekurangan diri, tidak pernah gagal untuk memperkayakan saya dengan semangat dan cinta terhadap pengajaran dan pembelajaran, terhadap pendakian kerohanian dan mencapai kebenaran tinggi. Pemacunya adalah kasih tak bersyarat, ikhlas, sabar dan yakin tak berbelah bagi. Saya membawa 'warisan' dia ini ke mana saja saya pergi, walaupun adakalanya lupa (diri). Saya tidak dapat membayar-kembali hutang saya kepada dia. Saya bayar dengan doa. 

One of the paths to know oneself is to discover the hero closest to us. How many times in our life that we have been saved by a voice of conscience? It doesn't come in a form of Superman, Spiderman or Batman or Avengers or Transformers. In fact, it saves us who are often forgetful, without any credit, acknowledgement and praises. Mine was embedded by my father, who despite so many odds and obstacles, and his own inadequacy, has never failed to enriched me with his passion in teaching and learning, in spirituality and in attaining higher truth. The driving energies are unconditional love, sincerity, patience and undivided believe. I carry his 'legacy' wherever I go, even though sometimes I forget. I can never pay back my debt to him. I pay with my prayers.

Thursday, 23 January 2014

Wednesday, 22 January 2014

BALIK TABIR "HERO" (THE MAKING OF "HERO")




KEBUN RUPA 
mempersembahkan / Presents



HERO
(Bapak)



Memperkenalkan / Introducing

ZARIF ZAHARUL

DELLY ADEELA

AININA



Penampilan istimewa / Special appearance

Ayahanda SAIDON & Bonda JAMALIAH



Skrip, lakonlayar dan arahan / Script, screenplay & direction

ANDERSON EE & HASNUL J SAIDON



Berdasarkan blog oleh / Based on a blog by

HASNUL J SAIDON



Penyunting / Editors

ANDERSON EE & HAFIZ RASLIN



Pengarah Fotografi / Director of Photography

MIOR KHAIRUL REZUAN



Pembantu Produksi / Production Assistant

ROZANA MOHAMED



Penghargaan / Acknowledgement

KELUARGA SAIDON PANDAK NOH & JAMALIAH NOORDIN
DIN JEPUN

GURU BESAR SK HORLEY METHODIST TELUK INTAN, PERAK




Tautan / Links

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/02/di-balik-tabir-hero-bahagian-2.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/bapak.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/petikan-dari-bapak.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/petikan-dari-bapak-2.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/petikan-dari-bapak-3.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/petikan-dari-bapak-4y.html
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/petikan-dari-bapak-5.html

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...